Kajian: Berpura-Pura Memahami Cakap Bayi Boleh Membuatnya Pintar

Kajian: Berpura-Pura Memahami Cakap Bayi Boleh Membuatnya Pintar

Kajian terbaru mendapati terdapat banyaknya kebaikan bercakap dengan bayi, terutamanya untuk perkembangan bahasa si kecil anda.

“Bercakap” dengan bayi dan anak kecil kadang-kadang memang sukar. Bila sudah tak larat nak cuba memahaminya, kita mudah putus asa. Kita kata: “Apa-apa sajalah dik…”

Tetapi, ada banyak kajian yang menyebut tentang bagusnya bercakap dengan bayi pada seawal usia yang mungkin.

Malah, kajian terbaru yang disiarkan dalam Journal of Infancy ada menerangkan tentang hal ini secara khusus.

Bercakap dengan bayi ada bagusnya untuk kemahiran bahasa anak anda

Cuba tengok contoh pelakon Hairul Azreen ini, di mana dia ralit bersembang dengan si kecil Yusuf. Inilah contoh perbualan seolah-olah kita memahami bebelan bayi kita.

View this post on Instagram

Tolong buat subtitle dialog Yusuf 🤣

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Menurut kajian, apabila kita ibu ayah memberi tindak balas kepada bebelan bayi, seolah-olah kita memahami apa yang dia sedang “bualkan”, ia boleh mempercepatkan perkembangan bahasa si kecil itu.

Para pengkaji dari Universiti Iowa dan Indiana telah memerhatikan interaksi antara sekumpulan ibu dan bayi mereka semasa sesi bermain secara individu selama 6 bulan.

Kajian ini telah dijalankan ke atas bayi seusia 8 bulan. Hasilnya?

Mereka telah membuat kesimpulan ke atas dua kategori tindak balas iaitu:

  • Ibu bayi telah memberi reaksi yang bersifat arahan di mana si ibu telah mengalih perhatian si kecil kepada tempat atau benda lain melalui bahasa tubuh
  • Ibu bayi telah memberi reaksi sensitif, iaitu secara lisan dengan menjawab atau meniru “bebelan” bayi, seolah dia mengerti apa yang diperkatakan oleh si kecil itu.

“Meniru perbualan bayi bukanlah sekadar mengulang bebelannya, tetapi juga memperkembangkan perbualan tersebut. Contohnya, apabila si kecil anda berkata ‘pa-pa-pa’, si ibu perlu membalas dengan ‘Pa-pa pergi kerja, ini mama sayang.'”

Itu penerangan kajian tersebut seperti di petik dalam TheAtlantic.com.

Hasil kajian apabila ibu ayah melayan perbualan bayi

manfaat berpura faham cakap bayi

Sumber: Zerotothree.org

Sebulan selepas sesi terakhir kajian itu, para ibu yang terlibat dalam kajian ini mengisi borang survey yang bertanyakan tentang keadaan kemahiran bahasa anak mereka.

Keputusannya adalah, bayi yang ibunya telah menunjukan reaksi sensitif menunjukkan perkembangan vokal yang lebih baik. 

Ia membawa maksud yang bebelan bayi itu menyerupai suku kata yang sebenar!

“Bayi menggunakan komunikasi secara vokal, dengan makna yang jelas, kerana mereka telah belajar secara komunikatif (perbualan aktif),” jelas penulis kajian ini, Julie Gros-Louis, Profesor Psikologi di Universiti Iowa.

Dalam erti kata lain, dengan memberi tindak balas kepada “percakapan” bayi anda seolah-olah anda memahami apa yang dia katakan, dan anda memberi reaksi perbualan yang sewajarnya, anda telah membantu memperkenalkan kepadanya satu konsep baru.

Konsep itu adalah: suara menjadi lebih dari sekadar alat untuk mengeluarkan bunyi, tetapi juga boleh menjadi medium interaksi sosial buat bayi.

Rujukan: The Asian Parent Indonesia

Baca juga:

Ajari Si Kecil Anda Dwibahasa – Otak Bayi Direka Untuk Mempelajari Pelbagai Bahasa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.

Penulis

Noor

Artikel(Cerita)
app info
get app banner