Ibu Mengandung Naik Motor Perlahan, Tampal Nota Minta Maaf Buat Ramai Rasa Sebak

Ibu hamil naik motor mengambil inisiatif dengan tampal nota di belakang badan mohon maaf jika menunggang secara perlahan di jalan raya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu mengandung pasti menginginkan yang terbaik untuk anaknya tidak kiralah dari segi keselamatan dan sebagainya. Sama juga dengan seorang wanita ini, kerana dia ibu hamil naik motor, jadi beliau ambil inisiatif menampal nota di belakang badannya bagi memudahkan penggunan jalan raya yang lain untuk alert.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini? 

  • Ibu hamil naik motor tampal nota mohon maaf jika menunggang perlahan
  • Tips buat ibu hamil naik motor dengan selamat

Nota yang berbunyi ‘mohon maaf jika pelan, saya sedang hamil’ itu menarik perhatian pengguna jalan raya dan memuat naik di media sosial.

Ia sebagai memaklumkan kepada pengguna lain, dia terlebih dulu memohon maaf jika dia menunggang motor dengan perlahan kerana keadaannya yang sedang berbadan dua mungkin bagi mengelak sebarang komplikasi atau kecelakaan yang mungkin berlaku.

Ibu hamil naik motor tampal nota mohon maaf jika menunggang perlahan

Rata-rata netizen memuji semangat ibu itu dan semangatnya menjaga anak dalam kandungan walaupun masih belum dilahirkan. Begitulah naluri seorang ibu yang mahukan semuanya yang terbaik untuk anak tersayang.

Semoga urusan ibu ini sentiasa dipermudahkankan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips buat ibu hamil naik motor dengan selamat

Tiada masalah untuk ibu hamil naik motor. Jika anda ibu hamil dan perlu menunggang atau membonceng motosikal, ini tips yang mungkin membantu anda. Ada perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum ambil keputusan menunggang atau membonceng motosikal.

#1. Pastikan kehamilan anda sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan anda bukanlah sedang melalui kehamilan yang berisiko seperti uri di bawah atau plasenta previa dan sebagainya kerana menunggang atau membonceng motosikal akan menyebabkan hentakan yang sedikit kuat daripada kereta, jadi ia boleh menyebabkan pendarahan lebih terus jika anda ada masalah kehamilan dengan uri di bawah

#2. Disaran selepas trimester pertama

Ketika trimester pertama, kandungan anda sangat fragile. Jika berlaku hentakan kuat, ada kemungkinan boleh berlakunya keguguran pada trimester pertama. 

#3. Tidak terlalu jauh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika boleh janganlah buat perjalanan yang terlalu jauh sebagai contoh hingga melebihi satu jam kerana ia pasti akan mendatangkan ketidakselesaan kepada diri anda dan juga bayi dalam kandungan.

#4. Keadaan cuaca baik

Pastikan anda menunggang atau membonceng dalam keadaan cuaca baik. Jika tiada kecemasan, eloklah duduk dulu di rumah jika hujan atau keadaan terlalu panas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga semua perkongsian ini bermanfaat buat ibu hamil yang menunggang dan membonceng motosikal.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu Hamil Sangat Perlukan Sokongan Keluarga, Jangan Biarkan Mereka Sendirian!

Baca juga: Anak Ramai & Kereta Tak Muat Balik Kampung, Ibu Terpaksa Tinggal Anak Lelaki Di Rumah

Baca juga:  Lepas 10 Minit Bergerak, Ibu Baru Perasan Anak Tiada Dalam Kereta & Tertinggal Di Hotel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar