TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Isteri Nak Tinggal Berasingan Dengan Mak Mentua, Mengikut Hukum Tak Salah Suami Turutkan

18 Dec, 2023
Isteri Nak Tinggal Berasingan Dengan Mak Mentua, Mengikut Hukum Tak Salah Suami Turutkan

Beruntunglah kalau dapat mak mentua yang faham dan tiada halangan untuk anak dan menantunya berdikari hidup sendiri.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan hasrat untuk hidup berdikari dalam membina sebuah keluarga tanpa campur tangan mana-mana pihak terutamanya keluarga mak mentua.

Namun begitu, atas beberapa faktor ada sesetengah pasangan terpaksa tinggal sebumbung dengan keluarga masing-masing selepas berumah tangga seperti mempunyai masalah kewangan untuk menyewa rumah sendiri atau ada juga anak yang menawarkan kepada ibu-bapa mereka untuk tinggal bersama atas faktor usia atau kesihatan si ibu atau bapa.

Biarpun begitu, tak salah sekiranya isteri nak tinggal berasingan dengan mak mentua. Itu adalah sebaiknya buat pasangan yang baru berkahwin. Mungkin ada yang fikir dua tiga kali terutamanya mengingatkan tanggungjawab yang baru dipikul.

Beruntunglah kalau dapat mak mentua yang faham dan tiada halangan untuk anak dan menantunya berdikari namun ada segelintirnya yang terus ‘ikat’ kaki anak lelaki supaya tinggal bersama membuatkan si suami merasa berat untuk memenuhi permintaan isteri.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan dalam Islam sendiri menggalakkan pasangan berkahwin dan mempunyai kemampuan agar membina keluarga sendiri kerana itu adalah yang terbaik berbanding tinggal bersama ibu bapa dan keluarga.

Ini kerana kata Zulkifli, apabila pasangan tinggal berasingan dengan keluarga, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan dapat diwujudkan.

Jadi, suami jangan ambil mudah, kalau isteri nak tinggal berasingan, tunai dan wajib sediakan. Jangan sampai isteri tuntut nafkah diri di mahkamah.

Jika anda masih ragu-ragu boleh baca perkongsian daripada seorang peguam syarie, Khairul Fahmi Ramli dari segi undang-undang dan hukum syariah.

Menurutnya, ramai yang bertanya kepada pihak mereka, sama ada isteri berhak untuk dapat rumah yang berasingan daripada keluarga suami mahupun keluarga isteri itu sendiri.

Ini kerana ramai wanita yang telah berkahwin tidak tahu bahawa rumah adalah satu nafkah wajib yang perlu disediakan oleh suami selepas bernikah.

Tak perlu pun beli jika masih belum berkemampuan. Cukup sekadar menyewa terlebih dahulu asalkan rumah tersebut selesa, selamat dan lengkap dengan segala keperluan asas.

“Menurut hukum syarak, sekiranya seorang isteri berasa tidak selesa dan meminta kepada suaminya untuk menyediakan kediaman yang berasingan daripada mana-mana pihak, suami tersebut wajib untuk sediakan.

“Mengikut undang-undang pula, jika suami tidak menyediakan nafkah yang diperlukan, maka isteri tersebut berhak untuk membuat Tuntutan Nafkah Diri di Mahkamah Syariah. Ini bertujuan untuk menjadikan nafkah seorang isteri itu konsisten dijelaskan oleh suaminya,” kongsinya.

Tambahnya lagi, tanggungjawab menyediakan nafkah ini adalah beban dan tanggungjawab yang berat ke atas suami kerana dia perlu mengutamakan nafkah isteri dan anak-anak terlebih dahulu berbanding pemberian kepada ibu bapa.

Cuma dalam Islam, galakkan untuk suami isteri dan seluruh keluarga bergaul dengan baik adalah satu perkara yang dituntut. Insya Allah jika ada wanita yang sanggup berkorban dan sanggup tinggal bersama mentua dengan pergaulan yang baik, maka ganjaran besar menanti di akhirat kelak.

Stories Rakan Kongsi
Adakah Penting untuk Ajar Keseimbangan antara Menyimpan dan Berbelanja?
Adakah Penting untuk Ajar Keseimbangan antara Menyimpan dan Berbelanja?
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Discover the Signs and Symptoms of Lactose Intolerance in Children
Discover the Signs and Symptoms of Lactose Intolerance in Children
Bukan Sekadar Pam: Bagaimana Gerakan ‘Becoming Cozy’ oleh Momcozy Mendefinisikan Semula Dunia Keibuan di Asia Tenggara — Panduan Selepas Bersalin Terbaik untuk Ibu Moden
Bukan Sekadar Pam: Bagaimana Gerakan ‘Becoming Cozy’ oleh Momcozy Mendefinisikan Semula Dunia Keibuan di Asia Tenggara — Panduan Selepas Bersalin Terbaik untuk Ibu Moden

Namun, sekiranya seorang isteri itu tak sanggup dan tidak selesa, wajib bagi semua tersebut menyediakan kediaman asing disamping tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki.

Fahmi Ramli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Semakin Hari Semakin Sayang, Ini Dia 8 Doa Rumah Tangga Berkekalan Yang Suami Isteri Boleh Amalkan!

Baca juga : 4 Sifat Toksik Dalam Hubungan Suami Isteri Yang Mesti Dijauhi

Baca juga : Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isteri Nak Tinggal Berasingan Dengan Mak Mentua, Mengikut Hukum Tak Salah Suami Turutkan
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham