Satu video yang dikongsi pengguna, Rosix Omar di Tiktok memaparkan gelagat anak tunggal kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Ahmad yang bertutur dalam loghat Pulau Pinang dalam aksi bersahajanya ternyata mencuit hati netizen.
Jebat yang kini berusia empat tahun sering menjadi perhatian ramai dengan gelagat lucunya.
Dalam perkongsian tersebut, Jebat kelihatan sangat petah bercakap dalam loghat Pulau Pinang sehingga orang sekelilingnya yang mendengar turut sama tercuit hati.
Baby orang Penang, cakap Penang best
Menurut si kecil itu, dia suka bercakap dalam bahasa tersebut yang juga loghat sama yang digunakan oleh bapanya, Sharnaaz Ahmad.
“Baby orang Penang. Mummy orang Kelantan. Baby pilih Penang. Kalau cakap Penang best. Kalau orang Penang tengok orang nak pergi mana dia cakap ‘hang pi mana?’,” kata Jebat ketika ditanya bagaimana orang Pulau Pinang bercakap.
Dalam hantaran lain, Rosix yang merupakan kenalan rapat ibu Jebat Jayden Ahmad, Noor Nabila turut memuat naik video si cilik itu berlakon sambil bertutur dalam bahasa Pulau Pinang.
@rosixomar25 Mmg anak baba la!! Baby mmg sempoi!!! Mmg anak penang la!!! Baby xloqlaq!!! 😂🤣 #jebatjayden #fyp #fypシ #ramadan #ramadhan #rosixomar ♬ original sound – Rosixomar
“Hang nak pi mana? Duduklah sini,” katanya berlakon ala-ala gangster Pulau Pinang.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Jebat dan ramai beranggapan si kecil itu menyerupai bapanya yang sering bercakap sedemikian.
“Cakap dan gaya sama naik. Anak Mamu Penang maiii…darah Penang huhu,” komen Roses.
Jebat juga dilihat meniru gaya ibunya menjual laksa siam menambahkan lagi gelak tawa netizen. Ternyata Jebat semakin petah bercakap dan pandai menghiburkan hati ramai orang.
“Mmg anak baba la!! Baby mmg sempoi!!! Mmg anak penang la!!! Baby xloqlaq!!!” kongsi Rosix pada ruangan kapsyen.
Hubungan baik ibu bapa demi kebahagiaan Jebat Jayden Ahmad
Dalam pada itu, meskipun Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah bercerai agak lama, hubungan mereka dilihat sangat baik sehingga menerima pujian netizen.
Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung, Jebat kekal rapat dengan kedua-dua ibu bapanya. Sering juga kita melihat video perkongsian daripada Sharnaaz mengenai aktiviti mereka anak-beranak menunjukkan bahawa perceraian tidak semestinya membuatkan anak-anak berjauhan dengan ahli keluarga.
Rata-rata peminat tumpang gembira dengan sikap profesional mereka demi membesarkan cahaya mata mereka, Jebat malah menjadi inspirasi kepada kebanyakan pasangan yang sudah bercerai.
Jika diimbas kembali, tiada kenyataan negatif dikeluarkan oleh kedua-duanya selepas mereka berpisah dan sentiasa ada bersama Jebat seolah tiada masalah untuk berhubung selepas bercerai.
Berpisah jangan sampai anak terpisah. Sikap profesional dan matang perlu ada dalam menguruskan anak agar mereka membesar dalam suasana yang baik dan positif, bukannya dalam acuan penuh benci serta dendam.
Sharnaaz dan Noor Nabila wajar dicontohi semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Alasan Kukuh Untuk Bercerai Yang Dibenarkan Dalam Islam, Isteri Berhak Minta Dilepaskan
Baca juga: Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai – Suami Atau Isteri Lebih Berhak?
Baca juga: Bahagiakah Lepas Bercerai? Lihat 9 Kesan Buruk Yang Akan Dialami Anak Ini Dulu