Ini yang telah berlaku di Tawau, Sabah, seorang ibu muda terpaksa jual air tebu sambil mengendong bayinya yang baharu sahaja berusia tiga bulan. Kisah menyayat hati ini telah mendapat perhatian dan meraih simpati oleh masyarakat setempat di sekitar Tawau.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Jual air tebu segar, ibu muda ini cuba nasib mencari rezeki yang halal
- Jualan diborong habis oleh insan yang berhati mulia
- Jual air tebu untuk kongsi rezeki dengan jiran
- Mendapat sambutan hebat oleh orang ramai
Jual air tebu segar, ibu muda ini cuba nasib demi rezeki yang halal
Mendapat hampir 1,500 perkongsian, kisah ibu muda ini telah dikongsikan oleh Vitaminbae di laman Facebooknya.
Menurutnya, ibu muda ini dan suaminya akan mula menggiling tebu pada awal pagi dan mula menjualnya pada waktu tengahari dengan dibotolkan. Setiap botol air tebu yang bersaiz 1.5 liter itu akan dijual dengan harga sebanyak RM5.
Ibu muda ini sebenarnya baharu sahaja 3 tiga hari menceburkan diri menjual air tebu. Menariknya, air tebu yang dijual adalah segar dan diproses sendiri oleh mereka berdua.
Jualan diborong habis oleh insan yang berhati mulia
Melalui hantarannya itu dia menulis,
“Alkisahnya, perancangannya ingin mencari akak ni petang hari. Sekitar jam 2 kami melalui tempat ini, rezeki berjumpa dengan akak ni pada awal masa dia buka jualannya. Alhamdulillah.
Semalam, ramai kawan-kawan di Facebook ni tag kami berkenaan seorang akak yang menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau. Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan-kawan yang prihatin, jazakumullah kheir.
Alhamdulillah, dapat berkongsi sedikit rezeki kawan-kawan semua dengan memborong semua air tebunya.
Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia tiga bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Subhanallah!”
Jual air tebu untuk kongsi rezeki dengan jiran
“Yang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi-bagi dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yang diuji dengan sakit lumpuh. Allahu akbar.
Moga ada masa nanti kita dapat berjumpa dengan anak yang dimaksudkan, Amin. Terima kasih.” Akhirinya.
Mendapat sambutan hebat oleh orang ramai
Jualan ibu muda ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Hasil jualannya juga banyak yang telah diborong.
Semoga usahanya untuk mencari rezeki demi keluarga dan dalam masa yang sama ingin membantu anak jirannya itu akan berjaya seta membuahkan hasil. Insya-Allah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Beginilah perjuangan dan susah-payah seorang ibu mencari rezeki dari mata lelaki
Baca juga: Ibu Tunggal Sedia Khidmat ‘Siang Barang Basah’ Sebagai Lubuk Rezeki Di Musim PKP
Baca juga: Tak mampu bayar pengasuh, ibu 4 anak ini terpaksa letak anak di kedai dobi