Isteri Minta Cerai Dengan Suami Kerana "Terlalu Baik" Apa Yang Si Isteri Ini Mahukan?

Apa yang membuatkan hati isteri tiba-tiba berubah dan tawar hati? Ketahui apa tanda pasangan dah berubah hati dan bagaimana untuk mengambil hatinya semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susah betul nak faham hati perempuan ya, baik sangat tak suka, tak mengambil berat tak suka, jahat sangat lagilah tak suka! Tiba-tiba isteri minta cerai tanpa sebab! Jadi apa yang isteri mahukan sebenarnya? 

Seperti kisah yang berlaku di Sambhal, daerah Uttar Pradesh, India ini, si isteri minta cerai tanpa sebab selepas 18 bulan berkahwin, dek kerana suaminya cukup menyayangi si isteri. Si suami selalu membantu dalam urusan rumah, bantu memasak dan melayannya sehingga tidak pernah bergaduh.

Wow! Ciri-ciri lelaki idaman tu! 

Malangya si isteri cukup tak berkenan. Katanya dia bosan dan lemas dengan perkahwinan yang begitu, dia ingin merasa bergaduh dan berselisih faham dalam perkahwinan!

Lebih 18 bulan berkahwin, tidak sekali pun mereka bergaduh, malah apabila si isteri membuat kesilapan, suaminya terus memaafkan. Katanya dia tidak mahu suami yang hanya menurut kemahuannya. 

Ada juga ya bini yang begitu? Ingatkan dia dah terkena ‘jackpot’! Tapi lain pula yang dirasakan. 

Namun, tuntutan cerainya di mahkamah syariah ditolak akibat si isteri minta cerai tanpa sebab yang munasabah. Mereka diminta berbincang terlebih dahulu, dan menyelesaikannya secara baik. 

Tanda isteri mula bosan dengan suami dan akan mula isteri minta cerai tanpa sebab

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Awas suami, jika anda dapati isteri anda sudah mulai tunjukkan tanda-tanda ini, itu bermakna si dia sudah bosan.

Dan para isteri pula, kalau dah ada ciri-ciri ini janganlah dibiasakan. Anda perlu pupuk kembali rasa sayang tu, barulah perkahwinan boleh kekal selamanya!

#1. Isteri jarang ingin berborak

Bukan kata bertanya khabar, diajak berbual pun mahu tak mahu dilayan. Selalunya pantang si suami tanya ‘how’s your day?’ mulalah bertalu-talu jawapannya, dari pagi hingga ke petang diceritakan satu persatu.

Tapi ingat ya isteri, tak baik tau buat begitu, anda perlu sentiasa usaha untuk bercakap dengan suami walaupun hati lebih suka menyendiri. 

#2. Lebih suka menyendiri

Apabila suami pulang dari pejabat, isteri terus masuk bilik. Waktu suami turut serta untuk menonton televisyen, si isteri terus ke dapur konon membuat apa yang patut. Boleh kata alergi kalau berdekatan dengan suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesianlah si suami tu, tiada tempat bermanja. Jangan dicari lain pula nanti! Tergigit jari anda.

#3. Lebih suka melayan anak-anak

Jika diberi pilihan mereka akan mendahului anak-anak dulu berbanding suami. Termasuklah bab menyediakan makan, persiapan anak dan membasuh baju anak-anak. Si suami dibiar terkontang-kanting menguruskan diri sendiri.

Apalah gunanya sebuah perkahwinan begitu, kalau dan buat hal masing-masing kejadiannya. 

#4. Tidak kisah suami tiada di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila dengar saja suami mahu keluar sama ada punyai urusan atau berjumpa kawan-kawan, terus tersenyum lebar si isteri. Seolah berasa lega ketiadaan suaminya. Normalkah rasa begitu? 

Ada sesetengan pasangan memang memerlukan ruang, dan ingin bersendirian sekali-sekali, itu normal. Tapi bila setiap masa dirasakan lemas apabila suaminya ada, itu punca masalah sebenarnya!

Apa perlu buat jika isteri sudah bosan dengan suami?

Cuba, cuba dan cuba lagi! Perkahwinan bukan hasil usaha sebelah pihak sahaja. Ia memerlukan usaha bersama ya. Masing-masing perlu memainkan peranan.

Jika nampak isteri sudah mula bosan, ajak berbincang, pergi bercuti dan luangkan lebih banyak masa bersama. Kadang-kadang apabila sudah terbiasa tidak bersama, akan menjadi biasa.

Tak boleh begitu, pasangan berkahwin tidak patut berasa biasa bila terasing! Bila berjauhan mesti kena ada rasa rindu bukan berasa lega. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda berada di dalam dilema isteri minta cerai tanpa sebab cuba lakukan perkara berikut:

#1. Berdoa dibukakan hati

Setiap kali selepas subuh, doa moga dibukakan semula pintu hati. Kadang-kadang dalam setiap ibadat kita, kita lupa untuk minta bahawa perkahwinan kita dilindungi dan minta untuk diteguhkan hati dan perasaan pada pasangan. Jadi tidak salah untuk minta padaNya. 

#2. Lakukan perkara-perkara yang boleh membangkitkan memori lama

Jika dahulu anda sering sediakan sarapan istimewa buat pasangan namun lama kelamaan, bila dah ada anak, maka sarapan pun jadi asal ada sahaja. Malah anak-anak menjadi fokus utama.

Cuba ambil masa, dan menjadi isteri yang gigih, ingat semua benda baik yang anda lakukan dengan niat kerana inshaAllah, Allah akan dipermudahkan dan diberkati. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ini Tanda Suami Sudah Bosan Dengan Anda, Jaga-Jaga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan