X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu "Kejam" Ini Menindik Pipi Bayinya, Ibu Ayah Lain Tidak Bersetuju Dengannya!

26 Jul, 2017
Ibu "Kejam" Ini Menindik Pipi Bayinya, Ibu Ayah Lain Tidak Bersetuju Dengannya!

Enedina Vance berkongsi foto pipi anaknya ditindik di Facebook, yang kemudiannya telah mendapat banyak respon yang negatif. Berikut adalah mesej kontroversi beliau kepada ibu bapa di luar sana.

Bayangkan anda sedang melihat laman Facebook dan ternampak sekeping gambar gadis kecil ini pada newsfeed anda.

Si comel ini sedang tersenyum manis, menunjukkan lesung pipitnya…dan salah satunya telah ditindik!

Ibu Kejam Ini Menindik Pipi Bayinya, Ibu Ayah Lain Tidak Bersetuju Dengannya!

Gambar: Enedina Vance/Facebook

Anda mungkin berasa terkejut, mungkin juga berasa marah dan tidak percaya – bagaimana mungkin seorang ibu yang bertanggungjawab boleh menindik pipi bayinya yang masih begitu kecil?

Bukan sahaja anaknya tidak mampu memberikan kata setuju atau tidak, ia adalah satu bentuk mutilasi yang anak perempuannya mungkin membencinya apabila dewasa nanti.

Apabila ibu kepada enam anak ini, Enedina Vance, “menindik pipi” bayinya yang berumur enam bulan dan kemudian kongsikan foto ini di Facebook, dia menerima kecaman dan komen yang penuh dengan kemarahan dari ibu bapa lain.

Ada yang mengatakan yang dia perlu didakwa, dipenjara, dan juga pergi ke neraka untuk tindakannya!

“Bayi saya, pilihan saya”

Apa yang orang ramai tidak sedar adalah ibu ini melakukannya untuk tujuan yang baik.

Enedina telah Photoshop gambar anaknya supaya ia kelihatan seperti pipinya ditindik, dan menyembunyikan sedikit petunjuk tentang sindirannya pada akhir keterangannya.

Inilah post di Facebook yang mencetuskan kemarahan ramai ibu bapa:

So I got the baby girl's dimple pierced!! 😲😲😍😍💗💗It looks so cute, right?!! I just know she's gonna love it!! She'll… Posted by Enedina Vance on Wednesday, 28 June 2017

“Ramai yang menindik bayi mereka setiap hari, ini tidak bezanya,” katanya. “BAYI SAYA, PILIHAN SAYA !! PILIHAN IBU BAPA, HAK IBU BAPA !! “

“Jangan menilai cara keibubapaan saya, kita semua membesarkan anak-anak kita dengan cara yang berbeza, itu bukan urusan anda!”

Kata-kata provokatif ini telah membuatkan ramai di halaman FB Enedina naik marah.

Ada ibu bapa yang telah mengancam untuk menelefon perkhidmatan perlindungan kanak-kanak untuk melaporkan penderaan ibu ini.

Selepas menerima semua komen negatif itu, ibu ini membuat dua lagi keterangan yang mendedahkan kebenaran di sebalik gambar tindik itu.

Dia menunjukkan tag #sarcasm yang ramai telah terlepas pandang, dan mendedahkan bahawa dia sebenarnya seorang aktivis kanak-kanak.

Dia seorang yang mengambil berat tentang perubahan kepada tubuh pada kanak-kanak.

Wow, so as (hopefully) everyone knows, my last post was FAKE. I photoshopped that picture of the baby to look like I had… Posted by Enedina Vance on Wednesday, 28 June 2017

Tegasnya, orang yang sama memfitnahnya menindik pipi anaknya adalah orang sama yang akan menindik telinga anak-anak perempuan mereka sendiri dan mengkhatankan anak-anak lelaki mereka.

So it appears that yesterday the focus was on how insane it would be if a parent were to modify & alter their child by… Posted by Enedina Vance on Thursday, 29 June 2017

“Mengapa begitu hipokrit?” Ibu ini bertanya.

“Bagaimana ia boleh mencetuskan kemarahan apabila melihat bayi saya ditindik, tetapi pada masa yang sama bayinya sendiri diikat dan bahagian sensitifnya dipotong, seolah-olah ia adalah ok?”

Dia berharap untuk menyedarkankan ibu bapa untuk melihat perubahan yang diterima umum seperti pemotongan alat kelamin dalam konteks yang berbeza.

“Mengubah badan kanak-kanak semata-mata kerana alasan estetik (kecantikan) itu adalah salah, seperti yang dijelaskan di dalam semua komen dam emel yang penuh dengan kebencian itu.”

Semua orang marahkan saya, tetapi mengapa budaya menindik telinga dan memotong alat kelamin untuk kecantikan masih begitu popular hari ini? 

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Menentang perubahan tubuh pada kanak-kanak

Ibu Kejam Ini Menindik Pipi Bayinya, Ibu Ayah Lain Tidak Bersetuju Dengannya!

Gambar: Enedina dan anak lelakinya. (Gambar dari: Enedina Vance/Facebook)

Enedina menjadi aktivis yang bersemangat terhadap pengubahsuaian tubuh pada anak-anak ketika dia mula-mula hamil, dia memberitahu Yahoo Beauty.

Doktornya bertanya jika dia mahu menyunatkan bayinya jika ia seorang budak lelaki.

Beliau pulang ke rumah untuk melakukan penyelidikan, dan apa yang dia dapati adalah mengejutkannya.

“Penyelidikan dari seluruh dunia membuktikan pemotongan genital tiada fungsi sama sekali dan tidak ada manfaat kesihatan,” katanya.

“Malah, kajian yang saya dapati menunjukkan pemotongan genital sebenarnya menyebabkan kerosakan pada zakar. Kerosakan seumur hidup.”

Laporan akademik American Academy of Pediatrics (AAP) 2012 melaporkan bahawa “manfaat kesihatan khatan lelaki yang baru lahir lebih besar daripada risikonya.”

Walaubagaimanapun, kajian lain mempersoalkan manfaat kesihatan ini, dengan alasan bahawa “ibu bapa tidak mempunyai alasan yang kuat untuk melakukan pembedahan sebelum kanak-kanak lelaki itu cukup dewasa untuk membuat keputusan mereka sendiri (sama ada untuk berkhatan atau tidak).”

Menindik telinga juga membawa pelbagai risiko kesihatan, seperti jangkitan, alahan, dan trauma.

Atas sebab ini, AAP mengesyorkan bahawa tindikan di telinga harus ditangguhkan sehingga anak itu cukup besar untuk menjaga bahagian yang ditindik dengan sendiri.

Berkhatan bagi anak lelaki pula adalah satu prosedur perubatan biasa.

Kebanyakan daripada lelaki di dunia ini telah disunat, kata Dr Gerald Tan, pakar urologi di Hospital Mount Elizabeth Novena, Singapura. Bagitu juga bagi kanak-kanak perempuan yang telinganya telah ditindik.

Persoalan hipokrisi

Ibu Kejam Ini Menindik Pipi Bayinya, Ibu Ayah Lain Tidak Bersetuju Dengannya!

Enedina membuat kes yang menarik, dan sukar untuk berhujah dengan logiknya bahawa tindikan di pipi adalah sama seperti tindikan di telinga.

Berkhatan bagi anak lelaki pula adalah cerita yang lebih kompleks, kerana manfaat perubatannya masih dalam perdebatan dan menjadi sunnah buat orang Islam.

Mungkin bagi aktivis ini, tindikan telinga itu boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bayi kecil, bahkan kelihatan pelik bagi sesetengah orang.

Baginya, ia merosakkan badan anak-anak kita.

Kita pula, oleh kerana telah biasa, kita tidak berasa hairan jika kita melihat seorang anak kecil dengan telinga yang telah ditindik, apatah lagi untuk memikirkannya dari sudut etika.

Jadi, betullah kata aktivitis Enedina ini; setiap ibu bapa mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza, dipengaruhi oleh faktor agama, budaya, ilmu dan pandangan peribadi.

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent Singapore.

Baca juga:

Semua yang anda perlu tahu tentang berkhatan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu "Kejam" Ini Menindik Pipi Bayinya, Ibu Ayah Lain Tidak Bersetuju Dengannya!
Kongsikan:
  • Untungnya, Wanita Pipi Tembam Lebih Lambat Tua & Banyak Keistimewaan Lain! - Kajian

    Untungnya, Wanita Pipi Tembam Lebih Lambat Tua & Banyak Keistimewaan Lain! - Kajian

  • Ibu bapa membunuh anak mereka kerana mereka percaya mereka akan mati

    Ibu bapa membunuh anak mereka kerana mereka percaya mereka akan mati

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Untungnya, Wanita Pipi Tembam Lebih Lambat Tua & Banyak Keistimewaan Lain! - Kajian

    Untungnya, Wanita Pipi Tembam Lebih Lambat Tua & Banyak Keistimewaan Lain! - Kajian

  • Ibu bapa membunuh anak mereka kerana mereka percaya mereka akan mati

    Ibu bapa membunuh anak mereka kerana mereka percaya mereka akan mati

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.