Jadual Makan Bayi 7 Bulan Yang Tepat Setiap Hari & Senarai Menu Sedap Ibu Boleh Cuba!

undefined

Jadual makan bayi 7 bulan perlulah tepat dan teratur setiap hari agar si manja memperoleh nutrisi yang mencukupi untuk perkembangannya

Makanan memainkan peranan penting dalam tumbesaran anak. Oleh itu, amat penting bagi ibu untuk mempersiapkan jadual makan bayi 7 bulan agar mereka mendapatkan khasiat dan nutrisi penting.

Apabila anak sudah mula makan makanan pejal, ibu kena pastikan kuantiti makanan tidak boleh terlalu banyak dan tekstur makanan juga perlu di ambil kira juga.

Dengan adanya jadual makan ini, ia bukan sahaja memberikan nutrisi lengkap buat bayi tetap juga membantu ibu mempersiapkan si manja untuk makan tepat pada waktu setiap hari.

Apa yang boleh anda baca daripada artikel ini?

  • Jadual makan bayi 7 bulan
  • Resipi mudah dan menarik untuk anak

Jadual makan bayi 7 bulan yang tepat dan teratur setiap hari

  • Awal pagi (Dari jam 3-5 pagi)

Pada usia 7 bulan, bayi masih memerlukan susu ibu atau susu formula walaupun mereka sudah mula makan makanan pejal.

Untuk susu ibu, bayi perlu diberi makan pada setiap jam tiga atau empat pada waktu pagi. Jika diberikan susu formula, ia perlu diberikan lebih kurang empat hingga enam kali sehari.

  • Pagi (Sarapan)

Berikan bayi anda lebih kurang 150 ml susu ibu atau susu formula sebelum berikan makanan pejal untuk sarapan pagi.

Untuk menu sarapan pula, ibu boleh cuba untuk berikan tiga ke empat sudu besar bijirin beras yang dicampur dengan 60 ml susu.

  • Tengah hari

Si manja anda perlu minum susu selepas tidur pada waktu pagi. Ibu bolehlah berikan sebanyak 10 ml susu ibu atau susu formula.

Selepas itu, anda boleh berikan bayi secawan makanan pejal untuk makan tengah hari mereka.

  • Petang

Berikan bayi susu sebelum dan selepas dia tidur siang. Ibu boleh berikan sebanyak 180 ml susu ibu atau susu formula.

Waktu ini, ibu tidak diwajibkan untuk menyediakan makanan pejal.

  • Malam

Pada waktu malam, bayi anda boleh diberikan makanan pejal. Jika sebelum tidur, boleh beri susu semula dan diteruskan sehinggalah pada awal pagi.

Resipi mudah dan menarik untuk anak 7 bulan dan ke atas

Dah siap jaual makan bayi 7 bulan, ibu boleh cuba pula resipi mudah dan menarik ini untuk anak.

jadual makan bayi 7 bulan

#1. Sarapan sup mee hoon dengan lobak merah

Bahan-bahan:

  • Unsalted butter 
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Halia
  • Sawi
  • Dada ayam
  • Mee
  • Stok kaki ayam CFS
  • Serbuk bilis

Cara menyediakannya:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia dengan unsalted butter sampai kekuningan.
  2. Tambahkan air dan masukkan stok kaki ayam CFS, sawi dan isi dada ayam.
  3. Akhir sekali, masukkan mee, serbuk bilis dan siap.

jadual makan bayi 7 bulan

#2. Tengah hari ayam buttermilk dengan buah naga

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lobak merah
  • Ayam 
  • Mentega
  • Susu full cream

Cara menyediakannya:

  1. Cairkan mentega
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dicincang halus
  3. Apabila bawang sudah bertukar keperangan, tambahkan susu full cream
  4. Tambahkan air jika terlalu pekat
  5. Letak ayam yang sudah digoreng dahulu dan lobak merah.

Cara goreng ayam:

  1. Salut dengan tepung tempura.

jadual makan bayi 7 bulan

#3. Tengah hari Salmon masak lemak labu dengan buah naga

Bahan-bahan:

  • Ikan Salmon
  • 1- 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji bawang merah, dicincang
  • CFS 2 biji
  • Labu, dipotong dadu
  • Ikan bilis
  • Susu fresh milk/ susu formula (Boleh juga gunakan santan segar)
  • Serbuk kunyit organik
  • Sedikit air

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan periuk dan tumiskan bawang dengan mentega 
  2. Masukkan CFS, labu dan air. Masak sehingga labu empuk.
  3. Masukkan salon, susu segar dan serbuk kunyit. Biarkan mengelegak sebentar.
  4. Masukkan ikan bilis
  5. Kacau sehingga sebati kemudian tutup api
  6. Sejukkan dan sedia dihidang.

jadual makan bayi 7 bulan

#4. Sarapan Spongebob roti telur dengan timun dan lobak

Bahan-bahan:

  • Roti sekeping
  • Telur sebiji
  • Lobak merah (hiasan)
  • Timun (hiasan)

Cara menyediakannya:

  1. Goreng roti dengan telur
  2. Potong lobak
  3. Potong timun
  4. Hiaskan mengikut bentuk atau karakter yang dinginkan.

jadual makan bayi 7 bulan

#5. Tengah hari ayam paprik dengan avokado

Bahan-bahan:

  • Baby tomato, dipotong dadu
  • 2 kiub pes tomato
  • Setengah batang lobak merah, dihiris
  • 1 biji bawang merah, dihiris
  • Seleri
  • 2 ulas bawang putih
  • Kubis bunga
  • Ayam ikut kuantiti anak makan
  • Minyak zaitun
  • Air masak

Cara menyediakannya:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Tambahkan pes tomato dan kacau sebati.
  2. Tambah ayam, kubis bunga, seleri dan tambah sedikit air
  3. Reneh hingga masak. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi lembik atau bubur.

jadual makan bayi 7 bulan

#6. Sarapan Jemput-jemput nasi

Bahan-bahan:

  • Cucur sayur
  • Nasi
  • Kentang
  • Air

Cara menyediakannya:

  1. Stim kentang.
  2. Masukkan tepung cucur bilis.
  3. Masukkan nasi di ikuti dengan kentang.
  4. Tambahkan air sedikit.

jadual makan bayi 7 bulan

#7. Sarapan sushi telur versi bayi

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Daun sup
  • Beras

Cara menyediakannya:

  1. Goreng telur bersama daun sup (buat seperti telur dadar)
  2. Letakkan nasi atas telur dan gulungkan
  3. Siap dan boleh di makan.

jadual makan bayi 7 bulan

#8. Tengah hari ikan siakap sweet sour telur dadar

Bahan-bahan:

  • Bahagian kecil ikan siakap
  • Lobak merah
  • Baby tomato
  • Kubis bunga
  • Bawang merah, dihiris halus
  • Bawang putih
  • Pes tomato
  • Air
  • Minyak zaitun
  • Halia

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan lobak merah. Tambahkan sedikit air.
  2. Tambahkan pes tomato dan ikan siakap. Masak sebentar.
  3. Tambahkan kubis bunga dan baby tomato.
  4. Siap dan hidangkan bersama nasi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini

Baca juga: Jenis Makanan Yang Terbaik Untuk Bayi Agar Cepat Gemuk Dan Tambah Berat Badan

Baca juga:  Info Penting Bila Bayi Masuk 6 Bulan, Panduan Penyediaan & Jenis Makanan Yang Selamat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!