Ketika Temu Janji Dengan Doktor, Ibu Hamil Pastikan Anda Tanya 7 Soalan PENTING Ini!

Dalam keterujaan ibu menyambut kehadiran cahaya mata, jangan lupa untuk mempertimbangkan beberapa jenis pertanyaan ini kepada doktor pakar kehamilan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan ada banyak perkara yang perlu dipersiapkan sebaik sahaja mengetahui diri berbadan dua. Ini termasuklah perlu mengadakan temu janji bersama doktor sepanjang tempoh kehamilan. Namun tidak ramai pasangan mengetahui jenis pertanyaan yang sesuai ditujukan kepada pakar sehinggakan ada yang bergantung kepada jawapan internet semata-mata.

Sebenarnya bagi wanita pertama kali bakal menjadi ibu, proses kehamilan mungkin memberikan sedikit cabaran buat anda memandangkan diri tiada pengalaman. 

Baca juga: Senarai Amalan Ibu Mengandung Agar Janin Membesar Dengan Baik & Mudah Bersalin

Jenis pertanyaan tentang kehamilan

credit to sources

Tidak dinafikan maklumat-maklumat tentang kehamilan yang paling terbaik adalah apabila anda mendengar sendiri nasihat doktor pakar atau bidan. Informasi yang diperoleh ini juga tentunya dapat membantu ibu memilih siapa doktor yang tepat untuk konsultasi sehinggalah bayi dilahirkan.

Menurut Very Well Family, ada tujuh pertanyaan untuk doktor kandungan setelah hasil ujian kehamilan menunjukkan garisan berganda iaitu:

#1. Jenis kemudahan yang disediakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan ibu bertanyakan mengenai setiap kemudahan yang disediakan di  hospital sementara anda memiliki peluang untuk bercakap dengan doktor atau bidan.

Ibu ayah perlu mengetahui segala kemudahan tersebut sebelum memilih mereka untuk membantu sepanjang tempoh kehamilan sehingga proses bersalin nanti.

Bukan itu sahaja, ia turut memudahkan anda untuk bersedia pada kemudian hari supaya tidak kalut menjelang detik-detik kelahiran.

#2. Apakah prosedur yang disarankan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Setiap doktor pakar kandungan atau bidan mungkin menyediakan tawaran ujian yang sedikit berbeza. Ia bermula ujian amniosentesis sehingga ujian tahap stres, mereka perlu menjelaskan kesemuanya secara menyeluruh kepada anda atau pasangan.

Sekiranya terdapat rawatan atau ujian lain yang perlu dilakukan, pastikan doktor atau bidan memberikan cadangan tempat ujian terbaik dan prosedur yang terlibat.

#3. Jenis buku kehamilan yang sesuai untuk dibaca

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya doktor atau jururawat mempunyai beberapa cadangan buku yang terbaik buat ibu mengandung. Kadang-kadang mereka juga ada menghasilkan penulisannya sendiri. 

Cuba ibu tanyakan apakah jenis buku yang terbaik untuk ibu mengandung. Setidaknya ia membantu anda memperoleh lebih banyak maklumat tentang kehamilan yang tidak diterima dari konsultasi dengan doktor sahaja.

#4. Minta pendapat cara mengatasi masalah ketika hamil

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semakin bertambah usia kandungan, ibu akan berasa mula tidak selesa seperti mudah rasa penat, pening kepala, sakit belakang dan bengkak kaki. Sebenarnya di antara masalah ini, anda boleh mengatasinya tanpa menggunakan ubat.

Usah malu untuk bertanya kepada doktor atau bidan sekiranya ada senaman ringan tertentu atau penyelesaian sederhana bagi mengurangkan ketidakselesaan ini sebelum membuat keputusan akan pengambilan sesuatu ubat-ubatan.

#5. Siapa doktor yang dicadangkan

Setiap doktor kandungan atau bidan seharusnya mempunyai cadangan doktor lain yang terbaik sekiranya ada waktu-waktu mereka tidak dapat menjalankan tugas seperti biasa. Jenis pertanyaan ini juga hendaklah meliputi tentang bilakah anda dan pasangan dapat bersua muka dengan doktor cadangan tersebut sebelum tibanya tarikh bersalin.

Sebaiknya anda hendaklah berkenal-kenalan dahulu dengan mereka supaya nanti tidaklah berasa kekok ketika menggunakan khidmatnya. 

#6. Kelas prakelahiran disediakan atau tidak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada banyak pilihan kelas yang boleh ibu ikuti sepanjang tempoh kehamilan bagi memudahkan proses bersalin kelak. Anda juga boleh berpakat untuk menyertai kelas yang sama dengan kawan supaya lebih bersemangat dan konsisten.

Walau bagaimana, ibu hendaklah memperoleh kebenaran daripada doktor dahulu untuk melakukan sebarang aktiviti senaman. Anda juga boleh bertanyakan sama ada hospital berkenaan menyediakan kelas untuk ibu mengandung atau yang dianjurkan oleh doktor itu sendiri. 

Sekiranya pakar tidak mencadangkan anda mengikuti sebarang jenis kelas prakelahiran, anda perlu bertanya akan penyebabnya atau mungkin ia boleh menjejaskan kandungan.

#7. Adakah anda akan melalui proses bersalin normal

Ibu juga mungkin ingin mengetahui keadaan bayi dan berapa peratuskah yang membolehkan anda bersalin secara normal. Jangan rasa segan bertanyakan apa sahaja yang anda perlukan seperti penyebab dan kesan sampingan sekiranya menerima suntikan epidural atau melalui proses bersalin secara pembedahan.

Sekiranya boleh, minta nasihat doktor tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan bagi mengelakkan masalah ketika bersalin seperti bayi pramatang, kekurangan berat atau risiko yang lain.

Sumber: PopMama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia