Kelly Maynard, seorang ibu kepada 4 orang anak terpaksa merasai kesakitan yang tidak dapat dibayangkan apabila jahitan czer beliau telah terbuka! Tapi yang lebih ngeri lagi, bekas luka dari jahitan czer terbuka itu juga telah menyebabkan ususnya terjulur keluar.
Disebabkan pengalaman yang dahsyat ini, kini Kelly perlu hidup dengan parut yang teruk pada perutnya.
Sebelum ini, Kelly telahpun mengalami komplikasi plasenta ketika hamil anak bongsunya dan terpaksa dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan.
Selepas bayinya dilahirkan, hari yang sepatutnyamenjadi saat paling bahagia, telah menjadi hari yang paling teruk dalam kehidupan Kelly apabila beliau mendapati ususnya terkeluar dari jahitan czer yang baru dilakukan.
Menurut Kelly, doktor bertugas tidak melakukan jahitan czar dengan baik.
Dalam wawancara bersama media tempatan, Kelly memberitahu mereka tentang kesakitan yang tidak terkata ketika hal itu berlaku.
Akibat jahitan czer yang tidak dilakukan dengan baik, Kelly menderita kesakitan
Kelly telah memberitahu doktor tentang jahitan czernya yang bermasalah. Namun, dia terpaksa menunggu selama 4 jam sebelum diberi rawatan oleh ahli bedah.
“Tiada ubat yang dapat menghilangkan rasa sakit itu. Saya betul-betul menderita. Rasa sakitnya tidak dapat diterangkan,” kata Kelly.
“Parut czer biasanya nampak seperti garis kecil pada perut, tapi parut bekas jahitan czer yang saya miliki besar dan menonjol,” keluh Kelly.
Luka jahitan czer Kelly telah terbuka dan ususnya terjulur keluar lalu menyebabkan rasa sakit yang tak terhingga. Hospital di mana Kelly melalui proses bersalin dan mendapat rawatan telah memberikan pernyataan maaf dan sedang menyiasat kes ini.
Komplikasi yang biasa berlaku selepas pembedahan czer
Pembedahan czer adalah pembedahan yang besar dan mempunyai risiko komplikasi.
Dalam kes-kes yang agak teruk, kecederaan organ dalaman seperti yang dialami oleh Kelly boleh berlaku, terutamanya apabila doktor tidak melakukan jahitan yang betul pada perut ibu.
Tetapi pembedahan czer sebenarnya prosedur yang selamat, namun tetap ada risiko dan komplikasi seperti pembedahan lain.
Berikut adalah beberapa jenis komplikasi yang boleh berlaku selepas pembedahan czer.
- Perdarahan teruk sehingga ibu itu kehilangan banyak darah
- Jangkitan, seperti sepsis atau jangkitan pada kawasan luka
- Pembekuan darah pada kaki atau paru-paru
- Mual dan muntah
- Sakit kepala yang teruk
- Masalah pencernaan seperti sembelit
- Cedera pada pundi kencing
- Luka gores
- Kematian ibu (walaupun sangat jarang berlaku, kekerapan kematian adalah 2 kali untuk setiap 100,000 pembedahan czer)
Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda. Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar Kelly cepat sembuh. Ambil kisah Kelly ini sebagai pengajaran dan ikhtibar untuk kita agar lebih menghargai wanita walau apa cara mereka bersalin sekalipun.
Setiap ibu yang bersalin berjuang dan berkorban demi anak kesayangan mereka.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Blogger Berkongsi Gambar Parutnya Yang Radang Selepas Pembedahan Caesarean