Gara-Gara Ingin Kasut Baru, Wanita Ini Jual Bayi Yang Baru Lahir Dengan Harga RM16,000

Gara-Gara Ingin Kasut Baru, Wanita Ini Jual Bayi Yang Baru Lahir Dengan Harga RM16,000

Sedangkan ramai lagi pasangan di dunia ini menginginkan cahaya mata, seorang wanita telah didakwa sanggup jual bayi kandungnya bagi membeli sepasang kasut

Setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti menginginkan kesenangan hidup serta menikmati pelbagai perkara dengan mudah. Namun siapa sangka desakan diri terlalu ingin kaya dan bergaya telah mendorong seorang ibu untuk jual anak kandungnya di pasar gelap.

Memang tidak ada salahnya jika ingin berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan. Akan tetapi biarlah berpada-pada, terlalu mengikut nafsu nanti kemudian hari diri sendiri merana!

Ibu sanggup jual anak kerana ingin beli kasut

jual bayi

''Ukur baju di badan sendiri,'' inilah pepatah yang sering dipegang dalam kalangan masyarakat Melayu.

Demi mendapatkan banyak wang, sesetengah masyarakat sanggup melakukan perkara keterlaluan seperti mengorbankan insan tersayang, terlibat aktiviti scammer dan lebih teruk lagi sanggup melakukan jenayah.

Begitulah terjadi pada seorang ibu muda dari daerah Dagestan, Rusia. Dia didakwa sanggup jual anak perempuan baru lahir berusia satu minggu di salah sebuah pasaran gelap hanya kerana ingin mendapatkan wang yang banyak.

Menerusi laporan DailyStar, Luiza Gadzhieva sanggup melakukan perbuatan berkenaan untuk membeli sepasang kasut but. Walau bagaimanapun, hajatnya tidak kesampaian kerana disekat oleh pegawai dari kumpulan hak asasi manusia.

Difahamkan pegawai berkenaan, Alternativa berjaya mengesan perbuatan berkenaan dan menyamar untuk menjadi pembeli kepada bayi malang tersebut.

Dia sebelum ini telah meletakkan beberapa iklan di pasaran gelap menggunakan akaun laman sosial bagi menjual bayi perempuannya. Malah, dia juga tanpa rasa kesian telah nekad membawa si kecil tersebut ke sebuah kafe untuk urusan jual beli.

Siap keluarkan resit pembelian

ibu jual bayi credit to sources

Menurut laporan, wanita muda ini dengan selambanya menerima wang sebanyak 3,000 pound bersamaan lebih kurang RM16,000 daripada pembeli berkenaan.

Pada awal pertemuan mereka, pegawai yang menyamar itu telah cuba memberikan sedikit nasihat kepada Gadzhieva tentang risiko menjual anak kandungnya sendiri.

Namun dia dilihat langsung tidak mempedulikannya dan bercakap bohong menyatakan bayi berkenaan terpaksa dijual bagi tujuan bayar deposit pembelian rumah.

Lebih menyedihkan lagi, sebaik sahaja dia menerima wang hasil jualan anak kecilnya, ibu muda ini terus mengeluarkan sekeping resit sebagai tanda jualan berjaya.

Akhirnya, dengan bukti yang cukup dia telah ditahan oleh pihak berkuasa di Moscow atas kesalahan telah terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.  Luiza berasa amat malu, mengaku bersalah kerana bertindak menggunakan akal yang pendek dan kini masih dalam siasatan.

Tips untuk para ibu jana pendapatan dari rumah

Memandangkan zaman kini segalanya memerlukan duit, tidak ada salahnya para isteri bangkit dan sama-sama mencari rezeki bagi meringankan beban suami. 

Ia tidak seharusnya perlu keluar rumah untuk ke pejabat kerana bekerja sendiri adalah jauh lebih mudah dan menyeronokkan. Antara idea yang boleh anda cuba ialah:

#1. Menjadi dropship

Bisnes yang tidak memerlukan sebarang modal ini dikatakan mampu berkembang sekiranya ia dilakukan dengan baik. Caranya adalah anda perlu mendapatkan pembekal yang menyediakan perkhidmatan dropship.

Dengan pelbagai platform media sosial seperti Shopee, Tik Tok, Fb dan ig, ibu-ibu hanya luangkan masa memuat naik iklan sahaja yang telah disediakan oleh HQ. Jika memperoleh pelanggan, pembekal akan menguruskan proses pengeposan dan anda dapat komisen.

#2. Jualan makanan atau minuman

ibu muda jual anak baru lahir foto: jutawan enak

Sekiranya kawasan kediaman anda memiliki komuniti yang agak padat, apa kata rebut peluang ini dengan menjual makanan atau minuman. Kebiasaannya jadual seharian yang begitu sibuk telah memaksa golongan bekerja untuk membeli sahaja makanan.

Antaranya jika anda pandai masak makanan berat, cuba gunakan kemahiran ini untuk menjana wang. Sekiranya tidak mampu membuka kedai, promote sahaja di dalam group Whatsapp atau Facebook dan sediakan perkhidmatan delivery atau pick up.

#3. Jualan aiskrim

Jualan aiskrim homemade atau aiskrim malaysia sering mendapat perhatian kanak-kanak dan majlis-majlis seperti hari jadi. Bukan itu sahaja, ia tidak memerlukan modal yang besar dan kemahiran tinggi.

Sudah ramai usahawan telah berjaya melakukan bisnes aiskrim ini sehingga memperoleh pendapatan mencecah 4 angka sebulan. Bagi ibu-ibu yang memiliki waktu lapang di rumah, masih belum terlambat untuk mencubanya!

Sumber: Kitareporters, nowhartanah

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner