50 Peratus Ibu Muda Gagal Menyusu Badan Selepas Bersalin, Doktor Kongsi Tips Untuk Mengatasinya!

Ibu muda menyusui bayi bukan mudah, lebih-lebih lagi jika ia adalah pengalaman kali pertama. Hampir 50 peratus gagal dan memilih susu formula

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi jika anda menimang cahaya mata ketika usia muda. Segala-galanya terasa begitu asing dan kekok, disebabkan itulah ramai ibu muda menyusui badan didapati gagal dalam ‘berjuang’.

Tidak dinafikan bahawa selepas bersalin, emosi ibu akan teruji. Perlu menguruskan anak kecil dan dalam masa yang sama tubuh badan masih sakit.

Ibu muda menyusui badan gagal dalam penyusuan eksklusif

Menurut laporan Berita Harian, hampir 50 peratus ibu muda yang baru melahirkan bayi dilihat gagal meneruskan tempoh penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan.

Hal ini berlaku disebabkan oleh kurangnya kesedaran mengenai manfaat jangka panjang penyusuan ibu untuk bayi.

Pakar Sakit Puan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra (Andorra), Dr Khamsiah Muda, berkata berdasarkan pemerhatiannya terhadap ibu muda yang mendapatkan pemeriksaan selepas bersalin di hospital ini.

Mereka dilihat hanya dapat bertahan selama sebulan penyusuan susu ibu sebelum memilih untuk mencampurkan dengan susu formula.

Katanya, kebanyakan mereka tidak mampu berdepan dengan cabaran penyusuan itu antaranya kerana:

  • Tiada motivasi untuk meneruskan penyusuan eksklusif
  • Tidak cuba mengatasi masalah di awal penyusuan itu.
  • Kebanyakan ibu muda tidak mempunyai pengetahuan bagaimana teknik penyusuan dengan betul atau hisapan bayi
  • Kegagalan mengatasi pemikiran bahawa bayi mereka tidak kenyang

Setiap wanita bergelar ibu sememangnya dikurniakan susu badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau yang juga pengasas Hospital Andorra, berkata setiap ibu yang melahirkan anak amat mustahil tidak mempunyai susu kerana sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung mereka sudah ‘disediakan’ oleh Tuhan untuk proses itu.

“Selepas bersalin akan berlaku perubahan hormon dan susu ibu akan terhasil, cuma untuk memastikan penghasilan itu konsisten, perlu ada hisapan semula jadi daripada bayi sendiri.

“Tidak boleh mengalah pada peringkat awal dengan pelbagai cabaran ditempuhi. Oleh itu, ia adalah pengorbanan sekiranya berasa penting untuk mengandung, anda juga perlu merasakan perkara yang sama untuk menyusukan bayi itu.

“Cabarannya mungkin pengeluaran susu ibu itu lambat dalam tiga hari, salur susu belum terbuka dan kadang-kadang bengkak susu.

“Dari situ, ibu muda perlu tahu dan meminta pandangan apa yang perlu dilakukan, tetapi sebaiknya teruskan saja memberi bayi hisapan pada payudara kerana hisapan bayi adalah paling kuat sekali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jadi tiada sebab atau alasan untuk mengatakan anda tidak mempunyai susu untuk bayi,” katanya.

Panduan untuk membantu ibu muda menyusui bayi dengan berkesan

Sebagai panduan memastikan susu terhasil dengan baik, beliau berkata, seelok-eloknya diet setiap bakal ibu perlu mengambil pemakanan berzat sepanjang mengandung berbanding makanan segera yang tidak begitu membantu.

“Selepas bersalin perlu mengambil minuman mencukupi, jangan terlalu ketat dalam proses berpantang dan bersandarkan kepada amalan mitos orang dulu-dulu.

“Ibu juga memerlukan makanan bernutrisi tinggi untuk memulihkan semula tenaga, mengecutkan rahim dan menambah zat dalam badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Selain itu, ibu muda perlu tahu penghasilan susu ibu akan berlaku dengan banyak bermula jam 8 malam hingga 8 pagi kerana pada tempoh itu, hormon prolaktin dan oksitosin aktif.

“Jadi dari situ ibu mengambil peluang menyusukan anak dan jangan tukar dengan susu formula semata-mata untuk berehat,” katanya.

Jelasnya, sekiranya ibu memilih tidak mahu menyusu secara eksklusif, sebenarnya satu kerugian kerana tiada sentuhan atau ikatan semula jadi antara ibu dan bayi yang boleh terhasil.

Susu ibu memiliki nutrien lengkap bersifat semula jadi

“Tidak dinafikan kebanyakan syarikat pengeluar susu bayi ini boleh mencipta hampir 95 peratus persamaan dengan susu ibu melalui pelbagai kandungan jenis vitamin, probiotik dan sebagainya.

“Tetapi sebagai hospital yang menekankan penyusuan ibu, kami tetap akan menggalakkan ibu muda memberi susu ibu kepada bayi mereka.

“Susu ibu adalah susu diciptakan dengan sifat semula jadi dalam komposisi nutrien, vitamin, ketepatan suhu, selain memberi antibodi yang kuat untuk bayi melawan serangan penyakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dalam keadaan ekonomi ketika ini juga, susu ibu adalah penyelamat dalam mengurangkan beban membeli susu formula,” katanya.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Ibu Kekok & Tidak Pandai Menyusu Bayi Kali Pertama, Doktor Kongsi Teknik Yang Betul

Baca juga: Ambil Susu & Baring, Ibu Hebat Ini Berjaya Melatih Bayi Kembar Tiga Behave Ketika Menyusu

Baca juga: Bila Menyusu Ramai Ibu ‘Auto’ Rasa Mengantuk & Boleh Lelap Sekali Dengan Anak, Ini Sebabnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan