Makan sayur-sayuran merupakan salah satu saranan dalam pemakanan seharian bagi mendapatkan khasiat yang seimbang. Namun, setiap jenis sayur hendaklah dikawal pengambilannya agar sesuai dengan keperluan.
Ya, setiap makanan perlu diambil dalam jumlah yang terkawal, ini termasuklah sayur-sayuran. Rupa-rupanya, pengambilan beberapa jenis sayur sebenarnya tidak elok sekiranya diambil secara berlebihan!
Baca juga: 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Kerap Beri Bayi Sayur Brokoli Berbanding Sayur Lain
Elak makan sayur ini secara berlebihna, boleh membahayakan kesihatan diri
Tidak dinafikan, pengambilan sayur membawa lebih banyak kesan baik berbanding buruk, namun perhatikan jumlah yang diambil ya. Berikut merupakan 5 jenis sayur yang tidak elok diambil berlebihan:
#1. Bayam
Bayam dikenali kaya dengan antioksidan serta zat besi yang boleh mencegah anemia. Namun, kandungan oksalat dalam sayur hijau ini boleh menyebabkan ia tidak boleh diambil secara berlebihan.
Ini kerana kandungan oksalat boleh menyebabkan pembentukan batu ginjal dalam tubuh, walaupun bayam tersebut sudah dimasak selama berjam-jam! Selain itu, sayur ini tinggi kandungan lutein, sejenis karatenoid yang boleh menyebabkan pelemahan otot yang berkait dengan usia.
#2. Kimchi
Kimchi merupakan makanan khas Korea, dan kini mudah didapati di Malaysia. Kimchi merupakan sejenis makanan yang berupa acar.
Terdapat pelbagai khasiat dalam kimchi seperti vitamin A, vitamin C dan serat prebiotik yang baik untuk usus. Namun anda perlu tahu yang kimchi juga kaya dengan sodium.
Dalam kehidupan seharian, sudah banyak makanan yang banyak garam yang boleh membahayakan jika diambil berlebihan. Makan makanan bergaram dan banyak sodium boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung, jika diambil dalam jumlah yang banyak.
#3. Brokoli
Brokoli juga disebut sebagai brain food dan sangat disarankan untuk kanak-kanak. Brokoli boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
Namun, jangan lupa perhatikan jumlah pengambilannya ya ibu ayah, kerana kesan pengambilan sayur sayuran yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Ia boleh menyebabkan hipotiroidisme atau tiroid yang rendah.
Ini kerana jenis sayur ini mengandungi tiosianat yang boleh membuatkan tubuh sukar menyerap yodium. Paling penting untuk anda memastikan anda tidak mempunyai sejarah gangguan tiroid.
#4. Kacang soya
Terdapat pelbagai jenis produk yang dihasil menggunakan kacang soya. Meskipun ia dikatakan baik untuk kesihatan, namun tetap tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini kerana pengambilan kacang soya boleh mempengaruhi kemampuan tubuh anda untuk menyerap zat besi dengan baik.
Ini juga merupakan salah satu sebab seseorang mengalami keadaan anemia dan kekurangan zat besi. Kacang soya juga mengandungi isoflavon yang mirip estrogen yang sekiranya diambil tanpa kawalan, boleh menyebabkan hiperplasia endometrium, proliferasi lapisan uterus, dan dapat menyebabkan kanser rahim.
Namun bila dimakan dalam jumlah yang tidak berlebihan, kacang soya sangat bermanfaat bagi kesihatan, khususnya dalam mengendalikan kadar kolesterol dan mengurangi tekanan darah.
#5. Kubis dan sawi
Beberapa jenis sayur-sayuran hijau seperti kubis dan sawi hijau memiliki banyak manfaat kesihatan dan terbukti mengurangi risiko kanser dan penyakit jantung.
Makan sayur ini tentunya boleh memberi manfaat bagi kesihatan secara keseluruhan bila diambil dalam jumlah yang tepat.
Namun, makan sayur terlalu banyak dapat menyebabkan masalah kesihatan lainnya. Ada kandungan dalam sayuran ini yang disebut tiosianat yang dapat memengaruhi kemampuan tubuh anda untuk menyerap yodium.
Seperti brokoli, sayuran ini dapat menyebabkan keadaan yang disebut hipotiroidisme, ini merupakan keadaan kelenjar tiroid kurang aktif. Gejala yang terjadi termasuklah kenaikan berat badan, sembelit, kulit kering, tidak bertenaga dan kelenjar tiroid yang membesar.
Kesimpulannya, setiap perkara yang diambil dalam seharian hendaklah berpada-pada. Sekiranya kita makan secara berlebihan atau dalam kuantiti terlalu banyak, ia boleh menyebabkan masalah lain pada kemudian hari. Justeru sentiasa kekal sihat dan amalkan konsep ‘berhenti makan sebelum kenyang.’
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Anisyah Kusumawati dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: Pakar Tidak Galakkan Anda Basuh Sayur @ Buah Menggunakan Sabun, Ini Sebabnya!