Jangan Simpan 21 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, #7 Paling Selalu Orang Buat

Walaupun sayuran sering kita simpan dalam peti sejuk namun tomato dan timun adalah jenis makanan tidak boleh simpan dalam peti sejuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peti sejuk diketahui barangan elektrik yang digunakan untuk menyimpan makanan supaya ia tahan lebih lama. Tapi tahukah anda ada beberapa jenis makanan tidak boleh simpan dalam peti sejuk?

Ini kerana makanan-makan ini jika disimpan dalam peti sejuk ia sebenarnya menyebabkan ia lebih cepat rosak dan mengurangkan nutrien yang ada di dalamnya.

Jadi apakah makanan yang tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk sebenarnya?

Jenis Makanan Tidak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk

Biasanya peti sejuk tempat paling popular untuk simpan sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun sebenarnya ada yang tidak sesuai disimpan di sini.

#1. Bawang besar & bawang putih

Jika bawang besar disimpan di dalam peti sejuk, ia akan menjadi lembut dan berkulat disebabkan oleh kelembapan. Namun begitu, anda boleh simpan lebihan bawang yang sudah dipotong dalam bekas tertutup selama dua hingga tiga hari.

Jika bawang belum digunakan, simpan di tempat terbuka dan kering. Tetapi bukan di dalam plastik dan simpan jauh dari kentang.

Sama juga dengan bawang putih, simpan ia di tempat kering dan terbuka. Jika simpan di dalam peti, akan menyebabkan tumbuh pucuk hijau dan jadi bergetah.

#2. Daun basil (daun selasih)

Jika disimpan di dalam peti sejuk, daun akan menjadi basah dan bertukar menjadi warna coklat. Cara betul menyimpan daun selasih adalah dengan merendam akar di dalam air dan disimpan pada suhu bilik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Jenis Makanan Tidak Boleh Simpan Dalam Peti – Kentang

Kentang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan ia menjadi lebih manis. Selain itu, kentang juga akan berwarna kehitaman semasa dimasak kerana gula dalam kentang dikaramelkan.

#4. Avacado mentah (belum masak)

Avacado akan lambat matang jika disimpan di dalam peti sejuk. Jika disimpan pada suhu bilik, ia akan matang dengan lebih cepat.

#5. Minyak zaitun

Jika disimpan di dalam peti, minyak zaitun akan memjadi butiran kristal dan juga boleh menjejaskan rasa. Cara yang terbaik untuk menyimpannya adalah dengan menyimpan di pantri, namun jauh dari cahaya dan haba oven.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenis Makanan Tidak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk

#6. Tomato

Sebaiknya simpan tomato pada suhu bilik untuk mengekalkan rasa dan teksturnya.

#7. Jenis Makanan Tidak Boleh Simpan Dalam Peti – Timun

Sekiranya simpan di dalam peti, timun akan menjadi kekuningan serta timbul bintik-bintik pada permukaan kulit. Seterusnya timun akan kecut selepas tiga hari. Sekiranya anda tetap memilih untuk menyimpannya di dalam peti sejuk, bungkus dengan pembalut plastik untuk meminimumkan kelembapan.

Sebaiknya, gunakan timun tersebut dalam tempoh segera untuk mengelakkan ia rosak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Tembikai belum masak

Tembikai perlu disimpan pada suhu bilik untuk memastikan ia masak. Namun begitu, tembikai yang sudah dibelah perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ia perlu dimakan dalam tempoh masa 3 hingga 4 hari sebelum ia menjadi lembik dan berlendir.

#9. Pisang belum masak

Pisang memerlukan suhu yang suam supaya ia matang. Jadi, peti sejuk bukan tempat yang sesuai. Namun begitu, pastikan pisang tidak terkena cahaya matahari secara langsung.

Jenis Makanan Tidak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk

#10. Hot sauce

Cuka yang terkandung dalam hot sauce untuk memastikan ia dapat bertahan selama 6 bulan. Jadi, hot sauce ini tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.

#11. Jenis Makanan Tidak Boleh Simpan Dalam Peti – Sos tomato & Sos Cili

Ia hanya perlu disimpan di dalam almari dan boleh digunakan sepanjang tempoh 6 bulan. Namun begitu, anda masih boleh memilih untuk meletakkan sos tomato dan sos cili di dalam peti sejuk.

#12. Jenis Makanan Tidak Boleh Simpan Dalam Peti – Kicap

Kicap boleh disimpan di dalam kabinet dapur anda sahaja. Namun begitu, kesegaran rasa dapat dikekalkan jika disimpan di dalam peti sejuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#13. Kacang

Kacang yang tidak dibakar boleh disimpan di luar peti sejuk selama 2 hingga 9 bulan selepas dibuka. Tetapi, jika disimpan di dalam peti, ia akan mengelakkan kacang menjadi tengik. Sebaiknya, jangan beli kacang dalam jumlah yang banyak. Pastikan ia disimpan di dalam bekas kedap udara, simpan di pantri dan dimakan dalam tempoh beberapa bulan.

#14. Mentega

Mentega merupakan produk tenusu yang perlu disimpan di dalam peti sejuk. Namun begitu, ia akan menjadi keras dan sukar untuk ratakannya di atas roti.  Anda boleh menyimpannya di luar peti selama 2 hari pada suhu yang tidak terlalu panas.

#15. Madu

Madu yang disimpan di dalam peti sejuk akan merubahnya menjadi butiran kristal dan akhirnya menjadi keras seperti batu. Oleh itu, simpan madu di tempat yang tidak terlalu panas pada suhu bilik, bersih dan kering bagi mengekalkan khasiat madu.

#16. Sapuan roti

Sapuan pada roti contohnya nutella dan peanut butter, sebaiknya disimpan di luar peti sejuk. Jika diletakkan di dalam peti, akan membuatkan sapuan roti ini menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti. Cara terbaik adalah disimpan di ruang bersuhu bilik.

#17. Makanan dalam tin

Makanan di dalam tin tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kecuali sekiranya ia telah dibuka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#18. Coklat

Jika anda perasan, coklat yang disimpan di dalam peti akan muncul warna putih pada permukaannya. Ia bukan kulat, tetapi lemak semula jadi yang terpisah dari coklat. Jadi, lebih baik jika simpan di tempat kering yang terhindar dari cahaya matahari.

#19. Kopi (beans atau grounds)

Serbuk kopi akan menjadi keras dan sukar untuk diambil apabila mahu digunakan. Jadi, lebih bagus jika simpan kopi dalam bekas yang tertutup rapat pada suhu bilik.

#20. Jenis Makanan Tidak Boleh Simpan Dalam Peti – Buah epal

Buah epal boleh bertahan sehingga tiga minggu di luar peti sejuk. Jika disimpan di dalam peti, ia akan mempercepatkan proses pematangan buah. Sebab itu buah akan cepat rosak, inti menjadi lembik dan tidak rangup.

#21. Terung

Suhu peti sejuk akan merosakkan rasa dan tekstur terung. Namun, jika disimpan pada suhu bilik, ia akan dapat bertahan selama beberapa hari sahaja. Cara yang terbaik adalah dengan terus menggunakannya setelah dibeli.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Jenis Makanan Yang Tak Elok Disimpan Dalam Peti Sejuk, Ini Sebabnya

Baca juga: Makanan Segar Cepat Rosak? Ini Cara Simpan Makanan Agar Tahan Lebih Lama

Baca juga: Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi? Ini Cara Penyediaan & Penyimpanan Yang Mudah!

Penulis

Lala Annuar