Menurut kajian 10% ibu yang hamil akan mengalami tekanan (stress) sepanjang kehamilan. Ibu hamil yang mengalami stress bukan sahaja merbahayakan pertumbuhan dan perkembangan janin dalam kandungan bahkan boleh mempengaruhi perkembangan otak janin. Oleh yang demikian adalah sangat penting untuk ibu yang sedang hamil mengambil berat terutama kesihatan yang melibatkan mental mahupun fizikalnya.
Stress merupakan suatu keadaan ketegangan yang berpengaruh terhadap emosi, proses berfikir serta kondisi dalam diri seseorang. Jika dilihat dari keadaan psikologi ibu hamil emosinya lebih rapuh (fragile), mudah terasa hati biarpun ianya perkara kecil sahaja. Ada sahaja perkara yang akan mencetuskan atau membuatkan emosi ibu yang hamil itu bercampur baur. Ini juga mungkin kesan daripada perubahan hormon yang berlaku ketika hamil.
3 Kesan Stress Ibu Hamil Terhadap Bayi Di Dalam Kandungan
Kredit: Pexels
Terdapat pelbagai kesan yang akan berlaku kepada bayi yang dikandung akibat daripada rasa stress yang dialami yang sedang hamil.
Antara kesan stress ibu hamil kepada bayi di dalam kandungan :-
1# Meningkatkan risiko alergi kepada bayi
Kajian mendapati ibu hamil yang stress dapat meningkatkan risiko alergi kepada bayi di dalam kandungan. Hormon kortisol yang dihasilkan oleh ibu hamil sewaktu mengalami stress boleh memberi risiko kepada janin. Bagi bayi yang memiliki kadar hormon kortisol yang tinggi akan mempunyai risiko yang lebih untuk menghidap masalah alergi.
2# Meningkatkan risiko keguguran
Stress yang melampau boleh memberi kesan buruk kepada ibu hamil, begitu juga dengan bayi di dalam kandungan. Risikonya yang bakal dihadapi oleh ibu yang stress adalah keguguran. Adalah disarankan ibu yang sedang hamil untuk sentiasa belajar mengawal emosi dan jangan membiarkan diri berada dalam tekanan melampau.
3# Menjejaskan sistem imun bayi
Kajian juga mendapati ibu hamil yang selalu mengalami tekanan berlebihan boleh melemahkan sistem pertahanan badan bayi, terutama ketika kandungan berusia 6 bulan. Oleh yang demikian, ibu hamil dinasihatkan agar sentiasa menjaga diet pemakanannya setiap hari. Pastikan keperluan nutrisi yang diperlukan ibu dan bayi cukup sepanjang tempoh kehamilan.
Baca juga: Teruskan Rasai Detik Kehamilan Dengan Gembira, Banyak Keistimewaan Terhidang Buat Kita
Sokongan daripada suami sangat diperlukan
Kredit: Pexels
Bagi mengatasi serta mengurangkan stress di kalangan ibu hamil, peranan dan sokongan daripada keluarga terdekat seperti suami memang sangat diperlukan. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh suami adalah melalui urutan serta sentuhan di badan terutamanya di bahagian perut isteri dan selalulah berkomunikasi dengan bayi di dalamnya.
Selain itu dengan sentuhan kasih sayang suami terutama di bahagian perut dapat mengurangkan tekanan ibu yang hamil. Ianya seolah berkongsi rasa tekanan dengan orang yang paling rapat dan dekat. Antara urutan suami atau bakal ayah boleh lakukan bagi mengurangkan rasa stress buat ibu hamil adalah seperti berikut:-
#1 Mengurut di bahagian belakang badan ibu hamil terutama pinggang
Melalui urutan di bahagian belakang terutama di bahagian pinggang ibu sebenarnya dapat melegakan rasa lenguh yang selalunya dihadapi oleh ibu yang hamil. Kebiasaannya ibu hamil akan mengalami masalah sukar tidur terutama bagi mereka yang sudah berada di trimester ketiga dan juga yang mengandungkan anak kembar.
#2 Mengurut di bahagian betis isteri hamil
Ibu hamil biasanya akan mengalami cramp di bahagian betis kaki. Ada yang mengaitkan faktor kurang kalsium yang menyebabkan masalah cramp sering terjadi. Sebenarnya, seorang wanita menghadapi masalah ini kerana membawa bayi yang dikandungnya ke mana sahaja mereka pergi. Semakin hari, kandungan akan membesar secara tidak langsung jumlah berat tampungan menjadi semakin meningkat. Urutan secara lembut di bahagian betis dan kaki sememangnya boleh membantu ibu hamil ini berasa lega dan selesa.
#3 Mengusap kepala ibu hamil dan memberi ciuman di bahagian kening
Menurut pemerhatian dari pakar psikologi yang pernah dijalankan, melalui usapan kepala dan kuncupan di kening dapat mengembalikan rasa cinta dan seronok terutama buat wanita. Apatah lagi jika mereka sedang hamil ianya sangat membantu dalam mengurangkan rasa tekanan yang sedang dihadapi.
#4 Letakkan tangan di perut ibu, usap dengan lembut dan berkomunikasi dengan anak
Apabila bakal ayah meletakkan tangan di perut isteri yang mengandungkan anaknya,ini akan menzahirkan satu perasaan yang indah yang menguatkan lagi hubungan si ayah dan juga anak yang bakal dilahir. Bahkan dengan cara ini, anak juga akan lebih cepat mengenali si ayah selepas dilahirkan kerana dia sudah terbiasa mendengar suara yang sama setiap hari. Bahkan setiap kali ayah mengusap perut dan berkomunikasi dengan anak, pastinya akan ada refleks rasa tendangan.
Urutan terbaik adalah perlu menggunakan minyak yang sesuai seperti Mama’s Choice Relaxing Massage Oil . Minyak urut dari jenama Mama’s Choice ini dapat membantu mengurangkan ketegangan dan dapat memberi rasa ketenangan. Produk ini menggunakan formulasi bahan semulajadi bukan sahaja selamat, bahkan ianya bagus untuk terapi dan juga dapat melembutkan kulit badan.
Campuran minyak pati semula jadi yang digunakan dapat memberikan meningkat mood yang baik serta membantu meningkatkan peredaran darah. Oh ya! Mama’s Choice Relaxing Massage Oil ini sangat sesuai digunakan untuk urutan sebelum tidur sekaligus menjadikan tidur lebih berkualiti.
Antara ramuan utama didalam Mama’s Choice Relaxing Massage Oil adalah:-
- Lavender -Ramuan herba semula jadi yang terkenal dengan agen yang dapat membantu menghilangkan rasa tekanan dan kegelisahan serta mengurangkan ketegangan dan mengurangkan sakit belakang.
- Minyak limau gedang (Grapefruit) – Buah sitrus yang mempunyai aroma segar, manis dan menyegarkan sekaligus membantu meningkatkan mood dan tenaga.
- Minyak Oren – Pelembap semula jadi yang bagus untuk mereka yang berkulit kering. Kaya dengan khasiat dan boleh menenangkan.
Cara kegunaan:
Sapukan sedikit pada tapak tangan. Mengurut dengan lembut di kawasan badan yang dikehendaki. Untuk kesan yang optimum, gunakan sebelum tidur atau pada bila-bila masa sahaja. Ini terutamanya jika ingin dapatkan kualiti rehat dan juga menghilangkan rasa stress (tekanan). Bagi kegunaan dalam urutan pranatal, boleh sapukan hanya selepas trimester pertama dan sebelum bulan terakhir kehamilan. Jadikan sebahagian rutin petang harian anda.
Petua: Tuangkan beberapa titis di dalam diffuser dan dilute dengan air untuk aromaterapi.
Boleh dapatkan Mama’s Choice Relaxing Massage Oil di Shopee.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!