Hanya Kerana Tik Tok, Ibu Sengaja Tumpahkan Air Ke Muka Bayi Untuk Uji Reaksi Mereka

Hanya Kerana Tik Tok, Ibu Sengaja Tumpahkan Air Ke Muka Bayi Untuk Uji Reaksi Mereka

Fenomena generasi tik tok mendapat perhatian kalangan masyarakat tanpa mengira usia. Namun, ia mestilah berpada-pada dalam memperoleh keseronokan!

Generasi tik tok sering mendapat perhatian pengguna media sosial dengan pelbagai video yang pelik, melucukan atau mempamerkan kemahiran ''menari''. Setiap kali ia dimuat naik, pasti memperoleh banyak tanda suka dan viewers dari netizen.

Tidak hanya golongan remaja sahaja yang memiliki akaun tiktok ini, malahan warga emas, ibu-ibu dan para bapa turut menjadi generasi tik tok! Alasannya mungkin kerana tidak mahu ketinggalan dalam perubahan teknologi dan turut menjana pendapatan melalui perkongsian video mereka.

Generasi tik tok dalam kalangan ibu muda

generasi tik tok 2020

Setiap pemilik akaun tik tok pasti akan berusaha sehabis mungkin dalam merakam video mereka untuk tujuan perkongsian di dalam media sosial dan menambah lebih ramai pengikut.

Selain video menari dan berlakon, baru-baru ini heboh dengan trend TikTok baharu yang pelik di mana ibu bapa sengaja menumpahkan air pada muka bayi untuk menguji reaksi mereka sama ada gembira atau menangis.

Meskipun dianggap sebagai sesuatu yang jahat, trend viral baru ini telah berjaya mengambil alih tempat pertama dalam aplikasi tiktok. Ya lah kan, siapa je sanggup buat macam ni dekat anak kecil?

Dalam hal ini, ia adalah cabaran yang melibatkan para ibu menyemburkan bayi yang terkejut dengan air. Klip video yang berdurasi 10 saat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan anak muda.

Antaranya adalah ibu kepada dua orang anak iaitu Mikayla Matthews, 20 memperoleh perhatian netizen dengan berjaya mengumpul 120,000 tanda suka dan pelbagai komen dari para pengikut.

Namun setelah melihat bayinya menjerit dan menangis akibat terkejut, dia mengakui dirinya dilanda serba salah dan tidak akan melakukan cabaran Tiktok lagi kerana ia adalah sesuatu yang teruk.

Aplikasi tiktok mendatangkan keseronokan atau kesedihan?

ibu muda generasi tik tok

Mengulas akan video tersebut, seorang pengguna Instagram telah memberi komen, 'kesian baby, air tu mungkin sejuk!, sementara yang lain mengatakan: 'Saya rasa air telah masuk ke dalam matanya untuk kali kedua sehingga ia menjadi lebih menyakitkan.'

Di kawasan lain, ibu kepada dua orang anak, Marlena Docter turut tidak ketinggalan dalam mencuba cabaran ini pada dua anak lelakinya. Namun kanak-kanak tersebut tidak menyukai perbuatan ibunya dengan mengatakan: 'Saya tidak suka pakaian basah.'

Dengan memuat naik caption meminta maaf, Marlena fikir pada awalnya anak-anaknya akan ketawa. Akan tetapi berlaku hal di sebaliknya. Dia turut mengakui bahawa tidak selesa melihat reaksi sedemikian, namun anak kecilnya baik-baik sahaja.

Bagi kebanyakan pengguna, ia adalah sesuatu trend yang sangat kejam dan tidak mendapat apa-apa manfaat. 

''Saya sama sekali tidak menyukai generasi tik tok ini melakukan perbuatan tersebut kepada bayi dan anak yang masih kecil. Mereka akan berasa sangat kecewa dengan hal ini. Ia tidak kelakar.''

Dalam membela ibu bapa, seorang pengguna telah meluahkan pendapatnya: 'Seorang ibu yang bermain-main dan kemudian menenangkan mereka selepas itu tidak memberikan kesan emosi serta menyusahkan anak. Dia hanya bergurau. Hanya sedikit air sahaja, setiap orang juga perlu bersantai.'

Aplikasi tik tok bukan untuk kanak-kanak

bahaya aplikasi tik tok

Ini yang harus difahami oleh ibu bapa, sebenarnya bermain tik tok juga mempunyai risiko, terutama jika dirakam bersama anak kecil. Ini disebabkan oleh kurangnya perlindungan pengguna dan keinginan diri untuk memperoleh video yang menarik.

Sedar ataupun tidak, aplikasi ini telah dikritik oleh pakar keselamatan siber. Seperti yang dilaporkan oleh media Indonesia, beberapa buah negara dilanda kebimbangan bahawa aplikasi ini gagal melindungi anak-anak dari penderaan.

Menurut Tik Tok, aplikasi ini diwujudkan tidak bertujuan untuk bayi dan kanak-kanak, tetapi untuk remaja berusia 16 tahun ke atas.

Penyelidikan yang dilakukan oleh South China Morning Post (SCMP) juga telah mendedahkan bahawa banyak maklumat peribadi dari beratus-ratus pengguna kanak-kanak didedahkan secara terbuka di platform ini.

Oleh itu, ibu ayah perlu lebih berhati-hati sekiranya ingin menggunakan aplikasi pembuatan video pendek ini. Terutama jika turut melibatkan anak yang masih kecil.

Sumber: Dailymail

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner