'Tahun Pertama Puasa Tanpa Dia,' Coretan Suami Agungkan Arwah Isteri Undang Sebak

Isteri meninggal dunia merupakan kehilangan terbesar buat suami dan seisi keluarga. Lebih sebak, lelaki ini menulis coretan perasaannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sebalik kegembiraan seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga, ada insan yang menangisi pemergian pasangan tercinta. Coretan hati lelaki ini mengenai isteri meninggal dunia telah mencetuskan rasa hiba.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Isteri meninggal dunia, lelaki mula mengenangkan kenangan manis bersama arwah ketika Ramadhan 
  • Saat paling sakit bila merindui isteri meninggal dunia

Sememangnya bukan mudah untuk menerima takdir sebuah kehilangan dan meniti hari-hari mendatang tanpa adanya pasangan di sisi seperti sebelum ini.

Isteri meninggal dunia, lelaki mula mengenangkan kenangan manis bersama arwah ketika Ramadhan 

Menerusi coretan yang ditulis di Facebook Mamak Mamak, dia menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun pertama menjalani ramadhan tanpa orang rumah.

Memang rasa yang teramat sangat kehilangan. Yelah masa ada, isterilah yang paling sibuk dengan memasak, tukar langsir dan beli itu ini.

Aku cuma jadi penemannya yang setia. Sebab dia tidak pandai memandu. Jadi bila kata nak berbelanja je, aku akan bersama dia. Tapi sekarang ni, walaupun aku mampu jadi ayah, ibu dan kawan untuk anak aku. Tapi tidak boleh sama dengan kasih sayang isteri dan ibu.

Dia tahu semuanya. Bila suaminya ada masalah, dia akan beri pendapat. Bila anak nak itu ini, dia lah yang akan kumpul duit untuk mendapatkan apa yang dihajati oleh anak.

Aku tak kaya, aku tidak berharta. Tapi kasih sayang yang aku bagi dekat dia cukup-cukup tinggi. Aku tak kata aku baik. 

Tapi aku tak sanggup nak buat sesuatu yang tidak baik di belakang dia. Biar kata sejauh mana aku tinggalkan dia, sebagai pemain bola memang merata dalam dan luar negeri aku pergi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi aku kuatkan niat aku. Takkan sentuh perempuan lain, takkan mabuk. Sebab aku pernah lalui benda-benda ni masa bujang.

Saat paling sakit bila merindui isteri meninggal dunia

Sejak kahwin aku janji dengan diri aku, syukur.. Sampai dia hembus nafas terakhir, aku masih tetap dengan niat aku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aku coret ni sekadar suka-suka tanpa membabitkan sesiapa. Saja berkongsi benda yang aku lalui. Tapi satu je, merindu orang yang telah pergi selamanya, bukan biasa-biasa. Bila aku sibuk bekerja, oklah sikit.

Ada masa pergi ziarah pusara, still ok lagi walaupun aku menangis dalam hati sebab anak aku ada bersama. Tapi bila perasaan rindu tu datang secara tiba-tiba. Ya ampun, memang akulah manusia yang paling lemah dalam dunia.

Automatik aku jadi lemah, terlalu rindu. Entahlah nak kata macam mana. Aku cuma harap sangat kepada kawan-kawan yang masih ada suami atau isteri, hargailah mereka.

Berilah kasih sayang pada mereka. Sungguh, aku ni walaupun rasa dah bagi kasih sayang masa arwah hidup, bila dia dah pergi aku rasa menyesal tak gunakan setiap kali ada peluang bersama anak bini untuk bergurau, beriadah dengan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang menyesal. Tapi benda dah berlalu. Aku teruskan perjalanan hidup aku dengan anak bujang. Main bola bersama, melepak kedai mamak bersama. Macam sahabat.

Aku nak buat yang terbaik untuk anak aku sebab aku tahu arwah terlalu sayangkan anak dia. Aku akan buat yang termampu agar anak aku berjaya dunia akhirat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,” Kisah Sedih Anak Menyaksikan Ibu Meninggal Dunia

Baca juga: Gendong Anak Sambil Kerja Sejak Kematian Isteri, Netizen Tersentuh Dengan Pengorbanan Ayah Tunggal Ini!

Baca juga: ‘Ayah Dah Meninggal, Accident. Ibu Pun’- Guru Kongsi Video Buat Ramai Rasa Sebak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan