7 Jenama Puting Bayi Yang Terbaik Di Malaysia, Mana Satu Secocok Dengan Anak Anda?

Ramai ibu menggunakan inisiatif untuk memberi puting pada si kecil bila nangis. Untuk membantu anda, di sini ada senarai jenama puting bayi terbaik 2019.

Ramai ibu yang baru melahirkan anak masih tidak tahu jenama puting bayi yang terbaik, sedangkan puting sering dianggap salah satu produk yang dapat menenangkan bayi dari menangis. 

Hal ini kerana, sejak dari dalam kandungan lagim bayi mempunyai habit yang suka menghisap jarinya sendiri dan perbuatan ini dipercayai boleh membuatkan si manja rasa lebih relaks dari dalam kandungan ibu.

Berikut antara kelebihan bayi menghisap puting:

  • Memudahkan bayi untuk tidur dengan lebih tenang dan selesa. 
  • Memenuhi keperluan menghisap pada si manja.
  • Mengurangkan risiko terlebih minum susu. 
  • Bantu bayi cepat terlelap dan tidur

7 jenama puting bayi terbaik di Malaysia 

Jenama puting bayi terbaik #1. Little B House Mustachifier Mustache Pacifier cum Joyfulbaby Funny Pacifier (anti jongang) 

Material yang digunakan untuk puting bayi ini adalah dari bahan yang lembut dan tidak menyakitkan mulut bayi semasa menghisap. Malah ia juga boleh digunakan oleh anak dari semua peringkat umur dan sangat sesuai untuk bayi di bawah umur setahun. 

Puting berbentuk misai ini memiliki tekstur yang fleksibel dan tidak mudah tertanggal. Reka bentuk ia juga ortodontik dan silikon yang bagus untuk menjaga gigi, lelangit dan gusi anak dari menjadi jongang.

Apapun, tiada bahan berbahaya digunakan pada produk puting ini dan ia seratus peratus bebas BPA. 

Jenama puting bayi terbaik #2. NUK Orthodontic Latex Soother / Pacifier  (untuk bayi berusia sebulan) 

Puting kosong sesuai bagi bayi yang baru lahir dan ia boleh membuatkan waktu tidur mereka lebih panjang. 

Ini merupakan fakta yang sangat penting kerana ada sebilangan bayi yang cepat terjaga dan sensitif dengan bunyi bising hingga membuatkan tidur mereka mudah terganggu. Rekaan bentuk puting NUK ini lebih klasik dan user-friendly. Malah ia juga mempunyai sistem penghasilan udara yang baik. 

Malah puting ini juga kekal lembut dan tidak menyebabkan malformasi di rahang anak. 

#3. Philips Avent Glow In The Dark Night Time Orthodontic Soother / Pacifier (sesuai bagi bayi berumur dua bulan) 

Puting Philips Avent ini mengeluarkan ciri-ciri puting yang boleh dilipat dan simetrik yang mampu membantu perkembangan semulajadi lelangit, gigi dan gusi si kecil. 

Bahkan, ia diperbuat dari silikon dan bebas dari bahan merbahaya serta bau yang kurang menyenangkan. Material yang digunakan juga memenuhi piawaian keselamatan tertinggi. 

Ciri-cirinya juga sangat lembut, licin, tahan lama dan mudah dibersihkan. Maka ibu tidak perlu bimbang lagi untuk mencari puting yang sesuai untuk bayi yang berusia dua bulan.

#4.  Piyo Piyo (Thumb Shape) Pacifier + Pacifier Chain (sesuai untuk bayi pramatang) 

Puting jenis ini direka bagi bayi pramatang yang sukar menggunakan puting kosong yang lain. 

Apa yang menariknya, puting ini direka mengikut saiz dan bentuk ibu jari yang sekaligus membuatkan si kecil rasa selesa untuk menghisapnya. 

Penutup khas didatangkan bagi mengelak puting kotor jika tidak digunakan. 

Malah ia juga mempunyai chain pacifier yang boleh anda menggantungkan puting pada baju anak atau pada baju sendiri. 

#5. Piyo Piyo Silicone Pacifier – Blue (untuk bayi berumur setahun ke bawah) 

Ia direka khas seperti bentuk puting ibu bagi memberikan keselesaan semasa menghisapnya. Bahkan mulut anak juga tidak terasa sakit kerana ia mempunya regangan yang baik dan mudah dibersihkan. 

Oleh kerana ia terdiri dari silikon lembut maka puting ini tahan lama dan mudah dibawa ke mana saja. 

Meskipun puting ini ada penutup, namun ia tidak bermakna boleh menghalang kekotoron dan perlu disteril selalu bagi menghalang bakteria yang merbahaya. 

#6. Philips Avent Ultra Soft 6-18 months Pacifier (puting yang lembut untuk bayi) 

Seperti jenama puting yang lain, Philips Avent Ultra Soft ini juga mempunyai material yang sangat lembut dan fleksibel serta dapat mengurangkan kerengsaan pada kulit mulut anak. 

Malah ia juga dilengkapi teknologi FlexiFit yang melengkung seperti wajah semulajadi bayi sekaligus memberi keselesaan yang sempurna. 

Puting ini juga mempunyai lubang udara tambahan yang boleh membuatkan kulit bayi bernafas dengan baik dan tidak mengganggu pertumbuan gigi, gusi dan lelangit si kecil anda. 

#7.  Haaka Nano Silve Silicone Pacifier Natural Anti-Bacterial Soother Teether ( sesuai untuk bayi yang alami kekeliruan puting) 

Puting Haaka Nano ini mempunyai tekstur dari silikon dan serpihan perak mikroskopik, teknologi terkini, menghalang radang virus sekunder, mengawal kuman dan bertindak sebagai agen anti-bakteria. 

Silicone nano-silver ini dapat mengekalkan kesegaran secara semualajadi sehingga 99.9 peratus tanpa pembasmian melalui kaedah pensterilan. 

Produk ini juga dapat menghalang bau dan perubahan warna terhadap silikon serta kelihatan sama seperti produk getah asli. 

Apa yang lebih menarik, ia direka khas seperti puting ibu. 

**************************

Semoga kehadiran artikel ini membantu anda membuat pilihan puting yang terbaik untuk anak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Productnation 

Baca juga: 

Persediaan Penting Sebelum Beri Puting Kosong Pada Bayi