Isteri Selalu Tiada Mood Untuk 'Bersama', Mungkin Anda Perlu Lebih Banyak Luangkan Masa Berdua

Suami selalu tertanya-tanya mengapa isteri tidak berminat atau tiada mood untuk seks. Antara sebabnya dia tidak enjoy dan rasa terpaksa.

Perhubungan suami isteri sudah pasti ada pasang surutnya. Ia termasuk juga dalam hubungan intim. Mungkin ada yang alami isteri tiada mood untuk berhubungan intim. Tetapi si suami punya keinginan tinggi.

Perkara ini kadang kala buat rumah tangga sentiasa panas. Isteri rasa bersalah, suami pula tertanya-tanya kenapa isteri sering tiada mood. Jadi apa yang menyebabkan berlakunya perkara ini?

Apa yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Mengapa isteri tiada mood untuk bersama
  • Kepentingan berhubungan intim
  • Efek jika kurang berhubungan intim
  • Tips untuk membangkitkan mood

Mengapa isteri tiada mood untuk bersama

Orang kata isteri selalunya tiada mood untuk seks setelah lama berkahwin. Jangan percaya stereotaip yang mengatakan wanita lebih dingin berbanding lelaki.

Jika aksi di dalam bilik tidur semakin kurang dan boring, kemungkinan besar ada sebab atau masalah lebih mendalam yang perlu ditangani antara hubungan anda dengan si isteri.

Anda masih terkenangkan malam-malam hangat anda berdua beberapa bulan yang lalu? Api itu boleh membara semula. Cuba anda cari dulu punca mengapa api itu telah reda. Di bawah mungkin beberapa sebab si isteri kurang mood untuk berhubungan intim dengan anda. 

#1. Anda berdua tidak meluangkan cukup masa bersama

Seks dengan isteri bukan macam pasang TV tau? Isteri anda bukan macam TV, kalau nak, bila-bila masa pun boleh.

Isteri anda juga mempunyai hati dan perasaan. Kasih sayang yang dibina bersama isteri anda setiap hari, setiap bulan, setiap tahun yang anda habiskan bersama, kasih sayang inilah yang akan mengeratkan hubungan anda berdua.

Hubungan intim adalah untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isteri. Tapi jika hubungan harian anda tidak diberi perhatian, macam mana anda ingin mula berintim dengan isteri?

Anda perlu membina kemesraan bersama isteri: berpegang tangan, cium pipi, ataupun bertanya tentang keadaan harinya.

Semua ini boleh mengeratkan hubungan dan mengembalikan perasaan cinta dan sayang yang telah lama reda.

#2. Terlalu letih atau penat berkerja

Ini bukan pasal suka hati dia je cakap dia terlalu letih dan tidak mahu berintim. Apabila isteri perlu mencuci rumah, masak, kerja, hantar anak ke sekolah dan menjaga anak dan suami, kadang-kadang dia terlalu letih dan langsung tidak memikirkan tentang seks. 

Kalau dia cakap dia sangat letih atau tengah sakit kepala, janganlah dipaksa. Sebaliknya, dengar cakap isteri dan memberi pertolongan. Adakah anda selalu sedia menghulurkan pertolongan apabila melakukan kerja rumah?

Adakah anda selalu menjaga anak-anak atau hanya sekali-sekala dan hanya apabila disuruh? Tak ada benda lain yang lebih seksi dari suami yang selalu sudi menolong di rumah. Berikan ruang kepada isteri supaya dia boleh recharge sikit.

Apabila sudah cukup rehat, seks dengan isteri pasti akan lebih ummph nanti.

#3. Anda tidak puji isteri anda 

Ini antara punca isteri tak nak bersama. Bila kali terakhir anda beritahu isteri yang dia sangat cantik dan anda bertuah sungguh mendapat isteri seperti dia? Jangan beri alasan bahawa “isteri saya tahu yang saya sayang dia. Dia tahu hanya dialah insan yang paling sempurna untuk saya.”

Mungkin zaman dating dan sebelum melahirkan anak, isteri anda rasa yakin. Tetapi selepas beranak dan dengan rupa parasnya sekarang dia mungkin rasa kurang yakin pada diri sendiri.

Walaupun anda berdua akan tua bersama, masyarakat kita masih berpendapat harga diri seorang wanita akan berkurangan apabila dia semakin tua.

Cuba tengok keuntungan industri kecantikan serta cara wanita berusaha untuk nampak muda dan jelita untuk suami mereka.  

Selepas melahirkan, faraj isteri mungkin longgar, perutnya penuh dengan stretchmark, kulit serta payudara kendur. Semua ini boleh menyebabkan seorang wanita rasa tidak cantik, dan rasa tidak yakin untuk bersama suaminya secara intim kalau suami sudah bertambah dingin.

Berikan galakkan dan pujian dan bina harga diri isteri anda. Yakinkannya yang anda masih sayang dengannya, seperti kali pertama anda terjatuh cinta dengannya. Seks dengan isteri akan bertambah baik apabila mendapat keyakinan dari anda.

#4. Isteri tidak "enjoy" semasa seks

Nafsu seks dan keinginan seks bukan suatu yang boleh dipaksa. Adakah anda hanya memikirkan keseronokkan sendiri sahaja atau anda berdua? Hubungan seks dengan isteri kena seronok juga untuk si isteri dan bukan hanya untuk anda seorang sahaja.

Kalau isteri rasa tidak syiok langsung, mestilah dia akan fikir "lebih baik saya tidur sahaja!"  Ini tidak semestinya salah anda sahaja, mungkin anda berdua perlu bincang apa yang anda suka. Cubalah posisi yang baru?

Atau hubungan intim anda berdua cuma perlu sedikit umph! Ataupun ia masalah kesihatan? Tidak kira apa puncanya, ia adalah penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan seks dengan isteri.

Jangan anggap perkara ini sebagai 'normal' dan ia adalah perkara biasa jika isteri tidak mendapat kepuasan. Jangan malu untuk bertanya kepada doktor atau belajar pendidikan seks dengan banyak membaca di dalam talian. 

Kepentingan berhubungan intim

Bagi pasangan yang berkahwin, kepentingan hubungan intim adalah sangat penting. Ini kerana hubungan intim yang hambar boleh menjejaskan hubungan dan institusi sesebuah perkahwinan. Jadi apakah kepentingan berhubungan intim dan kepentingan bersama suami dan bersama isteri dalam perkahwinan?

Bagi pasangan yang berkahwin seks penting untuk fizikal dan psikologi. 

#1. Faedah psikologi

Seks dikatakan mempunyai banyak faedah untuk psikologi dan emosi ke arah kualiti hidup pasangan berkahwin yang lebih baik. Antara faedah seks untuk psikologi termasuklah:

  • Tingkat keyakinan diri - Imej diri yang lebih baik. Seks boleh meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan perasaan tidak selamat, yang membawa kepada persepsi yang lebih positif terhadap diri kita.
  • Kadar kebahagiaan yang lebih tinggi - Menurut kajian 2015 yang dijalankan di China, hubungan seks yang lebih suka sama suka dan hubungan seks yang lebih berkualiti meningkatkan kebahagiaan pasangan dan individu.
  • Ikatan lebih kuat dan erat - Bahan kimia otak dibebaskan semasa hubungan seks, termasuk endorfin, yang mengurangkan kerengsaan dan perasaan tertekan. Satu lagi hormon, oksitosin yang keluar apabila kita memeluk seseorang meningkat dengan rangsangan puting dan aktiviti seksual yang lain. Oksitosin membantu memupuk rasa tenang dan kepuasan.
  • Melepaskan tekanan - Tekanan kronik boleh menyumbang kepada kekerapan seks yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, seks boleh menjadi teknik pengurusan tekanan yang berkesan. Seks mengurangkan hormon tindak balas tekanan, seperti kortisol dan adrenalin (epinefrin), dengan kesan berpanjangan sehingga keesokan harinya.
  • Kualiti tidur yang lebih baik - Orgasme mencetuskan pembebasan hormon prolaktin, yang membantu dalam tidur.

#2. Faedah fizikal

Apakah kesan hubungan seks kepada fizikal anda?

  • Kecergasan fizikal yang lebih baik - Seks ialah satu bentuk senaman. Menurut Persatuan Jantung Amerika, aktiviti seksual adalah bersamaan dengan aktiviti fizikal sederhana, seperti berjalan pantas atau menaiki dua anak tangga. Pergerakan seks boleh mengetatkan dan mengencangkan otot perut dan pelvis. Bagi wanita, ia boleh meningkatkan kawalan pundi kencing.
  • Fungsi otak meningkat - Kajian awal terhadap tikus mendapati bahawa hubungan seksual yang lebih kerap dikaitkan dengan fungsi kognitif yang lebih baik dan pertumbuhan sel-sel otak baru. Faedah yang sama telah diperhatikan dalam kajian manusia. Kajian 2018 terhadap lebih 6,000 orang dewasa mengaitkan hubungan seks yang kerap dengan prestasi ingatan yang lebih baik pada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas.
  • Fungsi imun meningkat - Menjadi lebih aktif secara seksual mempunyai kesan positif terhadap fungsi imun. Dikatakan seks yang kerap malah boleh mengurangkan kemungkinan anda mendapat selsema.
  • Penurunan berat badan - Melakukan hubungan seks selama 30 minit membakar purata 200 kalori. Bahan kimia otak yang bermanfaat yang dikeluarkan semasa hubungan seks boleh meredakan keinginan makanan dan menyokong penurunan berat badan.

Efek jika kurang berhubungan intim

Tanyalah kepada mana-mana pasangan berkahwin pun, jika hubungan seks mereka teratur jarang dengar mereka mengeluh dengan perkahwinan.

Tetapi jika hubungan seks suam-suam kuku saja, ia akan memberi kesan keseluruhan kepada sesebuah institusi perkahwinan itu. Jangan kata seks tidak memberi kesan ya, ia sangat memberi kesan kepada kebahagian sesebuah perkahwinan.

Ada suami dan isteri yang semakin menjauh kerana terdapatnya permasalahan dalam perhubungan seks mereka. Jadi adalah lebih baik untuk anda berbincang dari hati ke hati dengan pasangan supaya tiada yang terbuku di hati dan menyebabkan berlakunya keruntuhan rumah tangga.

Tips untuk membangkitkan mood

Ada beberapa cara untuk membangkitkan mood melakukan hubungan seks. Antaranya termasuklah:

#1. Kenalpasti keperluan pasangan, diri sendiri

Kenal pasti perkara yang membuatkan anda berasa ingin melakukan hubungan seks. Tidak seperti lelaki yang mudah terangsang keinginan wanita adalah proses yang lebih beransur-ansur.

#2. Jika rasa selalu tiada mood, berusaha wujudkan mood

"Terlalu kerap, wanita berkata 'Saya agak letih,' 'Saya perlu mandi,' atau 'Ia bukan masa yang baik. Tetapi pasangan yang berusaha untuk melakukan hubungan seks secara tetap akan berusaha dan mencari bagaimana cara mewujudkan mood si isteri. Anda yang paling kenal isteri anda. 

#3. Luangkan masa berdua

Ini yang anda selalu terlepas pandang. Luangkanlah masa berdua. Hantar anak ke pengasuh dan sebagainya untuk mewujudkan malam anda berdua.

Artikel ini telah diterbitkan semula dari: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Seks Semasa Hamil, 7 Perkara Ini Sering Pasangan Musykil & Was-Was Untuk Bersama!

Baca juga: Seks Oral Kepada Suami Atau Isteri, Boleh atau Tidak?

Baca juga: Cumbuan Ghairah & Kod Seksi, Antara 30 Aksi Yang Mampu Tarik Perhatian Suami!

Penulis

Rosanna Chio