Dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran atau MyKad menjadi perkara penting bagi setiap kelahiran di Malaysia. Untuk bayi dan kanak-kanak, pihak JPN MyKid baru-baru ini menghebahkan bahawa terpaksa menangguhkan pengeluarannya selama enam bulan.
Tidak dinafikan bahawa kad MyKid adalah lebih mudah untuk digunakan dalam urusan tertentu seperti tujuan penerbangan atau pendaftaran di klinik kerana saiznya yang kecil berbanding sijil lahir.
JPN MyKid ditangguhkan buat sementara waktu
Menurut laporan Malaysia Gazette, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa menangguhkan pengeluaran kad pengenalan MyKid untuk tempoh enam bulan susulan kekurangan bekalan mikrocip diperingkat global.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, masalah perolehan bekalan itu berlaku sejak pandemik Covid-19 disebabkan mendapat permintaan dunia yang tinggi termasuk dalam penggunaan bidang automotif.
Walau bagaimanapun ibu ayah masih boleh meneruskan proses pendaftaran bagi permohonan Mykid. Hal ini kerana ia berjalan seperti biasa dan pihak JPN tidak bercadang untuk menangguhkan pengeluarannya.
“Proses (permohonan) akan berterusan, setelah perolehan baharu bekalan cip kita akan serahkan secara berperingkat tapi untuk tempoh ini JPN bercadang akan membuat penangguhan sementara pengeluaran MyKid.
Jelasnya, pengeluaran JPN MyKid akan dilakukan secara berperingkat menggunakan bekalan sedia ada dengan mengutamakan kes-kes tertunggak.
JPN sedang berusaha menyelesaikan tunggakan pengeluaran MyKid Malaysia yang dihadapi sejak industri mikrocip terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Kita harap ibu bapa dapat bersabar kerana JPN sedang dalam proses perolehan baharu yang cuba akan selesaikan pengeluaran Mykid Malaysia dalam tempoh enam bulan,” katanya.
Mengulas lanjut Ruslin berkata, rakyat dan semua agensi kerajaan serta swasta disaran untuk menggunakan sijil kelahiran anak sebagai pengganti atau dokumen pengenalan diri.
“Saya juga menyeru kepada semua agensi kerajaan dan swasta untuk menerima sijil kelahiran kanak-kanak bagi sebarang urusan rasmi sama ada kegunaan sekolah atau pusat kesihatan.
“Mykid JPN bukanlah satu-satunya dokumen diiktiraf kerana kita ada sijil kelahiran yang sah dikeluarkan kerajaan,” katanya.
Kepentingan sijil kelahiran atau surat beranak
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Sijil kelahiran ialah rekod penting dokumen kelahiran seorang anak. Istilah “sijil kelahiran” boleh merujuk kepada samada dokumen asal yang mengesahkan keadaan lahir atau untuk salinan atau perwakilan berikutnya pendaftaran lahir tersebut.
Bergantung pada bidang kuasa, catatan kelahiran yang mungkin atau tidak mengandungi pengesahan peristiwa oleh seperti seorang bidan atau doktor.
Sijil lahir atau surat beranak adalah dokumen paling penting dan perlu disimpan dengan sebaiknya. Hal ini adalah kerana:
- Sebagai bukti diri dilahirkan di negara Malaysia
- Kegunaan bagi urusan rasmi kerajaan
- Dokumen penting untuk pendaftaran sekolah mahupun hospital
Bagaimana jika daftar kelahiran lewat selepas 60 hari?
Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran, usianya telah melebihi 60 hari dan telah dilahirkan di dalam Semenanjung Malaysia.
Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di dalam Semenanjung Malaysia, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran di dalam Semenanjung Malaysia.
Perkara yang perlu dilakukan sekiranya sijil kelahiran rosak atau hilang
Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-
- Datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri
- seterusnya mengisi Borang JPN.LM12.
Nota: Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.
Kesimpulannya meskipun JPN MyKid ditangguhkan buat sementara waktu, ibu ayah perlulah menggunakan sijil kelahiran untuk urusan rasmi.
Sekiranya anda baru memperoleh cahaya mata, sentiasa ingatkan pasangan untuk mendaftar sijil kelahiran anak sebelum usianya 60 hari bagi memudahkan kerja.
Perlu diingatkan bahawa sesetengah cawangan JPN mungkin memerlukan masa untuk mencetak keluar sijil tersebut memandangkan banyak kelahiran di dalam negara. Apapun diharapkan supaya anda bersabar dan ikuti arahan daripada pihak JPN ya!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Daftar Nama Anak Lelaki Di JPN, Lelaki Terkejut Tengok Ada ‘Binti’ Pada Sijil Lahir
Baca juga: Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)
Baca juga: Tak Puas Cuti Bersalin Untuk Suami Hanya Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Sebab Nak Jaga Anak