Buah durian adalah ‘raja buah’ yang digemari oleh ramai orang. Atas sebab itu, selepas hamil atau selepas bersalin, pasti ramai ibu yang teringin nak makan durian. Tapi, ibu menyusu boleh makan durian ke? Sebenarnya durian untuk ibu menyusu banyak khasiatnya!
Banyak orang dulu-dulu yang mengatakan ibu hamil tidak boleh makan durian kerana risau keguguran. Jangan khuatir. Hari ini, kami akan menjelaskan adakah ibu menyusu boleh makan durian atau tidak, menurut kata pakar.
Ibu Menyusu Boleh Makan Durian Atau Tidak? Adakah Ia Bermanfaat Untuk Bayi?
Susu badan adalah makanan terbaik untuk si manja. Susu ibu itu juga bersifat tiada kuman mahupun racun.
Walau bagaimanapun, kualiti susu badan ibu akan bergantung pada makanan yang dimakan si ibu. Jadi, untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti dan terbaik untuk bayi, ibu haruslah menjaga pemakanan.
Ibu menyusu boleh makan durian kerana ia tidak memberi sebarang kesan pada bayi. Menurut Dr. Caecilia Haryu Aryapti, ibu menyusu boleh makan durian asalkan ia tidak menyebabkan alahan.
Tidak kiralah sama ada alahan tersebut pada ibu atau bayi yang menyusu. Biasanya, durian tidak menyebabkan alergi. Tapi asalkan ia tidak dimakan secara berlebihan.
Jika durian dimakan secara berlebihan, ia mampu menyebabkan gangguan pencernaan seperti mual, kembung perut, sakit kepala dan lain-lain.
Ibu Menyusu Boleh Makan Durian Dan Ini 5 Kebaikannya
Namun begitu, sebenarnya, durian memiliki pelbagai kebaikan untuk ibu menyusu. Antaranya seperti:
1. Aktidioksidan
Durian mengandungi zat yang mampu menjaga tubuh dari serangan penyakit berbahaya.
2. Serat
Serat yang terkandung dalam buah durian membantu dan melancarkan proses pencernaan, malah menjaga kolestrol dan kesihatan jantung.
3. Kalium
Durian mengandungi kalium yang membantu proses metabolisme untuk menjaga kepadatan otot dan tulang. Ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi!
4. Vitamin
Durian padat dengan vitamin dan protein yang diperlukan ibu menyusu setelah bersalin. Vitamin dan asid folik dalam durian juga mampu mencegah anemia.
Malah, ibu menyusu boleh makan durian untuk mengurangkan stress ketika menyusu itu sendiri!
Berdasarkan kandungan vitamin yang ada pada ‘raja buah’ ini, dapat disimpulkan di sini yang durian tidak berbahaya pada ibu menyusu, asalkan ia dimakan secara tidak berlebihan.
Menurut pakar lagi, sebenarnya tiada larangan pun yang mengatakan ibu menyusu tidak boleh makan durian. Janji anda makan secara sederhana.
Jika dilihat dari segi kesan sampingan buah durian, orang dewasa yang makan durian secara berlebihan akan mengalami gastrik, rasa sesak nafas, dan masalah pencernaan lain.
Oleh sebab itu, janganlah makan durian sampai berbiji-biji dalam masa sehari ya!
Ibu Menyusu Boleh Makan Durian Kerana Ia Milk Booster Yang Berkesan!
Di sesetengah negara, durian dipercayai sebagai ‘milk booster’ yang dapat menambah susu badan. Durian itu sendiri mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh.
Asalkan ibu-ibu makan buah ini dengan bijak.
Nah, sekarang mana-mana ibu menyusu yang teringin nak makan durian, jangan ragu-ragu lagi untuk menyantap buah kegemaran anda ini! Asalkan jaga batas pemakanan anda ya…
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kiki dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Pantang Larang Ibu Menyusu Badan,13 Jenis Makanan Ini Ibu Menyusu Perlu Elak