Hukum Kahwin Sepupu Dalam Islam Tak Salah Tetapi Tidak Digalakkan Di Sisi Syarak

Tidak salah kahwin sepupu sendiri kerana mereka tidak termasuk dalam kalangan mahram dan diharuskan oleh syarak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila dua hati saling bertaut, kahwin sepupu sendiri pun boleh jadi. Walaupun mempunyai pertalian darah yang sama tetapi sepupu bukanlah termasuk dalam kalangan mahram dan islam membenarkan perkahwinan antara sepupu tidak kira sama ada sepupu sebelah ayah atau sebelah ibu.

Kahwin Sepupu Mengikut Hukum Islam

Menjawab persoalan itu, laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan bahawa perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. 

Allah SWT menghalalkan perkahwinan di antara mereka sepertimana firman Allah SWT:

 يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِنَّآ أَحۡلَلۡنَا لَكَ أَزۡوَٰجَكَ ٱلَّٰتِيٓ ءَاتَيۡتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتۡ يَمِينُكَ مِمَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَيۡكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّٰتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَٰلَٰتِكَ ٱلَّٰتِي هَاجَرۡنَ مَعَكَ

Maksudnya: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya,

dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang;

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa),

dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu.” -Surah al-Ahzab ayat 50.

Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat Syeikh Zainuddin bahawa perkahwinan antara sepupu adalah diharuskan oleh syarak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

‌فيحرم ‌به آخر لآية: {حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ} نساء قرابة غير ما دخل في ولد عمومة وخؤولة

Maksudnya: “Haram berkahwin sebagaimana akhir bagi ayat (Diharam atas kamu menikahi) dengan wanita-wanita kerabat selain daripada yang berada dalam darjat saudara sepupu dari sebelah ayah dan sebelah ibu.”

Keburukan Kahwin Dengan Sepupu Sendiri

Meskipun perkahwinan di antara sepupu diharuskan, namun dari sudut syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing atau selain kerabatnya kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana, hasil dari perkahwinan antara saudara sepupu boleh memberi kesan  terhadap kesihatan anak-anak yang bakal dilahirkan  seperti kecacatan dan lemah tubuh badan.

Pokok pangkalnya, sekiranya boleh dielakkan kahwin sepupu sendiri, elakkanlah. Apa yang penting kembali semula kepada matlamat asal perkahwinan iaitu supaya hubungan ini dapat mencapai keredhaan Allah SWT.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bolehkah Berkahwin Dengan Adik Beradik Tiri, Lain Ibu Lain Ayah?

Baca juga: Pentingnya Tanggungjawab Isteri Kepada Suami, Auranya Memberikan Kebahagiaan Rumah Tangga

Baca juga: Hukum Bayi Tabung Uji Menurut Islam, Boleh Jadi HARAM Jika Anda Buat Perkara Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah