Ibu Mencari Pampers Newborn Terbaik? Ini 16 Jenama Yang Pasti Jadi Pilihan Utama Untuk Bayi Kekal Selesa Sepanjang Hari

Ini 16 jenama pampers newborn yang terbaik untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak. Semua jenama ini diyakini memberikan keselesaan pada si manja anda sepanjang hari.

Jika dahulu ibu sangat bergantung kepada kain lampin yang perlu dibasuh setiap hari untuk menampung kencing dan berak anak, namun seiring dengan perubahan kemajuan, terdapat banyak jenama pampers newborn pakai buang yang dapat memudahkan ibu menguruskan si kecil sekarang!

Kalau nak tahu, jenama pampers newborn ini mula dipatenkan pada tahun 1948 dengan pelbagai inovasi seperti pelekat tahan lama, getah anjal di pinggang, pelapik lampin yang tebal dan lain-lain.

Namun, anda harus memastikan jenama lampin atau pampers newborn yang dipilih bertepatan dengan saiz badan anak supaya tidak terlalu kecil atau terlampau besar.

Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli Pampers Newborn

Ada beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli pampers newborn terbaik. Antara yang penting untuk diperhatikan adalah seperti berikut:

1. Jenis lampin

Ada dua jenis lampin pakai buang, iaitu lampin jenis berpelekat dengan jenis seluar. Bagi bayi baru lahir, lebih sesuai untuk dipakaikan lampin berpelekat kerana si manja lebih kerap menukar lampin. Jenis seluar pula lebih sesuai untuk anak yang lebih berusia dan mula lasak dengan pergerakan.

2. Saiz lampin

Setiap bayi dilahirkan dengan saiz dan berat yang berbeza. Malahan, setiap jenama lampin pakai buang juga mempunyai sedikit perbezaan saiz. Contohnya si manja mungkin memakai saiz S semasa memakai jenama A, tetapi perlu memakai saiz M untuk jenama B!

3. Sesuai untuk kulit bayi

Seperti sesetengah produk, tidak semua bayi sesuai untuk pakai pampers newborn pakai buang yang sama. Ada si manja yang akan memberi tindak balas yang berbeza ketika memakai lampin tertentu, contohnya mudah bocor atau timbul ruam pada kulit si kecil.

Perkara Penting Dalam Pemilihan Pampers Newborn Terbaik

Jadi beberapa perkara yang perlu diperhatikan adalah:

  • Penyerapan yang baik

Lampin harus dapat menyerap kencing dan najis banyak tanpa sebarang kebocoran atau menjadi kendur. Lampin yang bocor dan basah boleh menyebabkan kulit bayi menjadi rengsa dan akhirnya muncul ruam lampin.

  • Lembut, dengan ruang bernafas

Oleh sebab kulit bayi halus dan sensitif, bahan lampin sangat penting. Pastikan pampers newborn dibuat daripada bahan lembut dan berkualiti yang membantu aliran udara agar bahagian bawah bayi anda lebih selesa.

  • Serasi dan boleh diregang

Satu lagi ciri penting yang harus anda perhatikan pada lampin adalah daya tarik (stretchable). Getah lampin perlu cukup lentur agar anda dapat memakaikan bayi lampin dengan selesa tanpa meninggalkan lipatan dan kesan pada kulit.

Senarai Pampers Newborn Terbaik Dan Popular Masa Kini

16 Jenama Lampin Terbaik
Drypers Wee Wee Dry Pampers NB64
Jenama Lampin Terbaik Paling Popular
Beli di Shopee
Fitti Tape Diaper
Jenama Lampin Terbaik Untuk Setiap Peringkat Umur Bayi dan Anak
Beli di Shopee
Bambo Nature Newborn
Jenama Lampin Terbaik Untuk Bayi Baru Lahir
Beli di Shopee
Anakku White Napkin (10 Pcs)
Jenama Lampin Terbaik Asia
Beli di Shopee
Whoopee Tape
Jenama Lampin Terbaik Anti-kebocoran
Beli di Shopee
MamyPoko Extra Dry
Jenama Lampin Terbaik Keselesaan Sepanjang Hari Dan Malam
Beli di Shopee
Genki 
Jenama Lampin Terbaik Premium Berkualiti
Beli di Shopee
Huggies Dry Pants
Beli di Shopee
Pet Pet
Jenama Lampin Terbaik Dengan Pilihan Saiz Lampin Lebih Besar
Beli di Shopee
Diapex Easy
Jenama Lampin Terbaik Dengan Tiga Pek Saiz Berbeza
Beli di Shopee
Merries 
Jenama Lampin Terbaik Pilihan Warga Jepun
Beli di Shopee
Offspring
Jenama Lampin Terbaik Eco-Friendly
Beli di Shopee
Applecrumby Chlorine Free Premium Tape Diapers
Jenama Lampin Terbaik Bebas Klorin
Beli di Shopee
Pampers Premium Soft Active Baby Pants
Jenama Lampin Terbaik Sepanjang Zaman
Beli di Shopee
Beaba Crazy Animal Fans Series Ultra Thin Diapers
Jenama Lampin Terbaik Fashionable
Beli di Shopee
Mikubi Baby Diapers Pants
Jenama Lampin Terbaik Murah dan Berkualiti
Beli di Shopee

Nak tahu jenama apa yang best untuk anak anda? Jom kita lihat dalam senarai pampers newborn yang kami sediakan ini. Semoga ia membantu!

Drypers Wee Wee Dry

Jenama lampin terbaik paling popular

Drypers merupakan salah satu jenama yang popular di Malaysia. Drypers Wee Wee Dry dibuat khusus untuk memenuhi keperluan dan keselesaan si manja yang baru dilahirkan. Ia menampilkan ciri penjagaan pusat bagi memelihara bahagian tali pusat bayi. 

Manakala Stool Lock System™ memerangkap najis lembut manakala lapisan Soft AbsorbDry™ pula menyerap urin dengan pantas dan menyalurkannya dengan sekata bagi mencegah kebocoran sambil memastikan kulit bayi kekal bersih dan sihat.

Drypers satu-satunya jenama dengan TummyFIT Guide™ yang amat membantu ibu bapa buat kali pertama dengan memberi panduan jika saiz lampin baharu diperlukan.

Apa yang kami suka:

  • Khusus untuk bayi baru lahir
  • Menjaga bahagian pusat dengan memelihara bahagian tali pusat
  • Stool Lock System™ untuk memerangkap najis lembut
  • Soft AbsorbDry™ menyerap urin dengan cepat dan sekata supaya mencegah kebocoran
  • Kulit bayi sentiasa bersih dan sihat
  • Hadir dengan TummyFIT Guide™ untuk panduan ibu ayah

Fitti

Jenama lampin terbaik untuk setiap peringkat umur bayi dan anak

Pampers jenama Fitti ini adalah keluaran dari China yang merupakan rangkaian lampin pakai buang  terbaik untuk setiap peringkat umur bayi dan kanak-kanak.

Ia memiliki material yang lembut dan halus seperti kapas yang dapat menjaga kulit bayi supaya sentiasa selesa setiap hari.

Malah ia juga mempunyai kuasa kekeringan berganda tanpa perlu anda bersusah payah menukar lampin anak selalu.

Apa yang kami suka:

  • Jenama dengan rangkaian yang sesuai untuk setiap peringkat umur bayi dan kanak-kanak
  • Material lembut
  • Kuasa kekeringan berganda

Bambo Nature Newborn

Jenama lampin terbaik untuk bayi baru lahir

Lampin ini sesuai bagi bayi yang baru lahir dengan berat lebih kurang 2 ke 4 kg. Ia diperbuat dari bahan berkualiti yang eco friendly, dan mampu memberi keselesaan pada bayi yang baru belajar membuang air.

Selain itu, lampin ini juga dilengkapi getah anjal di pinggang, penyerapan yang baik dan material nipis yang bantu kulit si kecil bernafas dengan selesa.

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk bayi baru lahir
  • Material eco-friendly
  • Selesa untuk bayi
  • Penyerapan yang baik

Anakku Baby Napkin

Jenama lampin terbaik Asia

Jenama Anakku memang cukup terkenal dan terbaik di Asia kerana telah menghasilkan beberapa produk bayi seperti lampin, bedak, syampu, losyen dan lain-lain.

Lampin Anakku ini dilengkapi dengan  Elastic Waistband dan Side Leak Guards yang dapat memberi perlindungan tambahan pada si kecil sama ada siang hari atau waktu malam.

Apapun, Anakku memang produk yang selamat dan mesra untuk kulit si comel.

Apa yang kami suka:

  • Jenama kegemaran ibu-ibu di Asia
  • Bercirikan Elastic Waistband dan Side Leak Guards mencegah kebocoran
  • Selamat dan mesra untuk kulit bayi

Whoopee Baby Diaper

Jenama lampin terbaik anti-kebocoran

Whoopee Baby Diaper ini dilengkapi dengan Drylock Absorbent Core di mana ia terdiri dari 100% kapas lembut yang mampu mengawal kebocoran kencing anak. Ia juga direka dengan pita pelekat lembut yang mudah dipasang semula walaupun terkena krim atau bedak.

Lapisan luar lampin lembut ini seakan-akan kain, membenarkan tahap kebolehnafasan sebanyak 100% jadi kulit bayi akan lebih segar dan selesa.

Ia juga disebatikan dengan pulpa gentian panjang dan bahan polimer penyerap yang kuat yang berfungsi untuk meresap dan mengasingkan air kencing bayi dalam lampin agar punggung bayi tidak melecet.

Apa yang kami suka:

  • 100% kapas lembut mengawal kebocoran
  • Kulit bayi boleh bernafas dengan selesa
  • Penyerapan air kencing dengan bagus, mencegah masalah melecet pada punggung bayi

MamyPoko Extra Dry

Jenama lampin terbaik keselesaan sepanjang hari dan malam

MamyPoko memberikan keselesaan maksimum kepada si manja sepanjang hari dan malam. Produk ini juga sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif, menjamin perlindungan kepada si manja agar dapat melakukan aktiviti dengan gembira.

Ia hadir dalam 2 versi, jenis berpelekat dan jenis seluar manakala saiz pula dari newborn sehingga XXXL. MamyPoko Extra Dry diperbuat dari kain kapas organik lembut dan lapisan lampin yang mempunyai berpori kecil memastikan pengudaraan yang baik agar si manja tidak iritasi dan tidak mengalami masalah ruam.

Ia mampu memberi perlindungan sehingga 12 jam. Yang lebih menarik, ia direka dengan cutting line di bahagian sisi lampin memudahkan ibu menukar lampin si manja walaupun dia sedang tidur. Ibu hanya perlu koyakkan sahaja tanpa menarik lampin kuat.

Apa yang kami suka:

  • Keselesaan maksimum siang dan malam
  • Sesuai untuk bayi kulit sensitif
  • Jenis pelekat dan seluar
  • Hadir dari saiz untuk bayi baru lahir sehingga XXXL
  • Pengudaraan yang baik
  • Perlindungan 12 jam

Genki Diaper Tape

Jenama lampin terbaik premium berkualiti

 

Bagi ibu ayah yang mencari lampin premium yang berkualiti, Genki merupakan pilihan yang baik untuk si manja. Produk jenama pampers terkenal dari Jepun ini terdiri daripada bahan premium yang sangat lembut seperti kusyen, bahkan ia juga sesuai untuk digunakan oleh bayi yang berkulit sensitif. 

Ia hadir dalam 2 pilihan Genki, Genki Tape/Pants yang boleh dipakaikan kepada anak mengikut kesesuaian umur dan didatangkan dalam 4 saiz berbeza, saiz S-XL.

Lampin Genki direka dengan lapisan dalam yang berpori memudahkan pengudaraan bagi memberikan keselesaan kepada si manja. Malah ia juga mempunyai daya serapan yang tinggi menjadikan permukaan lampin sentiasa kering, jadi ini dapat membantu mengelakkan ruam.

Apa yang kami suka:

  • Lampin premium berkualiti
  • Diperbuat daripada bahan premium lembut seakan kusyen
  • Sesuai untuk bayi kulit sensitif
  • Jenis Tape dan Pants
  • Pengudaraan yang bagus untuk keselesaan anak
  • Penyerapan yang tinggi

Huggies Dry Pants

Jenama lampin terbaik pakai buang jenis seluar

 

Sekiranya ibu ayah mencari lampin pakai buang jenis seluar, Huggies merupakan pilihan lampin terbaik untuk si manja. Ia jenama pampers jenis seluar mudah dipakai dan tidak mudah ditanggalkan terutamanya jika si manja gemar menanggalkan pelekat di sisi lampin sendiri.

Hadir dalam saiz dari S ke XXL boleh dipilih mengikut kesesuaian berat si manja, lampin ini memberi perlindungan selama 10 jam, jadi dapat mengelakkan kulit bayi iritasi sepanjang pemakaian.

Ia direka dengan X-shaped channel technology mengasingkan urin ke 4 bahagian berlainan pada lampin supaya penyerapan lebih pantas. Malah ia juga mempunyai daya serapan yang kuat menjadikan ia tidak mudah penuh, jadi si manja lebih selesa dan bebas untuk melakukan aktiviti.

Apa yang kami suka:

  • Jenis seluar yang mudah dipakai
  • Perlindungan selama 10 jam
  • Mencegah kulit iritasi
  • Berteknoogi X-shaped channel – pengasingan urin ke 4 bahagian untuk penyerapan yang pantas

Pet Pet

Jenama lampin terbaik dengan pilihan saiz lampin lebih besar

Pet Pet merupakan antara jenama pampers yang menitikberatkan perlindungan kebocoran yang maksima pada si manja.

Produk berkualiti ini juga sering menjadi pilihan bagi si manja yang baru lahir. Yang lebih menarik ialah saiz lampin pakai buang Pet Pet mempunyai potongan saiz yang lebih besar berbanding jenama lampin pakai buang yang lain!

Lampin ini memberi perlindungan kebocoran selama 10 jam jadi ia sesuai untuk dipakai pada waktu malam tanpa ibu ayah perlu bangun untuk menukar lampin si manja dengan kerap.

Ia juga memeluk pinggang bayi dengan lembut untuk keselesaan tambahan dan elak daripada terlondeh dan melindungi daripada kebocoran.

Apa yang kami suka:

  • Perlindungan kebocoran secara maksima
  • Turut mempunyai saiz yang lebih besar
  • Mencegah kebocoran selama 10 jam
  • Terletak rapi pada punggung bayi dengan lembut dan selesa

Diapex Easy

Jenama lampin terbaik dengan tiga pek saiz berbeza

Bungkusan Diapex Easy ini di datangkan dengan tiga saiz berbeza iaitu pek biasa, pek travel dan pek mega.

Diapex juga memiliki permukaan lampin yang lembut dan menjadi pilihan ramai pengguna. Ia juga direka dengan pelekat yang boleh dipasang buka beberapa kali agar ibu dapat memakaikan lampin pada bayi dengan betul.

Malah ia juga direka dengan material yang lembut seperti kain agar udara dapat mengalir dengan baik manakala lapisan biru pelindung pula memastikan tiada kebocoran!

Apa yang kami suka:

  • Datang dalam tiga saiz: Pek biasa, travel dan mega
  • Lembut dan pilihan ramai ibu
  • Pelekat boleh pasang buka beberapa kali
  • Pengaliran udara yang baik
  • Lapisan biru pelindung anti kebocoran

Merries

Jenama lampin terbaik pilihan warga Jepun

Merries merupakan jenama yang berasal dari Jepun dan merupakan pilihan utama lampin bayi terbaik buat para ibu di negara matahari terbit itu.

Lampin bayi ini mempunyai getah sisi yang boleh diregang, tidak meninggalkan kesan merah di pinggang bayi.

Merries menjadi pilihan terutamanya kerana dihasilkan berdasarkan kajian terhadap kulit si manja. Materialnya yang lembut dengan pengudaraan baik untuk keselesaan bayi malah regangan lebar yang tidak menekankan kulit bayi dan memudahkan semasa menukar lampin bayi.

Manakala ‘Double safe guard’ di sisi lampin menjadikan lampin tidak mudah bocor.

Apa yang kami suka:

  • Pilihan ibu-ibu di Jepun
  • Getah sisi boleh regang
  • Dihasilkan berdasarkan kajian terhadap kulit bayi
  • Material lembut pengudaraan baik
  • Double Safe Guard untuk elak bocor

Offspring

Jenama lampin terbaik eco-friendly

Offspring merupakan jenama pampers yang eco-friendly dan mula mendapat perhatian kerana corak yang cantik, selain mempunyai harga yang berpatutan. Corak yang terdapat pada lampin pakai buang ini juga menggunakan dakwat yang selamat untuk si manja.

Lampin ini jenis berpelekat yang mudah dengan getah pinggang yang boleh dilaraskan untuk membuatkan si manja sentiasa selesa dan disediakan dari saiz S-XL.

Menariknya, getah pinggang diperbuat daripada polymer spandex bagi memastikan lampin muat dengan selesa. Ia juga sentiasa kering, jadi ia sesuai untuk digunakan sepanjang hari dan malam.

Lampin jenama Offspring merupakan lampin yang diperbuat daripada bahan mesra alam yang sesuai digunakan oleh si manja.

Apa yang kami suka:

  • Eco-friendly
  • Corak yang cantik, dakwat selamat pada kulit bayi
  • Harga berpatutan
  • Getah pinggang boleh laras
  • Sentiasa kering, selesa untuk bayi sepanjang hari dan malam
  • Diperbuat daripada bahan mesra alam

Applecrumby Chlorine Free Premium Tape Diapers

Jenama lampin terbaik bebas klorin

Jika anak anda mempunyai kulit yang sangat sensitif ataupun menghadapi masalah ekzema, lampin bayi AppleCrumby mungkin pelaburan yang berbaloi untuk si manja.

Produk ini menggunakan bahan berasaskan tumbuhan bagi mengurangkan rasa gatal dan radang pada kulit bayi.

Material yang bersentuhan dengan punggung bayi sangat lembut. Proses penghasilan lampin AppleCrumby juga tidak menggunakan klorin yang boleh menjejaskan sistem pertahanan kulit.

Untuk bayi dengan ruam lampin yang teruk, anda perlu tukar lampin jika sudah penuh. Penunjuk kelembapan pada bahagian luar lampin memberitahu anda sudah tiba masa untuk menukar lampin bayi. Secara keseluruhannya, semua ciri-ciri premium lampin ini bertepatan dengan harga produk ini.

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif atau mengalami masalah ekzema
  • Produk berasaskan tumbuhan
  • Tiada rasa gatal atau radang
  • Material sangat lembut
  • Tidak menggunakan klorin dalam penghasilannya
  • Mempunyai penunjuka kelembapan pada bahagian luar memberitahu jika tiba masa untuk menukar lampin

Pampers Premium Soft Active Baby Pants

Jenama lampin terbaik sepanjang zaman

Pampers adalah jenama terawal yang memasuki pasaran lampin pakai buang di Malaysia dan sangat popular pada zaman dahulu. Agak sukar untuk melihat jenama ini di pasar raya pada masa kini, namun sebenarnya ia masih relevan di negara Jepun dan boleh dibeli secara online.

Bagi ibu-ibu yang membesar dengan jenama ini, pastinya mereka mahu memberikan manfaat yang sama kepada anak mereka. 

Membantu anak anda kering sepanjang masa, lampin ini diperbuat daripada material yang menyekat bau dan memberi penyerapan yang baik dengan sistem penyerap 4 lapisan dengan gel anti-menyerap membantu mengekalkan kulit bayi kering untuk jangka masa yang lama.

Dengan pelapik kalis bocor 2 sisi membolehkan anak bebas bergerak atau tidur sepanjang malam tanpa mengalami kebocoran di samping membekalkan kulit dengan kelembapan penting serta meningkatkan perlindungan kulit bayi yang belum matang.

Apa yang kami suka:

  • Jenama terawal memasuki Malaysia
  • Material yang menyekat bau
  • Penyerapan yang baik dengan sistem penyerapan 4 lapisan
  • Pelapik kalis bocor 2 sisi

Beaba Crazy Animal Fans Series Ultra Thin Diapers

Jenama lampin terbaik fashionable

Beaba jenama yang sentiasa menjadi pilihan mama apabila mahu membeli food processor untuk bayi mula makan namun tahukah anda Beaba juga mempunyai produk lampin?

Apa yang menarik, Beaba memperkenalkan lampin fashionable buat ibu-ibu yang mahu mencari pampers yang stylish dan cantik dengan menampilkan pelbagai siri lampin mengikut tema tertentu.

Salah satunya Crazy Animal Fans Series yang menonjolkan kartun haiwan pada lampin anak yang sangat comel. Bukan sekadar fashionable, pampers unik ini bermutu tinggi terbaik untuk bayi anda. Beaba juga memastikan lampin mereka sesuai untuk semua bayi dengan kesesuaian yang fleksibel (tidak ketat dan tidak longgar) serta penyerapan yang pantas.

Bukan itu sahaja, ia diperbuat daripada fiber yang mengandungi protein susu, yang mana dipercayai dapat mengurangkan alahan atau kerengsaan pada kulit bayi dan memastikan kulit bayi tidak terlalu kering.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan teknologi honeycomb design untuk serapan maksimum, double-lager leak-proof dan anti bakteria.

Apa yang kami suka:

  • Lampin yang fashionable dengan pelbagai siri tema
  • Berkualiti tinggi
  • Tidak ketat dan tidak longgar
  • Penyerapan yang pantas
  • Diperbuat daripada fiber mengandungi protein susu – mengurangkan alahan kulit
  • Serapan maksimum, anti-bocor dan anti-bakteria

Mikubi Baby Diaper Pants

Jenama lampin terbaik murah dan berkualiti

Mikubi adalah jenama yang popular dikalangan ibu-ibu di Malaysia kerana harganya yang murah dan kualitinya yang sangat baik.

Rata-rata ibu yang pernah menggunakan jenama ini untuk bayi mereka menyatakan komen positif seperti serapan bagus, tidak bocor, berbaloi, tiada alegik atau rashes muncul serta mempunyai aliran udara baik yang memastikan bayi sentiasa selesa.

Agak sukar mencari di kedai-kedai fizikal, namun kadar permintaannya agak tinggi jika dilihat dalam platform beli-belah online.

Apa yang kami suka:

  • Harga murah dan kualiti yang baik
  • Serapan air kencing yang bagus
  • Tidak bocor, tiada masalah alergik, dan pengudaraan yang baik

Perbandingan Harga Pampers Newborn Terbaik

Jenama Isi kandungan (unit) Harga (RM) Harga (RM/pek)

Drypers Wee Wee Dry

64 27.99 0.44

Fitti

S70 x 4

M60 x 4

L50 x 4

XL42 x 4

85.90

S=0.30

M=0.36

L=0.43

XL=0.51

Bambo Nature Newborn

28 59.90 2.14

Anakku Baby Napkin

10 34.90 3.49

Whoopee Baby Diaper

S78 x 3

M69 x 3

L60 x 3

XL54 x 3

XXL48 x 3

73.90

S=0.31

M=0.36

L=0.41

XL=0.46

XXL=0.51

MamyPoko Extra Dry

M54

L46

XL40

XXL32

37.50

M=0.69

L=0.81

XL=0.93

XXL=1.17

Genki Diaper Tape

NB78

S78

M70

L58

XL46

24.00-25.50

 

NB=0.78

S=0.30

M=0.34

L=0.41

XL=0.52

Huggies Dry Pants

S252 x 3

M216 x 3

L180 x 3

XL144 x 3

XXL120 x 3

85.90

S=0.11

M=0.13

L=0.16

XL=0.20

XXL=0.24

Pet Pet

S80 x 4

M70 x 4

L58 x 4

XL46 x 4

104.96

S=0.328

M=0.37

L=0.45

XL=0.57

Diapex Easy

70 x 4 107.00 0.38

Merries

58 68.50 1.18

Offspring

42 49.00 1.17

Applecrumby 

S23 x 2

M21 x 2

L19 x 2

XL17 x 2

41.00

S=0.90

M=0.97

L=1.20

XL=1.21

Pampers

M46

L42

78.90

M=1.70

L=1.90

Beaba

S30

M26

L24

XL22

38

S=1.30

M=1.50

L=1.60

XL=1.70

Mikubi

S70

M60

L50

XL44

25.90

S=0.40

M=0.43

L=0.50

XL=0.60

 

Mana satu yang ibu ayah paling suka untuk anak? Like dan share artikel ini dengan rakan anda yang lain.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran Dan Tidak Merengsakan Kulit!

Baca juga: Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Baca juga: Parents, Pakaikan Swimming Pampers Untuk Si Manja Sebelum Masuk Pool Ya!