Selepas membaca artikel ini, anda pasti akan teragak-agak untuk mengandung semula dalam masa terdekat ini kerana memang benar, ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.
Jadi, jom ambil tahu jarak kehamilan yang ideal dan paling baik untuk kesihatan menurut sains, dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan suami anda!
Kajian menemui jarak kehamilan yang ideal untuk kesihatan ibu
Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan, jarak kehamilan yang ideal untuk ibu adalah selama 18-24 bulan.
Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini mendedahkan satu perkara yang mengejutkan!
Penemuan mereka mendapati jarak kehamilan yang ideal adalah sekurang-kurangnya 12 bulan. Menunggu setahun sebelum mempunyai seorang lagi anak akan mengurangkan risiko ibu atau bayi mengalami masalah kesihatan.
Mengandung semula terlalu cepat selepas mendapat anak mempunyai pelbagai risiko. Ini termasuk kelahiran pramatang, berat kelahiran rendah dan kematian ibu.
Apa hasil kajian jarak kehamilan ideal ini sebenarnya?
Kajian ini telah mengkaji 150,000 wanita yang bersalin di Canada. Ia dijalankan oleh Universiti British Columbia (UBC) dan Sekolah Harvard TH Chan.
Pengkaji telah menerbitkan hasil kajian mereka di dalam Jurnal JAMA Internal Medicine.
Ini adalah ringkasan tentang apa yang mereka temui apabila ibu yang mengandung semula kurang dari 12 bulan selepas kelahiran anak sebelumnya:
- Mengandung semula lebih awal dari jarak kehamilan yang ideal telah dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk setiap wanita tak kira umur.
- Tapi risiko untuk ibu adalah berbeza mengikut umur. Ibu yang berusia lebih dari 35 tahun mempunyai risiko kesihatan jika mempunyai anak lain terlalu cepat. Risiko kepada bayi boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur.
- Ibu yang berumur lebih 35 tahun dan mengandung semula enam bulan selepas bersalin pula mempunyai 1.2% risiko untuk cedera atau meninggal.
- Berbeza dengan wanita yang lebih muda, mereka mempunyai 8.5% risiko untuk cedera atau meninggal. Risiko ini berkurang kepada 3.7% jika mereka mengandung semula selepas 18 tahun.
8 tip untuk mengurangkan risiko kehamilan
Penjagaan kehamilan sebelum mengandung
- Makan makanan yang seimbang dan kekal hidrasi. Ini termasuklah keseimbangan dalam kalori, karbohidrat, protein dan serat. Anda juga perlu makan sayuran berdaun yang tinggi asid folik. Banyakkan zat besi dan kalsium juga!
- Elak merokok, minuman beralkohol dan mengambil dadah.
- Kurangkan minuman berkafein seperti teh atau kopi kerana ia akan melambatkan tempoh untuk hamil. Tapi, teh hijau boleh.
- Jangan amalkan diet baru yang berlebihan kerana ia akan memberi kesan kepada ovulasi dan kesuburan anda.
Semasa hamil
- Banyakkan makanan yang berkhasiat seperti bayam, buah dan susu untuk memastikan badan anda berada dalam keadaan yang baik.
- Buat senaman ringan seperti berjalan untuk mengekalkan pengaliran darah yang baik. Udara yang segar juga boleh memperbaiki mood anda.
- Elakkan kerja rumah yang melibatkan:
- bahan kimia yang kuat
- membersihkan kipas, siling atau tingkap
- membasuh pinggan
- mengangkat benda berat
- mengemop, menyapu dan vakum
- membersihkan haiwan peliharaan
- Jauhkan dari makanan seperti:
- makanan mentah atau kurang masak
- telur mentah seperti mayonese
- ikan tinggi merkuri seperti tuna, kembung dan marlin
- buah atau sayur yang tak dibersihkan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Berapa jarak kehamilan yang selamat selepas czer? Apa jadi kalau jarak terlalu dekat?