Jahitan caesar memang akan dicabut semula beberapa hari selepas pembedahan dilakukan. Untuk jahitan di bahagian dalam, ia akan menyerap ke dalam tubuh ibu. Tetapi jahitan di luar pula doktor akan menggunakan tiga metode ini yang mungkin dilakukan oleh doktor seperti jahitan, stapler dan juga gam.
Apa yang ada boleh baca dalam artikel ini?
- Jahitan caesar perlu dibuka beberapa hari lepas pembedahan
- Ibu muda kongsi keperitan berpantang tanpa bayi
- Menggigil dan meraung ketika proses buka jahitan czer
- Ramai ucap takziah dan ada yang kongsi pengalaman masing-masing
Jahitan caesar perlu dibuka beberapa hari selepas pembedahan
Umum sedia maklum, ketika melakukan pembedahan czer, doktor akan membuat keputusan untuk menutup luka pembedahan itu dengan cara dan rawatan yang sesuai. Doktor juga akan mempertimbangkan mengikut ketebalan kulit perut, jenis tubuh dan faktor lain berdasarkan tahap kesihatan ibu.
Luka pembedahan akan dijahit dan biasanya ia akan terus menyerap ke dalam tubuh tanpa perlu ditanggal kembali. Kesan jahitan itu juga akan mula tertutup sendiri sekaligus menampakkan parut czer itu terlihat seperti garis biasa.
Walau bagaimanapun, jika doktor menggunakan stapler untuk menutup luka pembedahan di kulit bahagian luar, maka ibu akan menjalani prosedur mencabut semula stapler tersebut selepas czer kerana ia tidak dapat menyerap ke dalam tubuh.
Ibu muda ini kongsi keperitan berpantang tanpa bayi
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Meera menerusi laman TikTok miliknya telah berkongsi cerita hiba di mana dia telah kehilangan bayinya. Ceritanya bermula apabila sekitar awal pagi pada 4 Jun lepas, dia terpaksa melahirkan anak sulungnya melalui prosedur czer susulan kandungannya itu tidak menunjukkan gerakan aktif sehari sebelumnya.
Namun, perjuangannya di dalam NICU tidak membuahkan hasil apabila anaknya yang diberi nama Aisy Anaqi telah disahkan meninggal dunia. Perit tidak terkata apabila seorang wanita hanya sempat bergelar ‘ibu’ untuk beberapa ketika sahaja.
Sedih dan hiba dek terlalu rindu dan perlu menjalani proses berpantang tanpa bayi.
Jahitan czer perlu dibuka, rasa menggigil dan meraung ketika nurse tengah buat
Belum sepenuhnya redha tentang pemergian bayi, Meera dipanggil pula untuk ke hospital bagi membuka jahitan czer selang 10 hari berikutnya. Pengalaman itu disifatkan sebagai ‘perit’ bahkan dia sampai meraung serta menggigil sepanjang proses itu dikendalikan oleh nurse. Menurutnya, proses ini bergantung kepada jenis jahitan dan hanya akan dibuka sekiranya kesan czer didapati telah sembuh.
Ramai ucap takziah dan ada yang kongsi pengalaman masing-masing
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Meera. Sudahlah kehilangan bayi, luka czer pula dibuka dan merasai kesakitan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
“Allahu, seram betul. Moga dipermudahkan segala urusan. Cepat sembuh, awak,” tulis seorang pengguna TikTok.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sebelum ini, “Saya, doktor buka balik hidup2. Sakit takyah nak cakap lah, sampai menangis nangis. Tempat czer bernanah dan berlubang. 10 hari duduk dalam wad cuci dan jahit balik.”
Apa pun, semoga diberikan kekuatan dan kesembuhan buat Meera. Amin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Luka Bersalin Czer Yang Guna Stapler Perlu Dicabut Balik? Apa Bezanya Dengan Jahitan?
Baca juga: Doktor Dah Czer Tapi Kena Masukkan Balik, Ibu Ini Pasrah Lahirkan Bayi Sama Kali Kedua