TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Doktor Dah Czer Tapi Kena Masukkan Balik, Ibu Ini Pasrah Lahirkan Bayi Sama Kali Kedua

7 Jun, 2022
Doktor Dah Czer Tapi Kena Masukkan Balik, Ibu Ini Pasrah Lahirkan Bayi Sama Kali Kedua

Wanita melahirkan bayi yang sama untuk kali kedua. Meskipun mustahil bunyinya, tetapi itulah nasib yang bakal berlaku pada ibu ini

Wanita melahirkan bayi yang sama dua kali? Seakan rekaan dan sukar untuk dipercayai, namun itulah hakikat yang akan berlaku kepada seorang ibu ini.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Ibu melahirkan bayi sama 2 kali!
  • Bayi sama bakal lahir kali kedua semula Julai nanti

Kisah seorang ibu, Jaiden Ashlea dari Amerika Syarikat yang sudah selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya, namun bayi yang dilahirkan itu dimasukkan semula ke dalam perutnya selepas selesai prosedur rawatan spina bifida yang dialami bayinya. 

Wanita melahirkan bayi sama 2 kali!

Ibu melahirkan bayi

Percaya atau tidak, perkara ini memang berlaku. Selepas melahirkan anaknya pada 15 Mei lalu, wanita ini dijangka akan melahirkan bayi sama pada Julai nanti iaitu kurang 11 minggu lagi.

Kisah wanita ini bermula apabila bakal ibu berusia 23 tahun itu, menjalani imbasan anatomi pranatal pada 18 minggu kehamilan ketika Mac lalu.

Imbasan menunjukkan bahawa anaknya mempunyai spina bifida iaitu kecacatan kongenital yang memberi kesan buruk kepada saraf tunjang janin semasa mengandung dan boleh menyebabkan kepada ketidakupayaan pembelajaran dan perkembangan serta lumpuh. 

Lebih membuatkannya rasa mahu berputus asa apabila doktor pertama yang merawatnya memberi tahu bahawa anak mereka bakal dilahirkan dengan ‘mati otak‘ dan tidak berpeluang mendapat kehidupan yang berkualiti.

Namun, dia tetap positif dan cuba mendapatkan pendapat kedua dan ketika daripada doktor di Orlando. Hikmahnya, dia mengetahui bahawa ada harapan untuk anaknya. Mereka boleh menjalani pembedahan untuk membaiki tulang belakang anaknya semasa dia masih dalam kehamilan!

Bayi sama bakal lahir kali kedua semula Julai nanti

Ibu melahirkan bayi

 

Ashlea perlu menjalani pelbagai rawatan sebelum diluluskan untuk pembedahan di Hospital Winnie Palmer, Orlando. Beliau merupakan ibu ke-31 yang pernah menjalani pembedahan di hospital yang menjadi salah satu daripada 12 kemudahan perubatan di negara itu yang melakukan pembedahan janin.

Prosedur sedemikian biasanya menelan kos melebihi RM109,937.50 (AS$25,000) dan Ashlea dilindungi oleh insurans.

Kira-kira enam minggu selepas melalui pelbagai diagnosis, Ashlea menjalani pembedahan pada 15 Mei lalu, bayinya dikeluarkan untuk menjalani prosedur pembedahan terbuka sebelum dimasukkan semula untuk dilahirkan kali kedua pada usia 37 minggu kandungan. 

Beliau turut menjelaskan setelah selesai pembedahan janin (open fetal surgery), janin dimasukkan semula ke dalam rahim dan dinding perut ditutup.

Menjawab mengenai air ketuban yang keluar ketika pembedahan katanya, sebelum jahitan terakhir dibuat di dinding rahim, doktor akan suntik cecair amniotik yang bocor kembali ke dalam kantung amniotik dengan jarum. Ini akan meningkatkan cecair amniotik dalam rahim.

Katanya, prosedur pembedahan itu melibatkan anestesia penuh dan mengambil masa kira-kira enam jam. Ashlea kini berusia kira-kira 27 minggu dan mendapati kesihatan bayinya bertambah baik dan beliau merasa kaki bayinya menendang-nendang di dalam perut!

Stories Rakan Kongsi
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen
Here’s How To Facilitate Good Money Habits In Your Teen

Semoga ibu dan bayi ini selamat dalam prosedur seterusnya iaitu kurang 11 minggu lagi!

Tiktok Jaiden Ashlea

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menitis Air Mata, Lihat Janin 21 Minggu Ini Sentuh Jari Doktor Selepas Selesai Pembedahan

Baca juga: 10 Jenis Makanan Ini Perlu DIELAKKAN Selepas Pembedahan, Takut Risiko Sembelit & Luka Lambat Pulih!

Baca juga: “Jantung Terhenti,Terpaksa Caesar Di Luar Bilik Pembedahan!”Kisah Wanita Hamil Dikongsi Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Doktor Dah Czer Tapi Kena Masukkan Balik, Ibu Ini Pasrah Lahirkan Bayi Sama Kali Kedua
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham