Jenis Tandas Duduk Atau Cangkung, Posisi Mana Satu Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

Perbezaan jenis tandas duduk dan tandas cangkung dapat dilihat dari ciri-ciri dan kegunaan mengikut keperluan, mana satu yang lebih baik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemilihan jenis tandas duduk atau cangkung biasanya bergantung kepada faktor keselesaan, budaya, dan keperluan peribadi pengguna. Kebanyakan rumah sekarang menggunakan jenis tandas duduk berbanding cangkung kerana dilihat lebih selesa, jimat ruang di samping mesra pengguna.

Jenis Tandas Duduk Atau Cangkung, Mana Yang Terbaik?

Kedua-dua jenis tandas ini mempunyai ciri-ciri dan kegunaan yang berbeza, namun menurut Public Health Malaysia, posisi mencangkung sememangnya lebih baik untuk kesihatan berbanding tandas duduk.

Namun, ada alternatif yang dapat membantu pengguna tandas duduk. Caranya, letakkan kerusi pendek dan letakkan kaki seperti posisi mencangkung.  

Jangan pula duduk mencangkung di atas tandas duduk! Habis penutup tandas dengan kesan tapak kaki dan risiko mangkuk tandas pecah.

Berikut merupakan antara kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua jenis tandas:

Tandas duduk:

  • Perlu meneran lebih
  • Risiko sembelit dan buasir
  • Najis tidak keluar sepenuhnya
  • Mudah untuk warga tua, hamil dan obese

Tandas cangkung:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kurang meneran
  • Najis dapat dikeluarkan sepenuhnya
  • Kurang meneran
  • Kurang risiko buasir dan sembelit
  • Sukar untuk warga tua, wanita hamil dan obese

Selain itu, turut disertakan gambar rajah yang menunjukkan posisi duduk menyebabkan otot mencekik sekeliling dubur.

Manakala, posisi mencangkung akan meluruskan lubang dubur dan merehatkan otot yang mencengkam dubur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips Legakan Sembelit Tanpa Ubat

Selain posisi ketika membuang air besar, ada juga petua untuk melegakan masalah sembelit tanpa perlu mengambil ubat-ubatan.

Antara petua yang boleh diamalkan pesakit:

1. Minum susu panas

Amalkan minum susu panas setiap pagi ketika perut kosong kerana susu berfungsi merangsang pergerakan usus sekaligus mempercepatkan proses pembuangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Air kosong

Cara yang paling mudah, banyakkan minum air kosong. Sebaiknya minum air suam kerana boleh melegakan masalah sembelit dan membantu tubuh badan kekal hidrat sepanjang hari.

3. Jus lemon

Kandungan asid dalam jus lemon mampu melancarkan proses pencernaan malah minuman ini dapat menjadikan tubuh lebih sihat.

Kesimpulannya, baik tandas duduk mahupun tandas cangkung mempunyai kelebihan masing-masing, dan pilihan terbaik adalah yang memenuhi keperluan serta keselesaan pengguna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jamban Duduk Boleh Meningkatkan Risiko Buasir? Tapi Lebih Puas Tandas Cangkung Atau Duduk?

Baca juga: 20 Cara Potty Train Anak Dengan Cepat, Dalam Masa Tiga Hari Dah Boleh Bebas Lampin!

Baca juga: “Kencing Dah La berdiri, Main Pancut Merata!”- Selagi Tak Lulus, Ibu Ayah TOLONG Urus Anak Ke Tandas!

Penulis

Noorhidayah