Ini Sebenarnya Fungsi Bintik Di Puting Payudara Ketika Anda Hamil & Menyusu

Anda perasan tak ketika hamil atau menyusu, terdapat bintik-bintik halus seperti jerawat di sekeliling payudara? Jika ada, tahukah anda apakah fungsinya dan adakah ia berbahaya?

Banyak perkara mengenai perubahan tubuh yang akan muncul ketika mengandung seperti perubahan saiz perut dan payudara. Tapi, antara yang paling ramai ibu mengandung tak perasan adalah Montgomery Tubercles iaitu bintik-binti halus seperti jerawat di areola. 

Mari kita ketahui lebih lanjut mengenainya. 

Jerawat di areola – Apa itu Montgomery Tubercles?

Kredit: Shutterstock

Montgomery Tubercles atau kelenjar areola muncul di kawasan areola payudara seolah-olah benjolan kecil yang mungkin anda tak ketahui ketika hamil. Kajian menunjukkan hanya 30 hingga 50% wanita hamil menyedari benjolan kecil seperti jerawat di areola ini. 

Sama seperti payudara, setiap wanita memiliki saiz, bentuk dan puting payudara yang berbeza. Begitu juga dengan Montgomery Tubercles ini. Ia berbeza dari segi saiz dan kuantiti bagi setiap orang. 

Jerawat di areola: Apa fungsi Montgomery Tubercles ini? 

Ia sama seperti kalenjar di seluruh badan yang berfungsi untuk kulit licin dan terhidrat. Apabila anda menyusu, ia menghasilkan cecair yang kaya dengan lipid supaya dapat melincirkan puting payudara. 

Rembesan ini berfungsi sebagai penghalang daripada jangkitan agar dapat melindungi susu ibu dan bayi anda. 

Apa yang lebih menarik, rembesan yang dihasilkan Montgomery Tubercles mengeluarkan bau yang membantu bayi baru lahir untuk “mencari” puting ibunya.

Ini salah satu sebab mengapa ibu menyusu tidak perlu guna sabun untuk cuci puting anda. Bahkan dengan melakukannya, anda ambil risiko untuk menghalang kebaikan ini. 

Anda juga harus elak menggunakan sebarang pembasmi kuman atau bahan lain pada puting tapi cukup sekadar bersihkan dengan air. 

Kenapa Montgomerys Tubercles membesar semasa hamil? 

Saat hamil, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak hormon dan terjadinya pelbagai perubahan lain bagi menyediakan susu untuk bayi kelak. 

Sebahagian perubahan lain tersebut adalah Montgomery Tubercles ini jadi lebih menonjol. Namun, ia tidak mendatangkan kesakitan, tapi mungkin anda akan mendapati areola lebih sensitif berbanding sebelumnya. 

Tanda-tanda jangkitan pada jerawat di areola

Mungkin kalenjar ini disekat, dijangkiti atau meradang. Apa yang perlu anda perhatikan ialah: 

  • Bengkak yang menyakitkan di sekeliling kawasan puting. 
  • Kemerahan yang sangat besar 
  • Gatal-gatal dan berdarah.

Sekiranya anda alami tanda-tanda ini atau apa saja yang luar biasa terhadap payudara, adalah lebih baik untuk terus berjumpa doktor tanpa berlengah. 

Adakah jerawat di areola ini akan hilang? 

Kredit: Shutterstock

Biasanya ia akan hilang apabila anda selesai menyusu hingga tempoh yang sepatutnya. Malah, ia juga adalah bahagian yang sangat normal sebagai tanda payudara anda sihat dan menunjukkan fungsi yang baik. 

Ada juga sesetengah wanita yang tidak mengandung mahupun menyusu mempunyai Montgomery Tubercles ini. Jika anda khuatir tentang hal ini, dapatkan kepastian daripada doktor. 

Tapi anda juga boleh lakukan rawatan sederhana dari rumah iaitu dengan melakukan:

  • Rendam tuala dalam air suam dan tekan pada puting setiap malam selama 20 minit
  • Sapukan gel aloe vera di sekitar puting.
  • Banyakkan minum air masak setiap hari.
  • Kurangkan pengambilan gula atau garam yang boleh menyumbang kepada tumbesaran kelanjar itu. 

Semoga artikel ini berinformasi untuk anda dan jangan lupa kongsi di Facebook untuk rakan-rakan anda! 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Parent Hub 

Sumber : Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsaiz-areola/