- Jenis sayur dan buah yang perlu dijauhi penghidap ekzema
Sekiranya ada di antara anda mahupun anak anda yang mengalami ekzema, sebaiknya jauhi dahulu sayur-sayuran atau buah-buahan jenis ini selagi ekzema yang dihidapi masih belum pulih.
Jenis sayur dan buah yang perlu dijauhi penghidap ekzema
#1. Tomato
Walaupun tomato sangat baik untuk pesakit kanser, tetapi tidak bagi penghidap ekzema kerana ia boleh mengakibatkan kegatalan disebabkan kandungannya yang tinggi histamine. Elakkan selagi boleh dalam masakan anda.
#2. Jagung
Jagung sebenarnya boleh menyebabkan kegatalan dan mencetuskan keradangan bagi penghidap ekzema terutamanya bagi mereka yang masih belum pulih sepenuhnya.
#3. Jenis sayur untuk anak ekzema: Brokoli
Ramai ibu-ibu yang beranggapan bahawa brokoli sesuai untuk penghidap ekzema.
Tetapi hakikatnya, inilah sayur yang tidak boleh langsung dimakan kerana ia mempunyai kandungan MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kesannya? Ekzema anda mungkin lambat sembuh atau akan menjadi semakin teruk.
#4. Cendawan
Cendawan juga boleh menyebabkan kegatalan kerana kandungannya yang tinggi histamine. Elakkan daripada mengambil apa jenis cendawan sekali pun kerana ia merupakan makanan asas yang perlu dihindari bagi mana-mana penghidap penyakit kulit.
#5. Lada benggala
Lada benggala boleh menyebabkan keradangan kulit bertambah parah kerana ianya tinggi GMO dan alkaloid serta solanine. Tetapi sekiranya radang kulit anda atau anak anda semakin baik, tidak ada masalah untuk memakan sayur ini.
#6. Nenas
Walaupun sedap, buah-buahan jenis citrus seperti nenas ini perlu dielakkan kerana citrus boleh mencetuskan ekzema dan melambatkan penyembuhan.
#7. Anggur
Anggur adalah antara buah-buahan yang sangat bahaya untuk ekzema. Tolong jangan dekati selagi ada ekzema. Bukan sahaja anggur, malah buah kiwi juga sangat perlu dielakkan kerana kandungan histamine yang tinggi boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.
#8. Kubis
Sekiranya anda kerap memasak hidangan kubis, boleh elakkan dari sekarang. Kubis adalah antara sayur yang boleh menyebabkan kegatalan kerana kandungan histaminenya yang tinggi.
#9 . Buah mata kucing
Ini adalah antara buah yang sedap dimakan tetapi perlu dielakkan bagi penghidap ekzema kerana boleh menyebabkan anda lambat sembuh.
#10. Berries
Apa sahaja dalam keluarga berries, tidak kiralah strawberry, blueberry atau raspberry semuanya wajib dielakkan. Kandungan histaminenya yang juga tinggi boleh menyebabkan kegatalan.
#11. Buah kering
Kalau anda nak tahu buah kering adalah seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma.
Penghidap ekzema dilarang sama sekali untuk memakan buahan seperti ini kerana ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak! Malah sulfites dalam buah buahan kering ni juga boleh menyebabkan ekzema gatal dan radang.
Adalah amat penting untuk penghidap ekzema sentiasa menjaga permakanan bagi mengelakkan keradangan atau ekzema menjadi bertambah teruk. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bawa Anak Ekzema Mandi Kolam Air Panas, Ibu Kesal Seluruh Badan Melepuh & Naik Bintik-Bintik
Baca juga: 3 Musuh Utama Dalam Sayur Yang Boleh Buat Ekzema Anak Jadi Teruk, Ibu Sila Elakkan!
Baca juga: Pantang Larang Ekzema, Ibu Kena Elak Mandikan Si Manja Dengan Air Suam & Sabun