Anak Bawa Balik Jajan Keropok & Gula-Gula, Ibu Kecewa Orang Bagi Doorgift Makanan Ringan

Jajan Malaysia seperti keropok dan gula-gula menjadi kesukaan ramai. Disebabkan oleh tidak sihat, sesetengah ibu tidak memberinya pada anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jajan Malaysia seperti gula gula dan keropok menjadi kesukaan ramai kanak-kanak. Hal ini disebabkan oleh warnanya yang begitu menarik dan rasanya sedap membuatkan anak kecil tertarik untuk menikmatinya.

Walau bagaimanapun tidak semua ibu ayah mengajar dan membiasakan diri anak mereka dengan makanan ringan. Kandungan gula serta bahan yang tidak sihat boleh menganggu perkembangan si manja.

Keropok jajan Malaysia jadi doorgift hari jadi, ibu luah rasa tidak puas hati

Menurut perkongsian yang dibuat oleh halaman Facebook Negeri Sembilan Kini, seorang ibu tampil meluahkan rasa tidak puas hati apabila anaknya membawa pulang beberapa jenis jajan yang diperoleh di pusat asuhan.

Salam admin, mohon siarkan.

Sekadar hendak meluahkan, tolong siarkan gambar ini sekali ya. Terima kasih admin.

Hadiah jajan keropok dari majlis hari jadi di sebuah pusat asuhan anak saya tadi. Sebagai ibu saya tidak faham. Betul-betul tidak faham kenapa ada ibu ayah yang jenis macam ini. 

Adakah disebabkan oleh anak dia makan jajan tersebut, jadi dia fikir anak-anak orang lain pun sama? Takkanlah dah jadi ibu dan ayah ni tidak boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Ajar budak-budak makan makanan ringan macam ni, Dahlah awak bagi anak awak makan benda tu, pergi pula agih-agihkan dekat taska. Tidak rasa bersalah ke? Orang tak sekolah pun tahu makan jajan keropok ni tidak bagus. Bahaya.

Makanan ringan banyak bahan pengawet. Gula-gula boleh rosakkan gigi. Budak kecil pun tahu. Geram sungguh! Tadi saya dah telefon pemilik pusat asuhan. Dia akan cakap personal dengan orang tu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kurangkan bagi keropok jajan, kasihan pada anak

Jadi ibu bapa di luar sana, janganlah ajar anak-anak makan jajan keropok. Kasihanlah pada anak tu. Takkan nak tunggu dia sakit dulu baru nak berubah.

Yang terakhir, kurang-kurangkanlah bagi jajan Malaysia masa sambut hari jadi anak. Cuba bagi benda lain. Buah-buahan epal ke, oren ke, buku, permainan. Atau bagi baucar Jusco, okaylah juga boleh ibunya tumpang shopping sekali kan..

Sehubungan dengan itu, netizen mula memberi komen dan pendapat masing-masing mengenai pemberian jajan di pusat asuhan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan begitu puan/tuan...Orang bagi ikhlas, kita terima pun ikhlas.. Setiap orang tak sama. Buah, toys harga pun kena ambil kira bila beli untuk ramai budak... Tidak perlu kot sampai paksa taska tegur parents yang bagi ...kesian dia... Kalau ikutkan betul-betul, KFC pun tak bagus untuk kanak-kanak. Milo pun tidak bagus bila campur susu pekat sebab ia tinggi gula. 

Lagi bagus dengan parents beradab... ambil setiap pemberian... ucapkan syukur...rasa tak nak makan.. boleh je bagi pada siapa-siapa yang nak.  

Saya ambil walaupun anak saya tak makan. Jangan lupa ucapkan terima kasih. Kita ada adab. Kasut kita tak sama size. Jangan terlalu mendongak. Dia memberi dengan ikhlas dan kita terima dengan ikhlas.

Ibu ayah kena faham bahaya makanan ringan, kena teliti setiap yang masuk ke tubuh anak

Manakala seorang penulis keibubapaan, Wawa Shauqi pula memberi pendapat peribadinya mengenai bahaya pemberian jajan viral kesukaan ramai anak-anak.

Sebahagian parents memang kena concern bab makan anak. Faham bahaya makanan ringan. Faham pentingnya khasiat yang masuk ke tubuh anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan usaha sebaik untuk bagi anak makanan berkhasiat.

Nak-nak lagi yang anak istimewa yang memang mudah trigger dengan makanan ringan ni.

Atau yang ada masalah picky eater, yang kalau dapat makan macam ni, lagi teruk menyekat selera anak. Atau anak tu ada penyakit diabetes yang mmg kena kawal pemakanan.

Bayangkan usaha yang ibu ni elak makanan macam ni pada anak, tiba2 kena hadap drama dengan anak. Faham sangat frustration tu.

Anak yang tidak kenal makanan ringan boleh jadi kenal

Saya pasti ibu ni bukan berlagak atau tak bersyukur. Tapi penat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Usaha sehabis baik, tapi benda macam ni kadang jadi punca. Dari anak tak kenal makanan ringan, jadi kenal. Dari tak makan, jadi addict.

Waktu tu, nak kawal pun payah. Apa yang dirisaukan adalah benda betul dan benda baik. Kalau diri tak mampu nak usahakan, usah perlekehkan usaha orang lain.

Ambillah langkah selamat, bantu usaha ibu bapa lain. Dengan elak jajan keropok.

Tambahan :

Ya, saya tak setuju bab mak ni viralkan pemberian orang. Tapi, tak perlu memperlekehkan usaha mak-mak lain yang bagi anak makan jajan Perli-perli "Eleh, mekdi makan. Eleh sosej bagi je?"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Really? Pernah nampak ke usaha mak-mak yang begini? Kalau ia kebiasaan kalian, tak perlu anggap ia kebiasaan orang lain juga.

Nak bagi anak makanan sihat sangat banyak cabaran. Kalau kalian tak mampu buat, its ok. Just leave those mother yang berusaha ni from your judging eyes. Sama-sama didik diri kita supaya sama-sama atau pertimbangkan baik buruk pemilihan makanan untuk anak.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 jenis makanan ringan yang bagus dan berkhasiat untuk anak, anda patut cuba!

Baca juga: Mata Anak Buta Akibat Terlebih Makan Kentang, Sosej & Makanan Ringan Sejak Sekolah Rendah!

Baca juga: Berat Hati Tinggalkan Anak Kerana Kerjaya, Ibu Menangis Teresak-Esak Di Lapangan Terbang