Hubungan intim pasangan berumah tangga ada pasang surutnya, bukan hanya air laut saja. Jadi kali ini kami kongsikan teknik urutan tubuh badan yang boleh buat suami atau isteri terangsang untuk melakukan seks.
Tuntutan kehidupan kini membuatkan kita sentiasa penat. Malah bila balik rumah mungkin hanya fikir mahu tidur saja tanpa memikirkan perkara lain.
Tetapi jangan terlepas pandang, semak juga keperluan isteri atau suami anda, mereka mungkin dahagakan kasih sayang dari anda.
Isteri terangsang dengan 7 teknik urutan badan ini
Hubungan suami isteri perlu alami fasa refresh. Jadi tiadalah rasa bosan dengan perkara rutin anda dan pasangan. Semua orang tahu urut boleh meredakan ketegangan badan dan menenangkan fikiran, tapi tak ramai suami isteri pernah melakukan urutan batin.
Tahukah anda, urutan batin bukan sahaja boleh mencetuskan rasa ghairah untuk melakukan hubungan intim, tapi juga mampu membuatkan aksi ranjang anda bertahan lebih lama.
Menurut kajian seorang professor seksologi dikenali sebagai Dr McGough, urutan batin dapat mengurangkan hormon penyebab stres kortisol dan adrenocoticotropin sekaligus menambahkan hormon oksitoksin dan serotonin.
Hormon oksitoksin dan serotonin inilah yang meningkatkan ghairah pasangan kita. Jom cuba!
#1. Urut bahagian telinga pasangan
Urut bahagian telinga pasangan anda dengan lembut kedua-dua belah termasuk cupingnya. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati supaya pasangan rasa tenang dan dihargai.
Pastikan anda wujudkan suasana bilik yang harum dengan lampu samar-samar untuk meningkatkan mood romantis anda dan pasangan sekaligus mencetuskan malam penuh ghairah.
#2. Urut bahagian kening pasangan
Urut bahagian kening pasangan anda dengan lembut berulang kali. Kemudian picit secara sederhana di bahagian dahi pasangan.
Teknik ini biasa digunakan ketika kita mendapatkan rawatan kecantikan wajah. Mereka akan tekan sedikit di bahagian dahi untuk melancarkan pengaliran darah di kawasan itu.
#3. Urut belikat pasangan
Letakkan tangan kanan anda di bahagian tulang belikat pasangan. Tekan dengan lembut. Gerakkan tangan kiri anda di bahagian belakang bahu dari atas hingga ke bawah.
Ulang urutan ini sebanyak 20 kali untuk bahu kanan dan kiri. Pastikan anda gunakan tekanan yang bersesuaian dengan tahap penerimaan kesakitan yang boleh diterima pasangan anda.
Jangan urut terlalu kuat kerana ia mungkin boleh menimbulkan kesakitan pada mereka. Demam urat pula jadinya nanti.
#4. Ramas pergelangan tangan
Angkat lengan pasangan, ramas dari hujung tangan ke pergelangan tangan dengan sekuat hati. Tidaklah terlalu kuat, tetapi yang boleh diterima oleh tubuh badan pasangan.
#5. Urut bahagian jari pasangan
Urut bahagian jari-jemari pasangan anda dengan lembut. Urut satu persatu jari jemari pasangan anda dengan lembut dan penuh hati-hati.
#6. Urut bahagian bawah abdomen
Urut dengan menekan jari dari bahagian punggung hingga ke lutut. Kemudian, beralih ke bahagian dalam paha pula dimulakan dengan betis ke punggung pasangan anda. Anda harus lakukan urutan ini dengan lembut sekurang-kurangnya 20 kali untuk satu kaki.
#7. Baring di sebelah pasangan anda, dan peluk sepenuh hati
Bila anda buat saja ini, secara automatik, anda akan rasa ingin melakukan hubungan intim. Cubalah!
Anda juga boleh wujudkan suasana bilik romantik seperti spa dengan memasangkan alunan melodi romantik yang menimbulkan suasana untuk membuatkan suami atau isteri terangsang dan ghairah untuk melakukan hubungan intim.
5 perkara kecil yang buat pasangan rasa dihargai
Kadangkala kita tidak perasaan, hanya kerana perkara kecil yang kita buat dan rasa biasa saja, tetapi sebenarnya buat pasangan rasa lebih dihargai.
#1. Lakukan kebaikan kecil
Contohnya suami tolong isteri sidai kain yang sudah dibasuh. Nampak biasa saja, tetapi dengan sidai kain itu ia sudah mengurangkan satu tugas isteri dan isteri boleh teruskan dengan tugas lain.
#2. Berikan perhatian kepadanya
Jika dia bercakap, pandang mata pasangan anda. Jangan biarkan dia bercakap berseorangan. Jadi rakan sembangnya. Ini sangat penting untuk buat pasangan rasa dihargai.
#3. Sokong pasangan anda
Sokong pasangan lakukan apa yang diminatinya. Contohnya jika dia sukakan menyelam skuba, anda boleh ikut programnya walaupun anda takut air. Ini akan buat dia rasa lebih dihargai.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: bumbumcak
Baca juga: 15 Makanan Mampu Merangsang Nafsu Untuk ‘Bersama’, Tak Percaya? Cubalah!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!