Usah Salahkan Isteri Bila Mengandung Lagi, Allah Beri Rezeki Walaupun Sudah Merancang

Kaedah perancangan keluarga amat penting bagi mengekalkan kesihatan ibu dan kesejahteraan rumah tangga. Namun tiada siapa dapat melawan takdir Ilahi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran cahaya mata mendatangkan banyak perubahan dalam kehidupan rumah tangga. Meskipun begitu, adalah penting untuk para ibu mengetahui kaedah perancangan keluarga terbaik agar tidak memberikan kesan terhadap kesihatan diri pada kemudian hari.

Setiap anak adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Ada yang dimurahkan rezeki anak dan ada juga pasangan terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk merasai kenikmatan ini.

Pentingnya ilmu mengenai kaedah perancangan keluarga

Seorang pengguna laman Facebook, Nurul Husna Kamarudin sempat berkongsikan situasi sebenar apabila dia berdepan dengan wanita yang hamil lagi sewaktu bayinya masih 7 bulan.

Saya panggil masuk ke bilik scan. Atas dukungnya ada seorang bayi.

”Oh baby ke yang nak jumpa?”

”Eh tak, saya yang nak scan.” Jawab pesakit tersebut.

Saya tanya, bayi ini dah berapa bulan? Katanya enam bulan, nak masuk 7 bulan; anak yang keenam.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Datang hari ini sebab haid tidak datang sejak bersalin. Apabila buat ujian pada air kencing, nampak macam positif. Tapi samar-samar, sebab itulah dia ambil keputusan untuk datang scan.

Hasil keputusan scan ultrasound, pesakit dan mengandung 10 minggu. Nak masuk 3 bulan. Menangis teresak-esak dia sambil memegang bayi yang masih kecil.

Ramai ibu telah guna pelbagai kaedah perancangan keluarga

Terlalu banyak yang kita boleh interpret dari kisah ini. Terlalu awal untuk saya menghukum dia. Saya juga tidak bertanya apa-apa. Sebaliknya, saya membuka sebarang pertanyaan daripadanya jika ada.

Dia sebut, ”Saya tidak sanggup. Macam mana saya nak buat?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya jawab, ”Kalau baby belum ada. Kita boleh cakap pasal sanggup atau tidak sanggup. Tapi sekarang baby dah ada. Bukan salah sesiapa. Terimalah dia dengan hati yang redha. Ambil masa yang Puan perlu insya Allah, Allah akan buka jalan untuk Puan.”

Merah padam mukanya. Ini bukan salah sesiapa. Tiada hak untuk saya atau anda nak kata; Siapa suruh tidak disiplin ikut kaedah perancangan keluarga.

Kita tidak tahu betapa struggle dia sekiranya sudah merancang. Kita juga sememangnya tidak tahu apakah keadaan hubungan rumah tangga. Nak kata hubungan tidak baik? Kita tiada hak untuk menghukum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Mungkin di sudut kita sebagai orang yang lebih tahu; kita kurang memberi pendedahan tentang proses merancang kehamilan. Mungkin kita kurang beri pendidikan kepada ibu yang melahirkan dan melibatkan ayahnya sekali.

Setiap kehamilan itu wajar hadir dalam keadaan ia diharapkan dan dirancang. Tapi itulah batasnya kita sebagai hamba. Cuma mampu merancang, hanya Allah yang selayaknya menentukan.

Kehamilan boleh berlaku tanpa dijangka

Dulu awal-awal kerja, saya skeptikal dengan mereka yang jarak anak dekat. Renyah nak fikir macam manalah keadaan dia nak uruskan anak kecil dalam keadaan mengandung lagi.

Bila lama-lama, saya memahami bahawa kudrat manusia hanya mampu merancang. Tapi kalau Allah nak beri, kita kena redha. Mesti ada hikmah yang tidak terjangkau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanyalah orang yang anak jarak dekat. Mereka pun tidak terjangka. Malah ada juga pesakit yang suka jarak anaknya dekat. Itu pilihan masing-masing. 

Percayalah, macam-macam ibu ini fikir. Janganlah cakap dia tidak fikir pasal diri sendiri. Dia fikir. Tapi kalau dah namanya ibu, tentu akan lebih banyak fikirkan anak dan suami berbanding diri sendiri.

credit to sources

Janganlah kita tambah guris luka di hati ibu dengan soalan-soalan yang tidak cukup adab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Janganlah menghukum keluarga yang ada anak ramai, tapi kewangan tidak besar. Nanti esok-esok akan datang juga kesenangan untuk mereka. Hidup ini ibarat roda, tidak selamanya berada di bawah. Akan naik ke atas juga.

Rezeki ini dalam pelbagai bentuk, dapat anak yang baik pun dikira rezeki. Bertuah bagi ibu yang ada anak ramai. Moga berjaya didik dengan ilmu, agama dan adab mulia. Ke syurgalah kalian tanpa hisab. Amin.

Sumber: Nurul Husna Kamarudin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Baru 4 Bulan Tapi Ibu Dah Mengandung Lagi, Waspada 5 Risiko Kehamilan Rapat Ini!