X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bolehkah Berkahwin Dengan Adik Beradik Tiri, Lain Ibu Lain Ayah?

2 min bacaan
Bolehkah Berkahwin Dengan Adik Beradik Tiri, Lain Ibu Lain Ayah?

Adik beradik sebapa atau seibu merupakan mahram dalam nikah ketahui pula hukum kahwin adik beradik tiri mengikut Pejabat Mufti WP

Apabila bercakap soal perkahwinan, ada banyak persoalan yang terlintas antaranya apakah hukum kahwin adik beradik tiri. Apakah ia dibolehkan atau tidak dibenarkan sama sekali supaya tidak menjadi masalah perkahwinan di kemudian hari.

Hukum Kahwin Adik Beradik Tiri, Lain Ibu Lain Ayah

Menurut laman web Maktabah Al-Bakri menjelaskan bahawa adik beradik tiri tidak ada sebarang ikatan mahram.

Hal ini demikian kerana mereka bukannya datang daripada ibu dan bapa yang sama. Mereka adalah ajnabi antara satu sama lain.

Oleh itu, mereka wajib menutup dan menjaga aurat, tidak boleh berdua-duaan dan tidak boleh bersalaman.

Ini bermakna mereka halal untuk berkahwin berdasarkan kenyataan Imam al-Nawawi iaitu

 “Tidak menjadi mahram anak perempuan kepada ayah tiri, ibu kepada ayah tiri, anak tiri kepada anak perempuan, ibu kepada menantu lelaki, ibu kepada ibu tiri, dan tidak juga menjadi mahram anak perempuan kepada ibu tiri (yang bukan hasil daripada nikah dengan ayahnya).”

Golongan Perempuan Yang Haram Dinikahi

Perempuan yang haram dinikahi terbahagi kepada dua iaitu:

  • Haram selama-lamanya
  • Haram untuk sementara waktu

Tiga faktor yang menyebabkan haram selama-lamanya, antaranya:

  • Hubungan keturunan (nasab)
  • Hubungan perkahwinan
  • Faktor penyusuan

Antaranya:

  • Ibu, nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa.
  • Anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki dan perempuan dari anak perempuan.
  • Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
  • Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki yang seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
  • Ibu saudara sebelah bapa iaitu adik-beradik perempuan bapa.
  • Ibu saudara sebelah ibu iaitu adik-beradik perempuan ibu.
  • Isteri bapa (ibu tiri)
  • Menantu
  • Ibu mertua
  • Anak perempuan kepada isteri (anak tiri)
  • Ibu susuan
  • Adik beradik perempuan susuan

Manakala, haram sementara pula adalah berkahwin dengan dua beradik peempuan sekaligus, memadukan seorang perempuan dengan ibu saudara sebelah ibu atau bapa dan berkahwin lebih daripada empat orang perempuan.

Advertisement
Stories Rakan Kongsi
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
How To Teach Kids To Communicate About Their Digestive Health
How To Teach Kids To Communicate About Their Digestive Health
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema

Semoga artikel ini bermanfaat.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Nak Tinggal Berasingan Dengan Mak Mentua, Mengikut Hukum Tak Salah Suami Turutkan

Baca juga: Maksud Bunting Pelamin: Bukan Hamil Anak Luar Nikah, Ini Kenapa Masyarakat Selalu Keliru!

Baca juga: Hukum Bersetubuh Ketika Haid Adalah Haram, Isteri Kena Mandi Wajib Dulu Baru Boleh Bersama!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Hukum
  • /
  • Bolehkah Berkahwin Dengan Adik Beradik Tiri, Lain Ibu Lain Ayah?
Kongsikan:
  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham