Ini adalah panduan lengkap pemakanan dan jadual makanan bayi di tahun pertama mereka. Ibu bapa perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh diambil setiap anak.
Dalam setiap umur anak bermula dari 0 hingga 12 bulan, ibu perlu tahu susu badan atau makanan yang baik untuk disediakan kerana pada tahun pertama ini adalah sangat penting sebagai langkah awal dalam kehidupan manusia.
Pada masa ini juga ibu bapa perlu memberi perhatian khusus kerana perkembangan fizikal anak yang cergas dan kuat dapat diserap melalui penyusuan dan pemakanan yang sihat.
Berikut info makanan bayi di tahun pertamanya. Take note parents!
Jadual makanan bayi baru lahir hingga 5 bulan
Sistem pencernaan bayi baru lahir biasanya belum sempurna, jadi amat mustahil untuk mereka mencerna makanan pejal pada usia semuda itu.
Makanan paling mudah dicerna oleh bayi ketika ini adalah susu ibu. Dari situ, bayi dapat belajar cara menghisap dengan betul supaya makanan tersebut dapat membuatnya kenyang.
Anda boleh menyusu bayi seberapa kerap yang anda mahu, tetapi pastikan bekalan susu badan mencukupi dengan mengamalkan milk booster atau makanan yang dapat menghasilkan produksi susu jadi banyak.
- Untuk perkembangan yang sihat, berikan susu ibu terlebih dahulu kepada bayi anda.
- Lihat juga najis dan berat bayi supaya kedua-duanya dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah tertentu.
Jadual makanan bayi 6 bulan
Semasa di usia ini, sistem pencernaan bayi sudah mula berkembang. Jadi ibu bapa boleh memberikan sedikit pepejal tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja dan cair.
Namun, sumber makanan utama yang diperlukan bayi masih lagi susu ibu.
- Puri sayur-sayuran, puri buah-buahan, bubur nasi lembik, makanan yang dihancurkan.
- Bayi perlu minum 6 hingga 8 kali sehari.
- Memberi satu hidangan tambahan seperti puri atau bubur.
- Mulakan dengan satu sudu makanan pertama dan kemudian beransur-ansur menambah dua ke tiga sudu.
- Sebelum mencampurkan makanan tertentu biarkan anda ikut 4 days rules bagi mengetahui sama ada bayi mempunyai alahan atau tidak.
Jadual makanan bayi 7 hingga 8 bulan
Pada umur ini, ibu bapa boleh mencuba lebih banyak makanan yang ada rasa manis semula jadi seperti buah-buahan.
- Susu ibu atau susu formula, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, daging, ikan, ayam, kekacang (jika tiada alahan) lenyek atau kisar halus semua bahan ini.
- Sekiranya anak anda tidak menyukai sebarang makanan, elakkannya selama seminggu kemudian cuba lagi makanan tersebut sehingga dia menerimanya.
Jadual makanan bayi 9 hingga 10 bulan
Kanak-kanak pada usia ini sudah dapat menikmati makanan pejal yang sedikit bertekstur. Anda boleh mulakan dengan buah atau sayur dengan potongan kecil.
Namun elakkan makanan yang sukar ditelan seperti kacang dan kismis.
- Berikan anak makan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari.
- Lebihkan sayur-sayuran dalam makanan anak.
- Berikan buah-buahan sebagai snek ringan.
- Boleh juga buat jus buah-buahan segar seperti jus buah naga, jus tembikai dan sebagainya (tanpa gula tambahan).
Jadual makanan bayi 11 hingga 12 bulan
Kini, anak kalian sudah menjangkau ke usia setahun jadi dia dapat menikmati lebih banyak makanan kerana pencernaan dan gigi yang sudah banyak tumbuh.
- Anda boleh membiarkan anak makan sendiri tapi mungkin sedikit comot atau kotor. Namun ia bagus untuk perkembangan mereka.
- Sekiranya anak makan tiga kali sehari, anda mungkin boleh memberinya susu kotak atau air dari botol dan hentikan penyusuan susu pada waktu malam secara beransur-ansur.
- Jangan biarkan anak mengamalkan makanan manis, makanan diproses dan snek yang tidak sihat kerana ia boleh menyebabkan mereka jadi picky eater.
Untuk dapatkan lebih banyak info pemakanan kanak-kanak dan resepi yang berkhasiat anda boleh follow facebook kami theAsianparent Malaysia.
Semoga bermanfaat.
[tap-poll id= 25962]
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulis asal Khunsiri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Thailand untuk diterjemah.
Baca juga:
101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu