Kes kahwin awal ini memang selalu didengari di Malaysia. Malah dikalangan saya juga ketika tamat persekolahan dulu, rata-rata kawan saya ramai yang terus berkahwin.
Walau bagaimana normal sekalipun, perkara ini sentiasa menjadi bualan orang ramai. Kerana rata-rata orang menganggapnya sebagai ‘child bride’ atau perkahwinan bawah umur.
Dan sejujurnya, ramai juga antara rakan saya yang berkahwin awal itu akhirnya bercerai dan menganggap perkahwinan mereka satu tindakan yang terburu-buru.
Sama seperti kisah seorang ibu tunggal remaja ini yang berkongsi ceritanya di Twitter. Remaja yang dikenali sebagai Alia @ Lia, katanya dia cukup menyesal berkahwin seawal usia 17 tahun. Ikuti bebenang ini:
Kahwin awal, menyesal tak sudah
Kata ibu tunggal remaja yang menggunakan nama My Lady Lia di Twitter ini, apa yang diceritakan akan menyerlahkan sisinya yang agak tidak matang. Dia sememangnya berasa malu namun ia perlu diceritakan agar dapat membawa satu kesedaran buat remaja di luar sana.
Katanya dia berkahwin pada usia 17 tahun dengan pasangannya yang 15 tahun lebih tua, dan ya, ia adalah perkahwinan yang sah disisi undang-undang.
Adakah dia menyesal? Ya.
what im going to say will be me exposing my dumb side. i am deeply embarrassed but i just have to say it.
i was married at 17, to a man 15 years older than me (that time) & yes. i WAS legally married.
do i regret it? yes, i do.
i regret the marriage, not that i tolak takdir for me to give birth to my precious son. i understand things happened for a reason, & apa yang jadi was partly my fault too.
i was a stubborn & egoistic teen.
i thought that i was mature enough to be making a life-time decision at 17, & nobody could stop me bcs legally it wasnt wrong.
it was permitted, and according to the laws.. i wasnt doing anything that would be harmful for my life.
strongest point i used against my dad. “legal”
it was a mistake.
He was much older than me, clearly knew what he wanted. & me, i was just wanting to be loved & cared for.
the marriage i thought was going to be my happy-ending, just turns out to be a shortcut for him to get enough financial & self-care.
while me? i suffer.
Lia menegaskan bukanlah dia menolah takdir dengan mengatakan dia menyesal dengan perkahwinan itu, lagi-lagi dia mempunyai seorang anak lelaki yang comel hasil dari perkahwinan itu.
Cuma dia mahu menyatakan kesilapan dia sebagai seorang remaja yang degil dan sering memberontak. Baginya waktu itu dia cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.
Dan keluarganya tidak mampu untuk menghalang keputusan itu kerana mengikut agama dan undang-undang memang dia tak salah untuk berkahwin seawal itu.
Dan ternyata apabila sesuatu perkara itu betul menurut undang-undang sekalipun tidak bermaksud ia akan berjaya. Bagi Lia, dia silap dari segi itu, katanya dia hanya mahu disayangi dan dijaga, dan bekas suaminya pula tahu apa yang dimahukan iaitu ingin keperluannya dijaga (mengambil kesempatan atas kenaifan Lia).
Ibu bapa terpaksa menanggung dia, anak dan suaminya
Imagine carrying a baby as a 17 year old & your husband, a grown man, neglects your needs, physically & emotionally sampai tahap parents i yang kena tanggung both of us.
lepas pantang, i kerja & sara dia/anak pulak. istilah nafkah & tanggungjawab tu memang tak pernah ada.
i stopped going to school & become a housewife padahal dia pun kerja gaji tak cukup. kerja 2 months berhenti. mind you, i was comfortable before i got married.
lepas kenal dia, semua i downgrade.
i was a loyal wife. never complained.
since anak lahir & sampai skrg pun dia tak contribute 1 sen untuk anak i, tapi sebab dia tak kerja/tak mampu, i pun malas nak fight. untuk apa..
dah tak mampu, nak fight apa?
i nasib baik je sebab my dad sayang anak & cucu, how about those kat luar sana yang less unfortunate?
bila i bebel & marah, di jawabnya “dah tu kenapa pilih aku?”.
sama lah bila dah cerai, kawan or society taunted me w stuffs like:
“siapa suruh kahwin awal”
“dah la kawin dengan orang tua”
“lah, cantik pun kena tinggal?”
“tula, pilih lagi laki entah mana”
Kesan perkahwinan bawah umur yang gagal
Kata Lia lagi, untuk menyatakan yang perkahwinan bawah umur ini sebagai perkara yang ringan, ia adalah agak berat sebelah.
Secara mental, Lia sangat terkesan. Ia akan meninggalkan parut yang dalam.
so untuk cakap underaged marriage ni tak harmful is quite biased.
mentally, it scarred me. the gaslighting, the blame, the neglect, the emotional abuse. the effect.
but tahu benda tu was my consent so apa je i boleh buat?.. i yang pilih.
so do you see where the problem is?
when bad people see beneficial opportunities, they’ll take it.
and when you give minors (who are supposed to be supervised by adults) consent to sex & marriage,
it equals to creating levels of problems following its sequence.
oh and i came from a broken family so please dont question how my parents handled me lol
and not to mention the people who called me gatal puki sebab kahwin awal & society who keeps asking “you kahwin umur berapa” & judge me afterwards..
and what did my ex husband get?
nothing.
no humiliation, no question, nothing. orang sorak sebab dia ada “janda muda” ada lah.
takda siapa cakap halalkan yang haram untuk elak zina tu salah. cuma zaman dah berubah. pengaruh dah banyak. tak ramai lelaki yang betul-betul nak jaga/protect amanah Allah.
kata kena bendung?
then why kita tak nak bendung child-grooming & teen moms? prevention kan
kalau nikah awal ni sah di sisi law, kenapa i am still judged bila bagitahu aku dah pernah berkahwin, ada anak & dah cerai?
Agak tidak adil jika hanya perkahwinan bawah umur yang berjaya dijadikan teladan, sedangkan yang tidak berjaya itu dipandang serong. Malah yang disalahkan sentiasa di pihak isteri, dan di pihak isteri juga perlu menanggung sengsaranya sepanjang hayat, membawa status janda muda anak satu dan sebagainya.
Jadi jika perkara ini masih tidak dapat dibendung kerajaan, sebagai ibu-bapa kita perlu mendidik anak sebaik mungkin dan berikan pendedahan mengenai perkahwinan bawah umur ini.
Ramai ibu-ayah menganggap lebih baik berkahwin daripada anak melakukan perkara-perkara tak elok dibelakang. Fikir baik-baik, nama baik anda lebih penting atau emosi & masa depan anak?
Tepuk dada tanya selera.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: MyLadyLia
Baca juga: 4 Cabaran Perkahwinan Pada 5 Tahun Pertama
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!