Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, selain daripada mengiktiraf pencapaian dan sumbangan luar biasa wanita di seluruh dunia, ini juga merupakan masa yang baik untuk memberikan fokus akan kepentingan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan wanita. Wanita sering menggalas pelbagai peranan dalam satu masa, sehinggakan kesihatan mereka tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pada ketika konsep “self-care” atau manjakan diri kian menjadi satu keperluan yang “trending”, terutamanya dalam kalangan wanita, adalah penting untuk para wanita mula memberikan perhatian khusus terhadap isu kesihatan wanita seperti kesihatan saluran kencing dan kesihatan faraj.
Tahukah anda…
- 1 dalam 2 wanita akan mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) sepanjang hidup mereka1;
- 75% daripada wanita akan mengalami jangkitan yis sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka2;
- Bacterial vaginosis menjangkiti 23-29% wanita di seluruh dunia3.
Kami faham bahawa topik ini mungkin agak sensitif untuk segelintir daripada anda berbincang dengan rakan atau doktor anda, tetapi ketahuilah bahawa jangkitan faraj adalah perkara biasa dan mudah dirawat, jadi jangan malu, jom kita berbincang mengenainya! Hari Wanita Antarabangsa ini, kami bersedia membantu anda mengenali 3 jangkitan biasa yang membelenggu wanita dan cara anda boleh mengatasinya dengan sewajarnya.
Jangkitan #1: Jangkitan Saluran Kencing (UTI)
Jangkitan saluran kencing terjadi apabila saluran kencing dicemari bakteria, biasanya dari kulit atau rektum. Jangkitan ini boleh menyasarkan pelbagai bahagian berlainan di saluran kencing, dan yang paling biasa dialami ialah jangkitan pundi kencing.4, 5
Simptom-simptom jangkitan saluran kencing termasuk4, 5:
- Rasa sakit atau sensasi terbakar ketika membuang air kecil
- Desakan untuk membuang air kecil dengan tiba-tiba, atau lebih terdesak daripada biasa
- Terasa ingin membuang air kecil walaupun dengan pundi kencing kosong
- Kencing berdarah
- Tekanan atau kekejangan di pangkal paha, bahagian bawah perut atau sakit di belakang, di bawah tulang rusuk
Rawatan untuk jangkitan saluran kencing
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, segera berjumpa pakar kesihatan anda untuk penilaian lanjut. Jika doktor mendiagnosis anda menghidapi jangkitan saluran kencing, biasanya anda akan diberikan antibiotik dengan kursus singkat dan ubat penahan sakit, serta mendapat nasihat penjagaan diri untuk mencegah jangkitan berulang.4
Jangkitan #2: Jangkitan Yis
Jangkitan yis faraj, juga dikenali sebagai kandidiasis faraj diklasifikasikan sebagai jangkitan kulat yang menyebabkan kegatalan dan kerengsaan pada vulva (tisu di bahagian luar faraj) dan menyebabkan perubahan pada keputihan anda. Biasanya, apabila kehadiran candida (jenis yis yang ada di dalam badan anda secara semula jadi) adalah seimbang dalam badan anda, tiada masalah akan timbul. Namun begitu, ketidakseimbangan boleh menyebabkan pertumbuhan yis yang mendadak, lantas mengakibatkan jangkitan yis.2 Menurut satu artikel Mayo Clinic, 3 daripada 4 wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam hidup mereka, dan ramai wanita mengalaminya sekurang-kurangnya dua kali.6
Simptom-simptom Jangkitan Yis Faraj2,6
- Kegatalan atau sensasi terbakar di faraj dan vulva
- Keputihan yang pekat, berwarna putih, dan seakan-akan cottage cheese
- Bengkak atau kemerahan di farah dan/atau vulva
- Sensasi terbakar ketika membuang air kecil dan melakukan hubungan kelamin
Rawatan untuk Jangkitan Yis Faraj
Usah sesekali biarkan jangkitan yis faraj melarat tanpa rawatan. Walaupun terdapat rawatan jangkitan yis faraj yang boleh dibeli di farmasi, sebaik-baiknya berjumpalah dengan pakar kesihatan anda untuk kepastian. Ingat, ikut arahan doktor anda semasa mengambil ubat-ubatan yang diberikan supaya anda boleh pulih tanpa jangkitan yang berulang.
Anda juga boleh mengurangkan risiko jangkitan yis faraj dengan memakai seluar dalam kapas dengan pengaliran udara yang baik dan tidak terlalu ketat. Elakkan juga perkara-perkara berikut:
- Douching – iaitu membersihkan faraj dengan pembersih wanita. Ini sebenarnya mengganggu bakteria yang biasa ada di dalam faraj yang berfungsi melindungi anda daripada pelbagai jangkitan.
- Pengambilan antibiotik yang tidak begitu diperlukan
- Memakai pakaian basah/lembap untuk tempoh yang lama, seperti pakaian renang dan pakaian senaman
Jangkitan #3: Jangkitan Bakteria
Jangkitan bakteria pada faraj juga dikenali sebagai Bacterial Vaginosis (BV) dan berlaku apabila paras bakteria semula jadi tidak seimbang. Tahap bakteria yang seimbang memainkan peranan penting dalam kesihatan faraj, tetapi pertumbuhan berlebihan bakteria tertentu boleh menyebabkan BV.7
Simptom-simptom Bacterial Vaginosis7,8
- Sensasi terbakar ketika membuang air kecil
- Sakit, gatal-gatal dan sensasi terbakar di dalam faraj
- Faraj berbau busuk, atau hanyir, terutamanya selepas hubungan kelamin
- Keputihan faraj yang bertekstur nipis, berwarna kelabu, putih atau hijau
Rawatan untuk Bacterial Vaginosis
Jika anda rasa anda telah dijangkiti bakteria vaginosis, dapatkan nasihat doktor segera. Doktor anda akan memeriksa keputihan anda dan mendapatkan sampel keputihan anda untuk memeriksa kehadiran BV. BV biasanya dirawat dengan antibiotik jangka pendek dan ubat lain yang sesuai, berdasarkan keadaan anda.
Cara Memperbaiki dan Mengekalkan Kesihatan Faraj
Setelah membincangkan 3 jangkitan paling biasa membelenggu wanita, anda pasti sudahpun faham bahawa mengutamakan kesihatan faraj adalah penting bagi setiap wanita.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan faraj yang sihat?
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat bakteria baik dan buruk. Faraj sihat apabila terdapat keseimbangan antara bakteria baik dan buruk. Bakteria baik atau berfaedah di dalam faraj dipanggil lactobacilli dan ia sebenarnya menghalang pertumbuhan pesat bakteria buruk atau organisma lain yang menyebabkan jangkitan. Lactobacilli juga membantu mengekalkan persekitaran faraj yang sedikit berasid secara semula jadi.9, 10
Mendapatkan Bakteria Berfaedah yang Secukupnya untuk Kesihatan Faraj yang Optimum
Seperti yang kami terangkan sebelum ini, salah satu faktor risiko biasa jangkitan ini adalah kekurangan bakteria lactobacilli atau paras bakteria yang tidak seimbang dalam faraj. Jadi, bagaimana caranya untuk kita mendapatkan bakteria berfaedah yang mencukupi, dalam kes ini, lactobacilli untuk mencapai keseimbangan yang sihat dalam mikrobiom faraj kita?
Bakteria berfaedah lebih dikenali sebagai probiotik, iaitu mikroorganisma hidup yang dipercayai menawarkan kebaikan pada kesihatan apabila ditelan atau digunakan secara luaran.11 Tahukah anda terdapat suplemen probiotik yang dirumus khas untuk keperluan kesihatan wanita? Ada begitu banyak jenama di pasaran, tetapi kami telah memilih satu jenama yang dipercayai ramai wanita di seluruh dunia…
Life-Space Urogen Probiotics untuk Wanita
Mengapa anda perlu mencubanya:
- Mengandungi 5 strain probiotik
- Diperkaya dengan 11 bilion bakteria hidup CFU dalam setiap kapsul
- Membantu meningkatkan flora bermanfaat untuk usus
- Mengekalkan & menyokong mikroflora faraj yang sihat
- Membantu mengurangkan kejadian cystitis yang didiagnosis secara perubatan
- Mengekalkan dan menyokong kesihatan saluran kencing (ekstrak kranberi)
Beri perhatian pada badan anda. Jika anda mengalami tanda-tanda ini, anda perlu memperbaik diet harian anda dengan mengambil probiotik yang betul untuk kesihatan faraj yang optimum.
Lactobacillus ialah salah satu daripada dua bakteria yang paling dikenali sebagai probiotik yang bermanfaat.9
Semestinya anda boleh mendapatkan probiotik daripada sumber makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt, sourdough, kefir, kimchi, miso, tempeh dan banyak lagi, tetapi jika anda inginkan pilihan yang lebih mudah untuk menyenangkan pengambilan nutrisi harian anda, kami amat syorkan Life-Space Urogen Probiotics untuk Wanita kerana:
- Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk (dengan cara penyimpanan yang betul)
- Dijamin mengandungi bakteria hidup (teknologi pengeringan beku memastikan probiotik kekal tidak aktif sebelum dimakan)
- Tiada pengawet atau pewarna tambahan
- Probiotik daripada sumber semula jadi
- Mesra vegetarian
- Tidak ditambah produk tenusu, gluten atau telur
Lebih-lebih lagi, Life-Space Probiotics dipercayai oleh jutaan warga Australia dan juga keluarga di seluruh dunia. Fasiliti perkilangan buatan Australianya di BioCarna menggunakan teknologi dan peralatan termaju untuk menyediakan probiotik berkualiti tinggi dan diuji rapi untuk pelanggan global mereka.
Life-Space ialah Jenama Probiotik No.1 Australia* dengan 20 tahun kepakaran dalam probiotik, direka untuk setiap peringkat kehidupan.
Jadi, jangan tunggu lagi, ya! Lindungi kesihatan faraj anda dengan Life-Space Urogen Probiotic untuk Wanita hari ini. .
Dapatkan di laman Shopee rasmi Life-Space Probiotics.
REFERENCES:
- Urinary Tract Infections https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9135-urinary-tract-infections
- Vaginal Yeast Infection: Causes, Symptoms and Treatment https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/5019-vaginal-yeast-infection
- Bacterial Vaginosis https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/bacterial-vaginosis
- Urinary Tract Infections (UTIs) | NHS https://www.nhs.uk/conditions/urinary-tract-infections utis/#:~:text=Urinary%20tract%20infections%20(UTIs)%20are,kidneys%20and%20cause%20an%20infection
- Urinary Tract Infection | Antibiotic Use | CDC https://www.cdc.gov/antibiotic-use/uti.html
- Yeast Infection (Vaginal): Symptoms and Causes – Mayo Clinic https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/yeast-infection/symptoms-causes/syc-20378999
- Bacterial Vaginosis: Symptoms and Causes – Mayo Clinic https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bacterial-vaginosis/symptoms-causes/syc-20352279#:~:text=Bacterial%20vaginosis%20(BV)%20can%20cause,it%20can%20lead%20to%20BV%20
- STD Facts: Bacterial Vaginosis https://www.cdc.gov/std/bv/stdfact-bacterial-vaginosis.htm
- Vaginal Health https://www.ashasexualhealth.org/vaginalhealth/
- Maintaining Vaginal Health https://health.cornell.edu/sites/health/files/pdf-library/Maintaining-Vaginal-Health.pdf
- Probiotics: What They Are, Benefits and Side Effects https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/14598-probiotics
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!