Teringat masa dengar satu stesen radio popular ini, DJ tersebut bertanyakan kepada pendengar tentang bentuk tandas di rumah anda? Kemudian dia bertanyakan lagi, pendengar lebih selesa guna tandas cangkung atau tandas
duduk?
Sambil mendengar hujah DJ berkenaan, penulis rasa tak pernah terfikir tentang bentuk tandas ini sebabnya asalkan ada dalam rumah dah cukup menyenangkan. Tapi sebenarnya topik pemilihan tandas cangkung dan tandas duduk ini adalah sangat penting kerana ia memainkan peranan utama dalam sistem pembuangan dan pencernaan manusia.
Tandas cangkung atau tandas duduk, mana yang lebih bagus?
Sebenarnya sebagai masyarakat kita akan berasa malu bila ditanyakan tentang bagaimana cara kita berak atau membuang najis. Malah ia dianggap topik yang memalukan untuk dibualkan secara umum.
Malah jika dibahaskan mungkin ia boleh memalukan individu berkenaan atau mendapat tanggapan negatif orang sekeliling.
Namun, ada kajian yang membuktikan bahawa posisi semasa proses penyahtinjaan boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.
Konsep jamban cangkung
Di zaman nenek moyang kita dahulu, manusia lebih suka berak dengan posisi secara mencangkung.
Hal ini kerana, tempat pembuangan ini biasanya tidak sesuai untuk seseorang individu itu duduk bagi memudahkan proses pembuangan.
Berbalik pada tahun 1596, Sir John Harington telah memperkenalkan alat bagi memudahkan proses defekasi dengan mekanisme pembersihan yang canggih.
Sekaligus ia menyediakan lokasi pembuangan najis manusia ke satu tahap yang lebih bertamadun.
Dalam pengenalan itu, ia membabitkan 7.5 gelen air memandangkan tiada lagi sistem perpaipan dalam rumah pada waktu itu. Akan tetapi projek tersebut direalisasikan pada tahun 1755 oleh Alexander Cumming.
Perkenalan pada jamban duduk
Kemudiannya, kecanggihan semakin meningkat apabila jamban duduk mula diperkenalkan sekitar abad ke 19.
Dalam jurang abad ke 17 dan 19 jamban duduk itu mungkin sudah digunakan namun hanya kepada golongan kaya sahaja.
Maka pada saat itulah sistem pembuangan manusia ini makin ditambah baik sehinggalah tandas duduk yang kita selalu guna di masa ini.
Proses mengeluarkan najis
Walaubagaimanapun, menurut ahli akademik, postur individu semasa membuang boleh mempengaruhi tahap pemintalan pada usus besar.
Hal ini kerana, semasa rektum dipenuhi najis, ia akan mengalami kotraksi hingga menyebabkan otot lincin pada saluran dubur akan mengendur.
Konsep ini seterusnya memudahkan pergerakan keluar najis namun proses boleh terhalang oleh tindakan otot puborektalis yang menggelungi struktur rektum tersebut.
Lantas ia akan menarik rektum ke hadapan bagi membentu satu sudut yang ketat iaitu sudut anorektal.
Sudut ini adalah supaya menghalang pergerakan keluar najis secara tiba-tiba sehingga anda lebih bersedia.
Maksudnya ia berfungsi mengawal pengeluaran sehingga kita betul-betul bersedia untuk membuang pada waktu yang sesuai.
Sebab itu, bila sudah bersedia dan duduk dalam posisi untuk berak otot puborektalis ini akan mengendur seterusnya meluaskan sudut anorektal.
Buasir berpunca disebabkan berak dalam posisi duduk?
Eh, betul ke berak duduk berpotensi menyebabkan buasir? Apatah lagi, ia sering mendapat pencangahan pendapat dan sebab mengapa kita perlu berak secara mencangkung.
Menurut pakar bedah Rebekah Kim, mereka yang berak secara duduk tidak akan mengalami masalah tersebut.
Ini kerana berdasarkan kajian pada tahun 2010 oleh Ryuji Sakakibara mendapati mereka yang duduk semasa membuang najis memerlukan tekanan abdomen yang lebih tinggi berbanding mencangkung.
Malah kajian oleh Dov Sikirov juga menunjukkan mencangkung hanya memerlukan 51 saat untuk keluarkan najis manakala berak duduk memerlukan antara 114 hingga 130 saat untuk najis dikeluarkan sepenuhnya.
Sebab itu faktor-faktor ini meningkatkan risiko kepada seseorang itu untuk mengalami buasir. Walaubagaimanapun, ia masih belum benar-benar jelas.
Bahkan, buasir itu sendiri boleh disebabkan faktor lain bukan hanya kerana tabiat berak seseorang itu.
Banyak tempat awam guna jamban duduk
Seperti yang kita sedia maklum, di kawasan kampung-kampung masih menggunakan jamban jenis cangkung berbanding di kawasan bandar yang lebih banyak menggunakan tandas duduk.
Walaubagaimanapun, jika anda lebih selesa dengan jamban cangkung jangan tahan untuk berak tapi guna saja tandas duduk untuk rasa selesa.
Pesanan ikhlas daripada penulis, kalau nak bina rumah atau beli rumah pastikan anda tahu jenis jamban di rumah tersebut supaya dapat mengikut keselesaan anda malah kepuasan pun dapat dicapai.
Semoga bermanfaat!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Free Malaysia Today
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comwarna-najis-dan-tahap-kesihatan-bayi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!