Resepi Jelly Ball Viral Yang Mudah, Boleh Buat Sendiri Anak-Anak Pasti Suka!

Selain tanghulu, jelly ball juga antara makanan yang viral pada masa sekarang kerana mempunyai rasa manis dan warna-warna yang cantik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan manisan makanan yang digelar jelly ball sehingga meraih perhatian orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak.

Ada juga sesetengah orang menjadikan makanan ini sebagai salah satu produk bisnes mereka dek kerana kepopularan dalam kalangan masyarakat.

Jelly ball ini ternyata memikat selera kanak-kanak kerana ia mempunyai rasa manis dan warna-warna yang cantik yang memang menarik perhatian. Ada juga yang diletakkan buah-buahan bersama, lebih berkhasiat kan? 

Mesti ada ibu-ibu tengah mencari resepi jelly ball kan? Anak asyik minta untuk membeli makan kos juga kan? Apa kata buat sendiri sahaja, bahan-bahannya pun murah sahaja.

Yang penting ia mudah sahaja untuk membuatnya dan tidak memerlukan bahan yang begitu banyak.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi resepi daripada Shakila AB Rashid dari laman Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN) kepada orang ramai bagaimana untuk membuat jelly ball di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahannya :

  • 1 pek serbuk jelly 10g plain
  • 1/2 pek (5g) serbuk agar plain
  • 250g gula
  • 1200g air
  • Kordial lion ikutlah nak perisa apa

Cara penyediaan :

1. Satukan serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula dan campurkan dalam air. Masak hingga mendidih.

2. Sentiasa kacau bagi semua bahan larut, bahagikan kepada beberapa bahagian. (Saya buat bahagi 3 je). Setiap bahagian letak dua sudu besar kordial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Tuang dalam acuan dan tutup. Kalau tak ada acuan bulat ni boleh jer guna mana-mana acuan yang ada. Biar suam sikit baru masuk peti ais. Siap!

Tips :

1. Acuan untuk membuat jelly ball itu perlu dibeli di kedai-kedai bakeri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Nak dapat bentuk bulat yang cantik kena isi penuh acuan baru tutup.. akan ada lelehan kat luar.. abaikan jer yang terkeluar tu boleh bagi anak-anak makan.

3. Jika suka buah-buahan, boleh diletak mengikut kesukaan anak. Apa sahaja buah boleh diletak, potong kecil-kecil.

4. Lebih menarik lagi, boleh cucuk di lidi untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Resipi snek untuk anak: Nugget pisang yang anak pasti berselera makan!

Baca juga : 5 Resepi Snek Homemade Untuk Anak-Anak Yang Kerap Lapar Ketika PKP, Ibu Jom Buat!

Baca juga : Resepi Muffin Pisang & Kismis, Snek Lazat Sesuai Untuk Sarapan Mahupun Minum Petang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi