20 Individu Dengan Autism Yang Terkenal & Berjaya Dalam Hidup, Tak Jadikan Gangguan Ini Penghalang

Individu dengan autisme sering dikatakan sukar untuk berjaya, namun jika kita lihat ramai sebenarnya individu terkenal yang mengalami ASD.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Individu dengan autisme (ASD) tak bermakna mereka tidak boleh mencapai kejayaan. Ramai individu terkenal yang  telah berjaya walaupun mempunyai autism. Kali ini, kami kongsikan beberapa nama besar yang mengalami gangguan autism namun pencapaian mereka telah menjadi bualan ramai sehingga kini.

Apa Itu Autisme?

Autisme merupakan salah satu bahagian dalam kategori gangguan yang dikenali sebagai “Gangguan Perkembangan Meluas” dan satu lagi jenis gangguan dalam kategori ini ialah ‘Sindrom Asperger’, di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif mungkin menunjukkan keadaan normal.

Punca autisme tidak dapat dipastikan, namun ia berkemungkinan berkait rapat dengan faktor genetik atau ketidakseimbangan kimia dalam otak.

Ciri-Ciri ASD Boleh Membantu Mencapai Kejayaan

Tak kisah apa ciri-ciri autisme yang anak anda miliki, individu yang mempunyai ASD mempunyai kekuatan dan kebolehan tersendiri. Terdapat banyak individu terkenal yang mempunyai gangguan spektrum autisme dan telah menggunakannya sebagai kekuatan mereka.

Ia telah membantu individu-individu terkenal ini untuk mencapai kejayaan, kemasyuharan serta melakukan perkara-perkara yang sangat menakjubkan.

Minat Kuat Menyokong Kejayaan

Satu contoh ciri autisme adalah minat yang terhad dan mempunyai tingkah laku yang terbatas. Minat yang terhad bermaksud individu yang mempunyai ASD mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap sesuatu topik tertentu.

Individu tanpa autisme pula seringkali mempunyai pelbagai minat dan boleh mengubah fokus dari satu topik atau aktiviti yang lain dengan mudah. Individu ini juga mungkin tidak komited untuk cemerlang dalam satu perkara tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, ciri ini mungkin menjadi antara penyumbang kepada kejayaan individu yang hidup dengan ASD dalam hidup. Mereka mampu memberikan tumpuan dan mengekalkan minat dalam satu-satu topik atau aktiviti selama bertahun-tahun.

Cara Sosial ASD

Cara bersosial dan berinteraksi bagi invididu yang mempunyai autisme juga mungkin menjadi salah satu penyumbang kepada kejayaan mereka.

Walaupun kemahiran bersosial bagi individu dengan ASD berbeza dari satu individu ke individu lain, secara umumnya mereka mempunyai sedikit rakan, merasa terganggu dengan interaksi sosial yang banyak dan memilih untuk tidak berkongsi semua minat, pemikiran dan perasaan mereka dengan orang lain.

Cara individu yang mempunyai autisme bersosial boleh menyokong kejayaan mereka dalam hidup. Sebagai contoh, disebabkan mereka mempunyai rakan rapat yang sedikit, rakan-rakan ini boleh memberikan sokongan kepada mereka.

Dalam pada itu, individu yang mempunyai ASD juga memerlukan masa bersendirian agar mereka dapat berfikir dengan jelas dan fokus. Mereka juga tidak akan menghabiskan banyak masa untuk bersosial dan berbual kosong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Individu yang mempunyai ASD juga selalunya bersifat terus terang dan logik ketika berkomunikasi dengan orang lain disamping mempunyai matlamat yang tetap untuk mencapai kejayaan mereka.

Cara hidup ini boleh menyumbang bukan sahaja kepada kejayaan individu tersebut tetapi juga kepada kepuasan hidup mereka secara keseluruhan.

Individu Terkenal Dengan Gangguan ASD

Satoshi Tajiri

Siapa tak pernah dengar Pokémon kan? Satoshi Tajiri, pencipta francais Pokémon, antara individu dengan autisme yang telah mencapai kejayaan besar. Tajiri, yang didiagnosis dengan Sindrom Asperger menunjukkan minat yang mendalam terhadap serangga semasa kecilnya.

Minatnya itu kemudian menjadi inspirasi utama untuk ciptaan Pokémon. Permainan ini bukan sahaja menjadi salah satu francais paling berjaya dalam sejarah permainan video tetapi juga mempengaruhi budaya pop di seluruh dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejayaan Tajiri menunjukkan bahawa minat yang mendalam dan fokus yang sering dikaitkan dengan autisme boleh membawa kepada pencapaian luar biasa.

Greta Thunberg

Greta Thunberg, seorang aktivis perubahan iklim muda dari Sweden, telah menjadi suara penting dalam gerakan global untuk mengatasi perubahan iklim. Thunberg, yang didiagnosis dengan Sindrom Asperger, sering merujuk kepada autisme sebagai “superpower” beliau.

Beliau menggunakan minatnya yang mendalam dan keazaman yang kuat untuk memulakan “Skolstrejk för klimatet” (Mogok Sekolah untuk Iklim) yang kemudiannya berkembang menjadi gerakan global yang besar. Keberanian dan kejelasan Thunberg dalam berbicara mengenai isu perubahan iklim telah memberi inspirasi kepada jutaan orang di seluruh dunia.

Michelangelo

Michelangelo Buonarroti, seorang tokoh penting dalam zaman Renaissance, terkenal dengan sumbangannya yang luar biasa dalam seni arca, lukisan, seni bina, dan puisi. Beliau mencipta karya-karya agung seperti patung David, fresko Sistine Chapel, dan reka bentuk seni bina Basilika St. Peter.

Namun, selain daripada bakat seni yang mengagumkan, terdapat spekulasi bahawa Michelangelo mungkin menunjukkan ciri-ciri yang konsisten dengan gangguan spektrum autisme (ASD).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana beliau dipercayai mempunyai ketaksuban yang melampau terhadap kerjanya disamping mengalami kesukaran dalam mengawal emosi, menghadapi masalah dalam interaksi sosial, dan cemerlang dalam rutin yang ketat.

Sir Isaac Newton

Sir Isaac Newton, seorang saintis dan ahli matematik yang terkenal, telah memberikan sumbangan besar kepada sains melalui penemuannya dalam bidang fizik, matematik, dan astronomi.

Beliau dikenali kerana mengembangkan teori graviti, hukum-hukum gerakan, dan penciptaan kalkulus. Namun, selain daripada kejayaannya dalam bidang sains, terdapat spekulasi bahawa Newton mungkin menunjukkan ciri-ciri yang konsisten dengan ASD.

Newton cuba mengasingkan diri daripada orang lain sebanyak mungkin dan beliau kurang gemar melakukan interaksi sosial dan dianggap janggal dalam melakukan perbualan dengan orang lain.

Nikola Tesla

Nikola Tesla, seorang pencipta dan jurutera elektrik yang terkenal, telah memberikan sumbangan besar kepada dunia dengan penemuannya dalam bidang elektrik dan magnet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau dikenali kerana mencipta sistem arus ulang-alik (AC) dan banyak lagi inovasi yang telah mengubah dunia. Selain daripada kejayaannya dalam bidang sains dan teknologi, terdapat spekulasi bahawa Tesla mungkin menunjukkan ciri-ciri yang konsisten dengan ASD.

Tesla dipercayai mempunyai banyak fobia dan sangat sensitif terhadap cahaya dan bunyi. Beliau juga lebih suka bersendirian dan dianggap terobsesi dengan nombor tiga.

Elon Musk

Elon Musk, seorang usahawan dan inovator terkenal, merupakan pengasas dan CEO beberapa syarikat terkemuka seperti Tesla, SpaceX, Neuralink, dan The Boring Company. Pada tahun 2021, Musk secara terbuka mengumumkan bahawa beliau mempunyai Sindrom Asperger, yang merupakan sebahagian daripada ASD.

Pengakuan ini memberikan pandangan menarik tentang bagaimana ciri-ciri ASD mungkin mempengaruhi kehidupan dan kejayaan beliau.

Bill Gates

Bill Gates, pengasas bersama Microsoft dan salah seorang individu terkaya di dunia, telah memberi impak besar dalam industri teknologi dan dunia perniagaan. Walaupun Gates tidak mempunyai diagnosis rasmi ASD, terdapat spekulasi dan perbincangan bahawa beliau mungkin menunjukkan beberapa ciri yang konsisten dengan ASD.

Bill Gates menunjukkan gerakan mengayun badan, corak pertuturan yang monoton, dan mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain.

Barbara McClintock

Barbara McClintock, seorang ahli genetik terkemuka, telah memberikan sumbangan besar dalam bidang genetik dengan penemuannya mengenai elemen-gen pemindahan dalam tumbuhan.

Walaupun tidak ada bukti konklusif mengenai status autisme McClintock, terdapat spekulasi bahawa beliau mungkin menunjukkan beberapa ciri yang konsisten dengan autisme.

McClintock seorang individu yang sangat fokus dan mempunyai minat mendalam dalam bidang genetik. Beliau terlibat dalam pemerhatain tumbuhan dan eksperimen genetik yang rumit, menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang kajiannya.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat laporan yang menyatakan bahawa McClintock mengalami kesukaran dalam interaksi sosial atau menunjukkan tingkah laku repetitif yang biasa dilihat pada individu dengan autisme.

Clay Marzo

Clay Marzo, seorang surfer profesional yang terkenal dengan kecekapan dan gaya uniknya di atas ombak didiagnosis menghidap autisme semasa kanak-kanak.

Beliau telah memenangi banyak pertandingan berselancar dan mencapai banyak kejayaan termasuk dua markah sempurna semasa pertandingan Persatuan Selancar Sekolah Kebangsaan pada usia 15 tahun.

Marzo sering dilihat sebagai individu yang sangat fokus dan terlibat secara intensif dalam sukan sukan air, khususnya berselancar. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam sukan ini dan menunjukkan tahap keterampilan yang luar biasa di dalamnya.

Di samping itu, terdapat laporan tentang tingkah laku Marzo yang sering berulang, seperti gerakan tubuh yang berulang dan kepekaan terhadap stimulus sensori tertentu.

Albert Einstein

Albert Einstein, seorang genius fizikawan yang terkenal, sering dikatakan mempunyai ciri-ciri autisme. Walaupun tidak ada diagnosis rasmi, beliau telah dipercayai menghadapi kesulitan dalam interaksi sosial dan menunjukkan fokus yang mendalam pada bidang sains.

Ini menarik kerana Einstein menjadi contoh bagaimana individu dengan keunikan tertentu boleh memberi sumbangan yang besar kepada dunia walaupun menghadapi cabaran dalam aspek lain kehidupan mereka.

Temple Grandin

Temple Grandin adalah seorang profesor sains haiwan di Colorado State University dan seorang penulis terkenal. Grandin telah didiagnosis dengan autisme pada usia muda dan pada masa itu, maklumat dan kesedaran tentang autisme masih sangat terhad.

Namun begitu, beliau tidak menjadikan perkara tersebut sebagai halangan terhadap kerjayanya. Grandin telah mengubah cara industri ternakan berfungsi dengan mencipta kemudahan ternakan yang lebih berperikemanusiaan.

Dalam pada itu, beliau juga merupakan seorang penceramah tentang autisme dan hak haiwan yang sangat berpengaruh. Grandin berkongsi pengalamannya sendiri dan bagaimana dia mengatasi cabaran itu.

Anda boleh menyaksikan kisah hidup Granding dalam filem televisyen “Temple Grandin” yang mana ia menggambarkan perjalanan hidupnya dari kanak-kanak sehingga menjadi saintis terkemuka dan advokat autisme.

Dan Aykroyd

Siapa tak tahu siri filem terkenal “Ghostbusters” yang telah mencipta fenomena sehingga kini. Untuk pengetahuan anda, filem ini ditulis oleh Dan Aykroyd, seorang pelakon, penulis skrip, dan pelawak terkenal.

Semasa kecil, Aykroyd menunjukkan tanda-tanda yang kini dikenali sebagai ciri-ciri autisme, termasuk minat yang mendalam terhadap topik tertentu dan cenderung melakukan rutin yang berulang.

Bagaimanapun, Aykroyd hanya didiagnos dengan autisme ketika dia sudah menginjak dewasa disamping mengalami gangguan obsesif-kompulsif (OCD), yang sering dikaitkan dengan autisme.

Autisme mempengaruhi cara Aykroyd melihat dan berinteraksi dengan dunia. Dalam beberapa temubual, beliau berkongsi minatnya yang mendala terhadap topik tertentu seperti fenomena paranormal adalah sebahagian daripada ciri-ciri autisme.

Minatnya ini bukan sahaja mempengaruhi watak-watak yang diciptanya tetapi juga membantunya dalam penulisan skrip yang mendalam dan terperinci.

Daryl Hannah

Daryl Hannah adalah seorang pelakon Amerika yang terkenal dengan peranannya dalam filem seperti “Splash,” “Blade Runner,” dan “Kill Bill.”

Hannah telah didiagnosis dengan autisme semasa kanak-kanak dan telah berjuang dengan cabaran sosial dan komunikasi sepanjang hidupnya, namun tetap berjaya dalam industri hiburan.

Hannah menjadi lebih terbuka untuk berkongsi tentang pengalamannya menghidapi autisme sebagai usaha meningkatkan kesedaraan tentang gangguan ini.

Beliau menggunakan platformnya dalam industri hiburan untuk memperjuangkan kefahaman dan penerimaan terhadap individu dalam spektrum autisme.

Anthony Hopkins

Anthony Hopkins, seorang pelakon yang telah memenangi Anugerah Akademi, terkenal dengan peranan-peranannya dalam filem seperti “The Silence of the Lambs” dan “The Remains of the Day.”

Hopkins telah mendedahkan bahawa dia mungkin berada dalam spektrum autisme, dan ini telah mempengaruhi cara dia mendekati watak-wataknya.

Tim Burton

Tim Burton adalah seorang pengarah, penerbit, dan penulis skrip terkenal yang bertanggungjawab untuk filem-filem seperti “Edward Scissorhands,” “The Nightmare Before Christmas,” dan “Alice in Wonderland.”

Burton percaya dia mempunyai sindrom Asperger. Walaupun beliau tidak didiagnosis semasa kanak-kanak, mereka yang mengenalinya menggambarkan dia sebagai seorang introvert.

Walaupun pengarah itu sendiri tidak pernah mengesahkan atau menafikan bahawa beliau mempunyai autisme, terdapat beberapa tanda yang mungkin menunjukkan bahawa beliau mempunyai keadaan tersebut.

Salah satu tanda autisme yang paling ketara adalah minatnya terhadap cerita gelap dan fantasi yang sering dipaparkan menerusi filemnya. Kebanyakan filem Burton menampilkan watak yang tak difahami atau terpinggir yang berkait dengan autisme.

Selain itu, filem Burton juga mempunyai gaya visual tertentu, dengan warna-warna terang dan pengaturan surreal, yang merupakan tanda lain autisme. Burton juga dikenali dengan personalitinya yang eksentrik.

Charles Darwin

Menurut Profesor psikologi dari Trinity College Dublin di Ireland, Michael Fitzgerald yakin bahawa Charles Darwin memiliki sindrom Asperger (salah satu bentuk autisme). Fitzgerald percaya bahawa keadaan ini memberikan Darwin tahap fokus yang tinggi.

Darwin juga dikatakan mampu melihat butiran yang tidak diperhatikan oleh orang lain disamping mampu menumpukan tenaganya kepada tugas yang sederhana serta memiliki perspektif yang luas dalam penyelidikannya.

Mozart

Walaupun tidak dapat disahkan, ramai pakar yang berpendapat Wolfgang Amadeus Mozart merupakan seorang yang autistik. Beliau merupakan seorang komposer muzik klasik yang sangat produktif dan terkenal.

Bakat muziknya yang luar biasa dan kelakuan sosialnya yang unik menunjukkan bahawa dia mungkin berada dalam spektrum autisme.

Apa yang lebih menarik, pendengarannya yang sangat sensitif terhadap bunyi kuat boleh membuatkan dia berasa sakit secara fizikal.

Andy Warhol

Jika anda pernah menonton siri filem ‘Men In Black’, anda pasti pernah bertemu dengan karakter Andy Warhol. Jangan tersilap pula, itu bukan Warhol yang sebenar tapi wataknya dilakonkan semula oleh aktor Bill Hader.

Andy Warhol adalah seorang artis dan pengarah filem yang terkenal dengan peranannya dalam gerakan seni pop. Beliau terkenal perilaku yang eksentrik (pelik) dan minatnya yang mendalam terhadap subjek-subjek tertentu.

Disebabkan itu, beberapa pihak percaya bahawa Warhol mengalami gangguan spektrum autisme.

Susan Boyle

Penyanyi yang berjaya menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia selepas menyertai ujibakat Britain’s Got Talent, Susan Boyle ini telah didiagnos dengan autisme pada 2012 walaupun sebelum ini dia telah disalah diagnos dengan kerosakan otak ketika kanak-kanak.

Walaupun sering menerima kritikan dan tak dilayan dengan baik oleh ramai pihak, Susan kini telah bekerja di belakang tabir dan mempunyai kekayaan sebanyak US$40 juta.

James McClean

Pemain bola sepak Irish, James McClean berkongsi anak perempuannya Willow-Ivy merupakan seorang yang autistik. Selepas anaknya didiagnos, dia melihat anaknya mengatasi pelbagai halangan sepanjang membesar.

Namun, selepas memerhatikan anak perempuannya, dia menyedari dirinya turut mempunyai beberapa ciri-ciri yang sama seperti Willow-Ivy dan telah menjalankan pemeriksaan.

Akhirnya, dia juga turut didiagnos dengan spektrum autisme dan berkata dia mahu menjadikan dirinya sebagai contoh buat orang ramai terutama buat anaknya, menjadi autistik bukan penghalang daripada mencapai kejayaan.

Hargai Individu Dengan Autisme

Ramai lagi individu terkenal lain yang dikatakan mempunyai autisme seperti pelukis terkenal Van Gogh, Leonardo Da Vinci, pemuzik Ludwig van Beethoven dan ramai lagi. Individu-individu ini bukan sahaja telah mencapai kejayaan besar, namun mereka turut mendapat pengiktirafan.

Ibu bapa boleh menjadikan individu-individu sebagai contoh dan jika anda mempunyai anak yang mempunyai autisme, berilah mereka sokongan. Menerusi kisah-kisah individu terkenal ini, dengan sokongan yang tepat dan penerimaan diri, individu dengan autisme boleh mencapai kejayaan yang luar biasa dalam pelbagai bidang.

Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai anak dengan ASD, jangan berasa sedih atau kecewa. Siapa tahu anak anda juga boleh mencapai kejayaan besar seperti individu-individu terkenal ini. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

Baca juga: 60 Ciri Ciri Autism/ Tanda Autism, Ibu Sila Perhati Jika Ada Kelainan Dalam Perkembangan Anak

Baca juga: Dr. Temple Grandin buktikan anak autisme juga boleh GENIUS seperti ini!

Penulis

Anis