Isteri Yang Cerewet Terbukti Mampu Membuatkan Suami Makin Sihat & Bahagia- Pakar

Isteri cerewet dikatakan mampu membuatkan kesihatan suami lebih baik. Dalam segenap hal rumah tangga, isteri akan prihatin dan teliti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami mana yang tidak rimas jika isteri cerewet. Tetapi jangan terkejut, suami yang memiliki pasangan cerewet ini sebenarnya mampu membuatkan kesihatan mereka lebih terjamin. 

Satu kajian telah dijalankan oleh seorang profesor di Michigan State University untuk mencari hubungan di antara perkahwinan dan diabetes.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini:

  • Isteri cerewet lebih prihatin dan teliti bab jaga suami dan anak-anak
  • Isteri cerewet dan suka membebel adalah tanda sayang pada suami
  • Kelebihan mengahwini dan jadikan perempuan cerewet sebagai isteri

Isteri cerewet lebih prihatin dan teliti bab jaga suami dan anak-anak

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa lelaki yang memiliki pasangan yang cerewet mempunyai peluang lebih rendah untuk menghidap penyakit kencing manis. 

Bukan itu sahaja jika suami telah pun menghidap penyakit ini, ia boleh dikawal dan tidak kritikal kerana pasangan yang cerewet akan lebih teliti dalam pemakanan sehariannya.

Ini sekaligus membantu suami mengambil makanan tinggi gula atau berlemak. Wanita yang cerewet inilah yang akan memantau kesihatan pasangannya dengan kerap.

Selain itu, isteri yang cerewet akan lebih cenderung untuk mengingatkan si suami untuk mengambil ubat. Ketika waktu makan pula, dia juga menyediakan lebih banyak menu yang sihat agar kesihatan tubuh badan terjaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri cerewet dan suka membebel adalah tanda sayang pada suami

Isteri suka membebel bukan bermakna perkahwinan itu tidak bahagia.

Menurut ahli terapi perkahwinan dan keluarga, Dr. Karen Ruskin, disebabkan isteri memikul tanggungjawab menguruskan rumah tangga, si suami mungkin menganggap permintaan berulang daripada isteri sebagai membebel.

Namun, sebenarnya si isteri mungkin sedang menunjukkan betapa mereka mengambil berat akan suami mereka dan ia juga tanda si isteri menyayangi suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan, kalau suami tidak mahu isteri kerap membebel, rajinlah membantu isteri melakukan kerja rumah. Ini bukan sahaja dapat menggembirakan hati isteri bahkan dapat mengukuhkan lagi rumah tangga kalian.

Kelebihan mengahwini dan jadikan perempuan cerewet sebagai isteri

  • Bantu kawal perbelanjaan 

Pasangan yang cerewet dapat bantu suami untuk menguruskan perbelanjaan dengan baik. Sikap cerewet si isteri dapat membantu suami untuk belanja dengan lebih berhemah, dan memastikan keluarga untuk membeli barangan keperluan yang penting sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ingin suami nampak segak

Bonus memiliki isteri yang cerewet ini adalah mereka sentiasa memastikan penampilan suami tampak rapi, segak dan mempesonakan. Isteri mana yang mahu suami mereka kelihatan selekeh di khayalak ramai. Tentulah si isteri ingin suami kelihatan menarik sekali gus tampil berkeyakinan.

  • Menguruskan keluarga dengan baik

Suami kena ingat, isteri telah melahirkan serta menjaga anak, selain daripada menguruskan rumah tangga dengan baik. Jika mereka cerewet, jangan cepat melenting. Itu mungkin kerana mereka kepenatan. Setiap isteri inginkan kesempurnaan dalam menguruskan keluarga mereka. Jadi suami kenalah faham dengan perasaan si isteri, ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Isteri Asyik Bergaduh Setiap Hari? Ini 5 Cara Tangani Konflik Rumah Tangga Dengan Aman

Baca juga:  Ingin Rumah Tangga Bahagia, Suami Isteri Perlu Sentiasa Lakukan Perkara Ini Setiap Hari!

Baca juga: 10 Perkara Suami Isteri WAJIB Buat Setiap Pagi Agar Perkahwinan Lebih Intim & Berkekalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Sofea