X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kaedah dan Manfaat Paced Bottle Feeding

3 min bacaan
Kaedah dan Manfaat Paced Bottle Feeding

Paced bottle feeding adalah kaedah menyusukan bayi yang meniru penyusuan susu badan dari payudara ibu.

Baru-baru ini, ramai ibu mengunakan kaedah paced bottle feeding untuk memberi susu badan melalui botol. Jika anda ibu menyusu yang merancang untuk kembali bekerja selepas melahirkan bayi, anda mungkin sudah mula mengepam, mengumpul susu beku, dan telah memilih botol yang baik untuk bayi anda. Yang tinggal cuma cara menyusukan anak.

Mari kita bacakan apakah itu paced bottle feeding, langkah-langkahnya, dan manfaat memberi susu kepada bayi dengan menggunakan kaedah ini.

Apakah Paced Bottle Feeding?

Paced bottle feeding adalah kaedah menyusukan bayi yang meniru penyusuan susu badan dari payudara ibu. Cara penyusuan ini membolehkan bayi “mengawal” kuantiti susu yang diperlukan, mengenal rasa kenyang, dan berhenti menyusu, secara diri sendiri.

Kaedah ini bertentangan dengan cara pemberian botol susu biasa. Ia menyebabkan bayi minum susu dengan lebih perlahan, dan berusaha untuk mendapatkan susu, seperti yang dilakukan apabila menyusu dari payudara ibu.

Video mengenai Paced Bottle Feeding

Dalam video ini oleh Emerald Doulas anda boleh lihat:

  • Bayi sedang duduk lebih tegak.
  • Penjaga merangsangkan bibir bayi dengan puting botol
  • Puting botol kemudian dimasukkan ke dalam mulut bayi
  • Botol diberikan secara mendatar, untuk melambatkan aliran susu
  • Selepas 20-30 saat minum susu, botol itu dicondongkan ke bawah atau dikeluarkan dari mulut bayi untuk menghentikan aliran susu

Cara melakukan paced bottle feeding

paced bottle feeding

sumber gambar: WebMD

  1. Beri susu apabila bayi menunjukkan tanda-tanda lapar.
  2. Dukung bayi dalam kedudukan tegak, atau bersandar sedikit. Ini adalah untuk mengelakkan susu dalam botol daripada mencurah turun ke dalam mulut bayi.
  3. Biarkan bayi menarik puting botol ke dalam mulutnya. Biarkan bayi melekap pada puting botol seolah-olah dia menyusu dari payudara ibu.
  4. Sebaik sahaja dia melekap pada puting botol, datarkan botol susu. Ini membolehkan bayi untuk mengawal aliran susu dengan lebih baik.
  5. Berhenti seketika apabila bayi sedang menyusu, kerana apabila mereka menghisap dari payudara ibu, mereka akan berhenti rehat seketika.
  6. Jangan menarik botol dari bayi anda jika dia lagi aktif menghisap susu. Sebaliknya, berinteraksi dengan bayi anda dengan menggunakan mata. Tunggu reaksi atau tanda secara semulajadi dari bayi, untuk berhenti dan rehat.

Manfaat menggunakan kaedah ini

paced bottle feeding

sumber gambar: Babycentre

  • Ia membolehkan bayi untuk mengikut corak penyusuan yang sama dengan menyusu dari payudara ibu. Ini boleh membantu mengurangkan kekeliruan puting ibu dan puting botol.
  • Apabila bayi menelan susu dalam kedudukan mendatar, daya graviti akan menyebabkan susu curah daripada botol kedalam mulut bayi dengan banyak. Bayi terpaksa terus menelan untuk mengelak dari tercekik. makan serba memberikan bayi masa dan ruang untuk makan pada kadar mereka sendiri.
  • Bayi tidak akan terlebih minum susu, dan ini akan mengurangkan masalah seperti perut berangin, muntah, dan obesiti kanak-kanak.
  • Ia merangsang koordinasi mata dan tangan.
  • Ia mengalakkan perkembangan sosial dan emosi. Bayi akan semakin rapat dan mesra dengan penjaga mereka yang bukan ibu  (contohnya, bapa ataupun nenek mereka).

Sumber: Mamanatural.com, Lansinoh.com

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Kaedah dan Manfaat Paced Bottle Feeding
Kongsikan:
  • Back To Breast: Tips For Breastfeeding After Bottle Feeding

    Back To Breast: Tips For Breastfeeding After Bottle Feeding

  • Help! My baby’s on milk strike

    Help! My baby’s on milk strike

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Back To Breast: Tips For Breastfeeding After Bottle Feeding

    Back To Breast: Tips For Breastfeeding After Bottle Feeding

  • Help! My baby’s on milk strike

    Help! My baby’s on milk strike

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.