Minat dan kecenderungan setiap kanak-kanak itu berbeza dan tidak sama. Ada anak sukakan berbentuk haiwan, ada juga lebih sukakan superhero atau kenderaan atau jika anak perempuan, menyukai jenis masak-masak. Betulkah kecenderungan dan minat terhadap jenis permainan anak juga ada kaitan dengan personaliti mereka?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- 8 jenis permainan berkaitan personaliti anak
- Tips membeli mainan anak
Seorang penggiat dan pendidik teater dikenali sebagai Eddy Rusdi berkongsi pada akaun Twitter beliau mengenai personaliti anak dapat dilihat melalui jenis permainan yang disukai mereka.
Kenali personaliti si kecil melalui beberapa jenis permainan anak
#1) Dinosaur
- Mempunyai daya fikiran yang kuat dan suka menghafal.
Kanak-kanak yang menyukai dinosaur mempunyai daya berfikir yang kuat. Jika dia boleh menghafal nama-nama dinosaur, anda anda seorang yang cekap, pintar dan pantas.
#2) Bulldozer atau jentolak
- Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat
Sekiranya anak anda meminati mainan ini, dia mempunyai daya ketahanan diri yang kuat. Selain itu, anak anda suka perkara lasak dan bijak berdikari.
Sekiranya dia juga mempunyai minat melihat bulldozer yang sebenar, anak ini selalunya seorang yang meminati perkara teknikal.
#3. Patung barbie
- Mempunyai keperibadian yang lembut dan manja
Kebiasaannya, kanak-kanak perempuan meminati patung barbie ini. Mereka ini mempunyai keperibadian yang lembut, manja dan suka mencantikkan diri.
Selalunya, kanak-kanak yang meminati patung barbie juga meminati seni dan seorang yang kreatif.
#4) Kapal terbang
- Seorang anak yang bijak menghafal dan sukakan teori
Jika anak anda meminati kapal terbang, kebiasaannya kanak-kanak ini bijak menghafal dan suka kepada teori.
Jadi sekiranya diasah minat tersebut, dia akan menjadikan dunia kapal terbang sebagai kerjaya sama ada bidang kejuruteraan mahupun sebagai anak kapal.
#5) Kereta
- Anak seorang yang ceria dan mudah mesra dengan orang sekeliling
Kanak-kanak yang meminati mainan kereta, tidak kisahlah sebarang jenis kereta pun, kebiasaannya mereka lebih ceria dan mudah mesra.
Minatnya lebih cenderung kepada bidang automotif dan mesin. Ibu bapa boleh asah bakat anak yang mempunyai minat ini, mungkin boleh jadi seorang jurutera suatu hari nanti.
#6) Mainan memasak
- Seorang anak yang penyayang dan bertanggungjawab.
Kanak-kanak yang meminati mainan memasak ini seorang yang penyayang, bertanggungjawab serta sensitif. Selalunya dia suka berimaginasi menjadi seorang ibu atau chef.
Adalah lebih baik ibu bapa sertai sekali sewaktu mereka bermain kerana ini menjadikan anak lebih bertanggungjawab.
#7. Mainan doktor
- Mempunyai keperibadian yang cepat matang
Anak-anak yang meminati mainan doktor ini adalah kanak-kanak yang cepat matang. Selalunya, dia seorang yang suka menolong orang dan jika dipupuk, boleh menjadi insah yang disayangi oleh masyarakat.
#8) Mainan muzik
- Seorang yang kreatif dan meminati teori
Kanak-kanak yang meminati ini akan membesar menjadi pemuzik atau pakar bidang profesional contohnya, doktor, peguam dan sebagainya.
Sebab itu, sekolah-sekolah di luar negara mempunyai subjek muzik dalam silibus pembelajaran mereka.
Tips membeli permainan anak, ibu kena pilih ikut minat dan usia mereka
Jenis permainan apa sekalipun yang ibu dan ayah mahu belikan untuk anak, paling penting ialah pastikan ia selamat digunakan.
Hal ini bagi memastikan keselamatan anak terjamin dan mengelakkan kemalangan atau sebarang kejadian yang tidak diingini.
Terdapat tips yang boleh ibu dan ayah beri perhatian dalam membuat pilihan untuk mainan anak-anak.
- Pastikan bukan daripada bahan bertoksik. Jangan membeli alat permainan diperbuat daripada plastik PVC (Poly Vinyl Chloride) kerana ia mengandungi bahan kimia. Sebagai alternatif, belilah barangan diberbuat daripada bongkah kayu.
- Berhati-hati dengan barangan mudah tercekik dan mencekik seperti biji guli atau bebola besi kerana ia boleh menyebabkan anak kecil termakan dan tercekik. Mainan bertali pula boleh menyebabkan tali terjerut dan mencekik kanak-kanak jika tidak berhati-hati.
- Elakkan memberi mainan yang terdapat bahan bermagnet atau bateri kepada anak-anak yang kecil.
- Tidak digalakkan membeli mainan yang boleh mempengaruhi tingkah laku sosial seperti permainan pistol dan karakter animasi yang boleh mencetuskan aktiviti atau aksi ganas.
- Ibu bapa juga disaran mengelakkan membeli barangan yang mempunyai bunyi bising kerana telinga kanak-kanak terutama yang masih kecil agak sensitif. Dikhuatiri ia boleh menjejaskan pendengaran kanak-kanak tersebut.
- Belilah barangan yang boleh membina kreativiti anak anda. Galakkan mereka terlibat dalam permainan tradisional kerana ia mampu meningkatkan nilai, kreativiti serta kemahiran sosial. Contohnya congkak, gasing dan sebagainya.
- Memilih permainan mengikut tahap kesesuaian umur anak-anak, sebagai contoh kanak-kanak berumur 12 bulan suka meneroka, mula belajar menggigit. Oleh itu mainan yang sesuai adalah objek lembut dan ringan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!
Baca juga: Idea Snacking Bayi 9 Bulan Ke Atas, Penuh Khasiat & Membantu Naikkan Berat Si Manja
Baca juga: Anak Terlalu Obses Dinosaur Petanda Yang Baik, Bantu Kuatkan IQ & Jadi Lebih Bijak