Adakah Berdosa Jika Seorang Isteri Berhenti Kerja Dan Tidak Membantu Suami Yang Bergaji Kecil?

Keputusan isteri berhenti kerja demi menjadi suri rumah boleh menjadi dilema apabila melibatkan kewangan dan tanggungjawab dipikul suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan ramai wanita meninggalkan kerjaya selepas berkahwin untuk menguruskan rumah tangga, tetapi adakah berdosa jika isteri berhenti kerja dan tidak dapat membantu suami dalam perbelanjaan harian?

Apatah lagi jika suami mempunyai pendapatan yang kecil untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Isteri Berhenti Kerja Tidak Salah Atau Berdosa

Menjawab persoalan tersebut, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui aplikasi Inarah berkata, tindakan isteri memilih untuk berhenti kerja dan tidak membantu suami bukanlah satu kesalahan atau dosa.

“Tugas asal seorang isteri adalah di rumah, iaitu untuk mendidik anak-anak, menguruskan urusan rumahtangga, dan melaksanakan tanggungjawab keluarga yang lain”, ulasnya.

Namun, bagaimana pula dengan isteri yang bekerjaya?

Isteri yang bekerja dengan niat untuk meringankan beban suami dalam menanggung nafkah atau keperluan keluarga adalah merupakan tindakan yang harus diberikan pujian.

Ini kerana tugas dan tanggungjawab menyara keluarga merupakan kewajipan kaum suami dan bukanlah kewajipan isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini berpandukan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’awiyah al-Qusyairi R.A yang bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajipan suaminya?” Maka Rasulullah SAW menjawab:

أن تُطْعِمَها إذا طَعِمتَ ، وتَكْسوها إذا اكتسَيتَ ، أوِ اكتسَبتَ ، ولا تضربِ الوَجهَ ، ولا تُقَبِّح ، ولا تَهْجُرْ إلَّا في البَيتِ

Maksudnya: “Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah.” – Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad.

Nabi SAW turut bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَلِأهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، فَأعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rabbmu mempunyai hak atasmu, dan jiwamu mempunyai hak atasmu, dan isterimu mempunyai hak atasmu, maka berilah setiap hak kepada orang yang berhak”- Riwayat al-Bukhari.

7 Nafkah Wajib Diberi Kepada Isteri

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili  menyatakan majoriti ulama bersepakat bahawa terdapat tujuh nafkah yang wajib disediakan oleh suami kepada isteri iaitu:

1. Makanan

Suami wajib menyediakan makanan yang mencukupi dan berkhasiat untuk isteri. Ini termasuk makanan harian dan juga makanan ketika ada majlis atau hari-hari istimewa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Barang-barang dapur

Bahan-bahan keperluan untuk memasak dan peralatan dapur yang diperlukan untuk menyediakan makanan. Contohnya, beras, minyak, rempah ratus, dan lain-lain.

3. Pakaian

Suami harus menyediakan pakaian yang sesuai untuk isteri mengikut keperluan dan keadaan sekuran-kurangnya 2 kali setahun.

4. Tempat tinggal

Suami wajib menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk isteri untuk didiami serta memastikan tempat tinggal tersebut dalam keadaan baik dan selamat.

5. Alat solekan

Suami juga perlu menyediakan alat solekan yang diperlukan oleh isteri untuk menjaga kebersihan dan kecantikannya. Ini termasuk produk-produk penjagaan diri seperti sabun, syampu, krim, dan alat solekan.

6. Barangan rumah

Barangan rumah yang asas seperti katil, meja, kerusi, peralatan elektronik dan lain-lain yang diperlukan untuk memudahkan urusan seharian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Pembantu kepada isteri

Sekiranya isteri memerlukan bantuan untuk menguruskan rumah tangga, suami perlu menyediakan pembantu rumah sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu.

Penyediaan nafkah ini adalah tanggungjawab suami untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan isteri terjaga.

Ulama menekankan bahawa suami perlu berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan ini sesuai dengan kemampuan mereka.

Sebagai pasangan hidup, tidak salah sekiranya sama-sama membantu suami dalam meringankan beban dan menguruskan rumahtangga.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Bekerja Amat Perlukan Bantuan Suami, Sama-Samalah Penat Agar Anak Tidak Terabai!

Baca juga: Suami Tanya Isteri Tak Kerja Buat Apa Kat Rumah, Sekali Dia Buka Mulut Terus ‘Insaf’ Si Suami

Baca juga: Suri Rumah Kena Banyak Bersabar, Sindrom ‘Sunyi’ Yang Dirasai Tidak Ramai Mengerti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah