Memang tak senang bila melihat bayi kita batuk dan selsema, tersiksa nampak mereka yang kecil itu menghadapi kesukaran untuk bernafas disebabkan kahak bayi. Lagi-lagi anak kecil manalah reti untuk buang kahak sendiri.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan bagaimana seorang doktor atau pakar fisio mengeluarkan kahak bayi daripada paru-paru dengan teknik yang agak menakutkan. Ia sebenarnya adalah salah satu teknik fisioterapi dada.
Sebenarnya, dalam paru-paru kita memang terdapat satu jumlah lendir yang berpatutan. Walau bagaimanapun sekiranya kita terkena jangkitan seperti batuk kahak atau Cystic Fibrosis, lendir akan terhasil dengan lebih banyak.
Lendir yang berlebihan ini boleh melambatkan keupayaan silia (satu struktur kecil yang terdapat dalam lapisan paru-paru bertujuan untuk membersihkan lebihan lendir). Sekiranya silia tidak dapat membersihkan lendir, kita harus membantu paru-paru mengeluarkan lendir dan kahak. Inilah sebabnya mengapa fisioterapi dada dilakukan.
Pernah terjadi ketika bayi saya berusia hanya 8 bulan dan dia mengalami demam, batuk dan selsema. Salah satu cara untuk mengeluarkan lendir dan kahak bayi adalah dengan fisioterapi dada. Namun kaedahnya berbeza daripada video yang tular ini.
Walau bagaimanapun doktor tidak menyarankan ibu bapa untuk melihatnya, kerana teknik tepukannya agak kuat. Walaupun ia dikatakan tidak menyakitkan bayi, namun bayi akan terkejut dengan teknik itu dan membuatnya menangis dan meraung.
Kalau ibu-ibu macam saya yang tak kuat semangat ni, disarankan janganlah tengok. Tapi sebaik rawatan tersebut memang kurang kahak dan lendir!
Fisioterapi dada boleh hilangkan kahak bayi dengan cepat
Fisioterapi dada, juga disebut saliran postural, adalah cara bagi anda untuk membantu anak anda menyingkirkan lendir tambahan di paru-parunya. Ini penting kerana terlalu banyak lendir dapat menyekat saluran udara di paru-paru. Sekiranya saluran udara tersumbat, udara tidak dapat bergerak masuk dan keluar seperti normal.
Cara melakukan fisioterapi dada
Tepukan dada
Fisioterapi dada menggunakan perkusi dada. Perkusi dada adalah tepukan dada dengan cawan perkusi, serupa dengan cawan sedutan. Ini menggetarkan saluran udara di paru-paru. Getaran membantu melonggarkan lendir sehingga kahak mampu keluar dengan cepat.
Cawan Perkusi
Jangan sekali-kali lakukannya ketika anak tidak berbaju. Pastikan anak memakai tshirt atau onesie, ikut keselesaan, tapi mesti dilapik.
Pegang perkusi di antara jari anda dan tepuk dengan kuat pada 6 bahagian dada dan punggung anak selama 2 hingga 4 minit.
Lakukan tepukan mengikut frekuensi
Perkusi, dilakukan dengan betul, tidak akan menyakitkan, cuma anak mungkin akan sedikit terkejut.
Posisikan anak anda supaya bahagian paru-paru lebih tinggi daripada anggota badan lain.
Penting bagi anda untuk berada dalam keadaan selesa kerana ini menjadikan rawatan lebih berkesan dan lebih mudah bagi anda dan anak anda. Anda mungkin menggunakan bantal untuk menjadikan anak anda lebih selesa.
Letakkan anak anda di pangkuan anda. Sentiasa bengkokkan lutut dan pinggul anak anda untuk membantunya berehat dan batuk lebih mudah.
Sekiranya anda tidak yakin, anda perlu bawa anak anda berjumpa dengan pakar fisioterapi dada. Dan perlu diingat teknik yang dilihat dalam video di atas hanya boleh dilakukan oleh pakar.
Teknik ini sedikit berbeza namun tetap dalam kategori yang sama.
Sumber: Nationwide Childrens
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Cara Keluarkan Kahak Bayi Dengan Sendiri, Ibu Ayah Kena Cuba!