Jangan Main Beli, Ini Cara Kenal Pasti Jenis Batik Asli Atau Tiruan Yang Dijual Di Kedai

Jenis batik asli atau tiruan dapat dikenal pasti melalui beberapa cara. Salah satunya perhatikan corak yang ada pada kain batik Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Batik merupakan seni kuno yang telah dipraktikkan sejak 2,000 tahu lalu di seluruh negara Asia dan bahagian Afrika. Memandangkan kini berlaku perubahan teknologi dalam penghasilannya, adalah penting untuk anda sebagai pengguna mengetahui jenis batik Malaysia yang asli dan tiruan.

Batik Malaysia asli yang dijual dalam pasaran adalah sedikit mahal memandangkan ia melalui proses pencelupan kompleks dan teknik pewarnaan bagi memenuhi keseluruhan kain. 

Cara mengetahui jenis batik Malaysia asli dan tiruan

Apabila membeli batik asli yang selalunya lebih mahal, anda sebenarnya tidak hanya membayar kain sahaja. Ini kerana anda turut membayar hasil seni dan tenaga orang yang meneruskan seni warisan batik.

Antara langkah mudah untuk anda mengenal pasti batik asli ialah:

1. Terbalikkan kedua-dua bahagian

Jenis batik asli dicetak dengan tangan akan kelihatan serupa pada kedua-dua bahagian. 

Cara paling mudah untuk mengenal pasti bagaimana sehelai batik dibuat adalah memeriksa adakah kedua-dua belah memiliki corak yang sama menggunakan alat canting atau dicop menggunakan blok batik.

Lilin dan pewarna akan menembusi pada sehelai kain putih, meninggalkan kualiti getaran yang serupa pada kedua-dua belah bahagian. Sebaliknya, jenis batik yang dicetak menggunakan mesin biasanya memiliki corak sedikit pudar di satu belah seperti yang banyak dijual di pusat membeli-belah.

Justeru, jangan risau ketika mengenakan batik asli kerana hanya anda sahaja mengetahui keasliannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Perhatikan dengan lebih dekat

Sama seperti produk buatan mesin yang lain, batik yang dihasilkan oleh mesin akan kelihatan sempurna. Namun ini berbeza dengan batik sebenar, setiap corak terhasil dengan tangan akan dicelup dan menghasilkan corak yang kurang konsisten.

Hal ini terjadi kerana ia bergantung kepada suhu lilin, tekanan yang dikenakan pada blok, ketepatan tukang canting, tempoh pengeringan dan resepi pewarna.

Ia bermaksud bahawa mana-mana helaian batik yang anda miliki mempunyai unsur unik kerana tidak akan sama dengan batik yang lain. Setiap produk batik benar-benar merupakan karya seni.

3. Menyentuh pada permukaan kain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Unsur penting dalam penghasilan batik buatan tangan adalah penggunaan kain berserat seperti kapas atau linen.

Batik palsu (atau kain berinspirasi batik) biasanya dicetak menggunakan bahan sintetik. Warna pada kain ini juga tidak akan tahan kerana proses pencelupan kurang tepat.

Meskipun agak mahal, kain semula jadi adalah lebih baik bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan mempengaruhi keseluruhan kualiti batik asli. Bukan itu sahaja, kain berserat 100 peratus adalah lebih selesa dan mewah berbanding kain sintetik.

Jenis-jenis Batik Malaysia

Terdapat beberapa jenis batik Malaysia termasuklah:

  • Batik Lukis
  • Batik Terap
  • Batik Sutera Saring
  • Batik Alternatif

Ciri-ciri Batik Canting

Batik canting mempunyai beberapa ciri-ciri yang cukup teliti:

  1. Kejelasan warna dan corak cantingannya sama pada bahagian hadapan dan belakang kain.
  2. Biasanya susunan cantuman corak batik berbentuk tidak tepat sepenuhnya
  3. Kesan serapan warna pada terapan corak yang dihasilkan melalui proses melilin yang menggunakan lilin
  4. Warna dan corak penuh sehingga tepi kain
  5. Peletak reka corak motif canting yang tidak konsisten

Perbezaan Batik Malaysia Dan Indonesia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Batik Malaysia dan Indonesia memiliki perbezaan dalam sejarah, motif dan warna, serta pemakaian. Batik Indonesia memiliki ratusan motif dari berbagai daerah dan provinsi yang terbentang luas dari Sabang hingga Merauke, sedangkan batik Malaysia memiliki motif yang lebih sederhana dan cenderung menggunakan warna yang lebih cerah.

Batik Malaysia lebih sering digunakan sebagai pakaian formal seperti baju kurung dan baju Melayu, sedangkan batik Indonesia digunakan dalam berbagai acara formal dan informal, seperti pernikahan, upacara adat, dan acara resmi lainnya. Namun pada hari ini, boleh kita lihat yang mana batik Malaysia juga sudah banyak dipermodenkan dalam pelbagai jenis pakaian.

1. Sejarah

  • Perusahaan batik di Malaysia bermula di Kelantan pada awal tahun 1911 dan kini tertumpu di sebelah Pantai Timur
  • Batik di Indonesia telah bermula sejak zaman dahulu kala dan menjadi sebahagian penting dari budaya Indonesia

2. Motif dan Warna

  • Motif batik Indonesia memiliki ratusan motif dari berbagai daerah dan provinsi yang tersebar dari Sabang hingga Merauke
  • Motif batik Malaysia memiliki ciri khas yang berbeza dengan batik Indonesia, seperti motif bunga-bungaan dan corak geometris
  • Warna batik Indonesia lebih banyak menggunakan warna coklat, emas, dan hitam, sedangkan batik Malaysia memiliki warna yang lebih cerah seperti hijau, merah, dan biru

3. Pemakaian

  • Batik Malaysia sering digunakan sebagai pakaian formal seperti baju kurung dan baju Melayu
  • Batik Indonesia digunakan dalam berbagai acara formal dan informal, seperti pernikahan, upacara adat, dan acara rasmi lain

Perkembangan penghasilan jenis batik pada masa kini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tekstil dicetak dengan mesin adalah kaedah inovatif yang dapat meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pengguna dalam pasaran. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada penghargaan dan sokongan terhadap industri warisan.

Walau bagaimanapun, batik buatan tangan memiliki kualiti dan seni yang tidak dapat ditiru sepenuhnya oleh mesin. Justeru perusahaan batik tempatan, Batik Boutique telah meneruskan usaha mereka dalam mengekalkan produk batik asli.

Mereka bekerjasama dengan pencanting batik tempatan di seluruh Malaysia bagi mempromosikan bentuk seni tradisional ke peringkat global dan dikenali oleh dunia.

”Ia merupakan sesuatu yang istimewa buat kami apabila dapat bekerjasama dengan para pencanting di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kemahiran dan bakat mereka sehingga mendapat penghargaan peringkat global,” kata Pengasas  Batik Boutique Amy Blair.

Tambahnya lagi, pihaknya memiliki tujuan yang jelas dalam meletakkan batik Malaysia di pentas dunia sambil membolehkan perusahaan menjalankan perniagaan mereka.

Antara salah seorang penggiat seni batik yang merupakan generasi ketiga dan rakan kerjasama Batik Boutique, Encik Khairul Aznan telah menunjukkan ketekunannya dalam bidang ini meskipun terpaksa berdepan musibah banjir di Kelantan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Batik Boutique telah banyak membantu mempromosikan batik saya ke peringkat antarabangsa. Mereka memberikan kami semangat untuk meneruskan seni warisan ini,” kongsi Aznan.

Jika anda berminat, Batik Boutique menghasilkan kit lukisan Batik DIY yang membolehkan anda menerokai seni batik di rumah. Bukan itu sahaja, bengkel melukis batik secara atas talian turut disediakan dalam pelbagai saiz kumpul.

Untuk makluman lanjut, anda boleh terus lawati www.thebatikboutique.com bagi melihat koleksi pakaian batik, set hadiah dan peralatan rumah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kek Batik Yang Mudah & Sedap, Menu Kudapan Petang Favourite Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Checklist Barang Baby & Ibu Untuk Bawa Ke Hospital, Ini Senarainya!

Baca juga: Nyenyaknya Bayi Tidur Apabila Dibedung Rapi! Ini 13 Kain Bedung Baby Yang Cantik Dan Selesa