Bubur anak terlalu panas? Anda tak digalakkan tiup makanan itu demi anak!

Biasanya ibu-ibu akan tiup makanan anak sebelum bagi mereka makan kan? Memang tidak pernah terlintas di fikiran perbuatan ini boleh memudaratkan anak...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Situasi tiup makanan anak anda

Seorang ibu berjalan ke meja makan lalu memasukkan anaknya ke dalam kerusi bayi. Di atas meja ada semangkuk bubur yang baru dimasak dan masih panas. Ibu itu terus mendekatkan mangkuk dan mengacau bubur sambil tiup makanan yang panas.

Sebelum menyuapkan anaknya makan, ibu itu akan tiup makanan itu sekali lagi… Adakah senario ini nampak seperti perbuatan biasa pada anda? 

Anak mungkin berisiko untuk mendapat kaviti atau rongga jika ibu bapa selalu tiup makanan mereka.

Kadang-kadang, perbuatan yang kelihatan tidak berbahaya berpotensi memudaratkan bayi anda.

Ibu-ibu pasti tidak sangka apabila anda tiup makanan bayi anda, dia mungkin akan terdedah kepada pelbagai bakteria! Mari kita bincangkan mengapa.

Mengapa anda tidak patut tiup makanan bayi?

Anda pasti garu kepala.. apa pulak kesannya jika ibu tiup makanan bayi? Jawapannya, gigi bayi anda mungkin berisiko mendapat kaviti atau rongga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa? Bagaimanakah ini boleh terjadi? 

Ini kerana anak belum terdedah kepada Streptococcus mutans, sejenis bakteria yang menyebabkan kaviti. Bakteria ini akan meninggalkan asid selepas memakan baki makanan yang tertinggal pada gigi anak.

Asid yang tertinggal ini akan menghakis gigi dan menyebabkan kaviti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Venngage

Apabila ibu bapa tiup makanan anak, bakteria yang sudah berada dalam mulut akan tersebar ke dalam makanan. Apabila anak anda makan, dia akan termakan bakteria ini dan terjangkit.

Tapi apa yang lebih membimbangkan ialah jika anak belum tumbuh gigi lagi kerana bakteria ini masih hidup dalam mulut anak! Sebaik saja anak tumbuh gigi, bakteria ini akan menyerang gigi dan menyebabkan pembentukkan plak dan kaviti.

Selain tiup makanan anak, bakteria ini juga boleh tersebar jika ibu bapa selalu cium mulut anak, atau kongsi air minuman, serta sudu dan garpu semasa makan.

Apa ibu bapa harus buat untuk elak hal ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: screenshot dari Youtube

Untuk mengelakkan anak dari terjangkit bakteria ini, ibu bapa perlu berhenti berkongsi air liur dan jangan tiup makanan mereka.

Sebaliknya, ibu bapa boleh memasukkan makanan itu ke dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau masak lebih awal supaya makanan itu mempunyai masa untuk jadi sejuk.

Ia juga sangat penting untuk mencuci mulut anak dengan air dan kain lap yang bersih. Ini akan memastikan mulut mereka sentiasa bersih dan menghalang bakteria dari terus berkembang di dalam mulut mereka.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Philippines

Sumber: rd.comcare.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

4 Jangkitan Serius Dan Berbahaya Apabila Anak Selalu Gigit Kuku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio