X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Gembira Bertukar Sedih Bila Ibu Maut Lepas Lahirkan 3 Bayi Kembar Perempuan

9 Dec, 2019
Gembira Bertukar Sedih Bila Ibu Maut Lepas Lahirkan 3 Bayi Kembar Perempuan

Semalam kau bahagiakan kami selepas lahirkan kembar tiga, tapi hari ini engkau pergi selamanya tinggalkan kami semua.

Seorang ibu meninggal dunia selepas selamat melahirkan tiga orang bayi kembar perempuan. Wanita berkenaan bernama Rahmadina Nasution @ Dina Nasution bersalin secara normal dan tidak mengalami sebarang komplikasi ataupun masalah kesihatan sepanjang kehamilan.

Ibu meninggal dunia selepas lahirkan 3 bayi kembar

ibu meninggal dunia

Dalam pada itu suami mana yang tak sedih bila isteri tercinta akhirnya pergi buat selama-lamanya selepas melahirkan zuriat mereka. Ini yang terjadi kepada keluarga kecil ini yang lama menantikan cahaya mata namun akhirnya berakhir dengan tragedi yang tidak akan dilupakan.

Menurut sumber, pada selasa 3 Disember yang lalu, Dina mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia akibat pendarahan atau tumpah darah.

Disebabkan peristiwa sedih ini, gambar terakhir jenazah Dina dan tiga bayi kembarnya kini viral dan rata-ratanya pengguna laman sosial Facebook bersimpati dengan nasib yang bakal ditanggung oleh tiga orang cahaya mata yang ditingalkkan itu sekaligus mengundang rasa simpati warganet.

Perancangan menyambut tiga bayi kembarnya

meninggal dunia

Rakan baik Dina yang dikenali dengan nama Sukma Alam turut meluahkan rasa sedih kerana dia bersama Dina sudah membuat perancangan bagi menyambut kelahiran bayi kembar berkenaan.

Menurutnya dengan nada menahan sedih mengatakan, baru semalam Dina buat ramai orang bahagia dengan kelahiran puteri-puteri comelnya. Tapi sekarang, dia buat ramai orang bersedih di atas pemergiannya. Meskipun bersedih, rakan baiknya ini menitipkan doa semoga roh Dina ditempatkan bersama para Syuhadah dan di dalam Syurga terindah.

Benar, perjuangan seorang ibu itu sangat mulia di sisi Allah. Lantas, Allah berikan keluarga ini tiga bidadari kecil dari syurga.

Semoga keluarga dan suaminya tabah menerima Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

Di harap tiga bidadari comel ini akan menjadi anak yang soleh, mendengar kata, membahagiakan dan membanggakan keluarga.

Risiko kehamilan bayi kembar berbanding kehamilan tunggal

risiko bayi kembar

#1. Masalah di awal kehamilan

Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, ibu yang hamil kembar cenderung mengalami masalah ringan yang berkaitan dengan awal kehamilan seperti morning sickness, pedih ulu hati, kaki bengkak, urat timbul, sakit belakang dan lain- lain. Namun, simptom ini akan hilang sejurus lahirkan bayi.

#2. Anemia atau kurang sel darah merah

Ia berlaku disebabkan ibu mengalami kekurangan zat besi kerana bayi kembar yang dikandungkan memerlukan lebih banyak zat besi yang ada dalam tubuh ibu. Jadi pelbagai cara dan ubatan akan dibekalkan kepada ibu supaya dapat mengawal masalah ini.

#3. Pre-eclampsia

Ini berlaku kepada kebanyakan ibu yang hamil kembar iaitu satu keadaan apabila tekanan darah ibu meningkat dan adanya protein dalam air kencing.

#4. Mengalami tumpah darah selepas bersalin

Ibu yang hamil kembar juga berisiko untuk mengalami tumpah darah lebih daripada biasa kerana rahim tidak mengecut dengan sempurna.

#5. Bersalin secara caeserean

Apabila ibu mengandung lebih daripada dua atau tiga maka kelahiran secara pembedahan atau kita panggil sebagai caeserean dapat membantu ibu ketika bersalin. Paling tidak ibu akan dibantu dengan forceps atau vacuum untuk kelahiran semua bayinya.

#6. Kelahiran pramatang

Berdasarkan 60 dalam 100 kehamilan kembar dua, lahir sebelum 37 minggu. Manakala 70 dalam 100 kembar tiga pula, lahir sebelum 35 minggu.

Jadi, kebarangkalian untuk kelahiran pramatang adalah lebih tinggi kepada ibu yang mengandungkan bayi kembar.

Berbeza dengan wanita yang hanya mengandung seorang bayi, 10 dalam 100 yang lahir pramatang sebelum 37 minggu.

Stories Rakan Kongsi
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021
Ibu-ibu, dapatkan Baucar RM15 Shopee Anda Sempena "Mom’s Day Off" - Super Brand Day! 19-21 April 2021
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber

Lantas bayi yang lahir pramatang akan mempunyai risiko seperti masalah pernafasan, pemakanan dan jangkitan kuman. Maka mereka akan ditempatkan dalam wad NICU.

#7. Risiko uri tidak berfungsi

Seterusya ibu yang hamil kembar juga berisiko untuk mengalami uri tidak berfungsi dengan sempurna sekaligus memberi kesan tak baik pada kesemua bayi yang dikandungkan.

Walaubagaimanapun, setiap kehamilan ada risikonya namun ibu usah bimbang asalkan menjaga pemakanan, tidak lupa makan vitamin yang dibekalkan doktor, amalan gaya hidup yang sihat dan sentiasa melaporkan setiap tahap kesihatan anda kepada doktor supaya mudah dipantau. 

Gembira Bertukar Sedih Bila Ibu Maut Lepas Lahirkan 3 Bayi Kembar Perempuan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Pojok, The Zuriat 

Baca juga

https://my.theasianparent.comkisah-ibu-meninggal-setelah-melahirkan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Gembira Bertukar Sedih Bila Ibu Maut Lepas Lahirkan 3 Bayi Kembar Perempuan
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham