Bagaimana Nak Bina Persekitaran Selamat Tapi Bebas Untuk Anak Bermain?

Anak anda patut diberi peluang untuk bermain, meneroka dan belajar tentang sekeliling. Tapi, bagaimana nak wujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa perlu biar anak bermain dan meneroka persekitaran

Bayi dan kanak-kanak belajar melalui interaksi. Sebaik sahaja lahir, otak bayi sudah mula menyerap infomasi tentang persekitarannya melalui pengalaman harian.

Setiap pengalaman, sama ada bermain ba-cak dengan ibu bapa, atau rasa buah-buahan baru, semuanya akan merangsang neuron atau sel-sel otak anak.

Selain itu, mereka juga akan memahami dunia kita dengan lebih baik setiap kali pengalamannya berulang.

Tetapi inilah cabarannya.

Bagaimanakah ibu bapa boleh memastikan keselamatan kanak-kanak bermain sambil memberi mereka kebebasan untuk meneroka?

Jawapannya ialah dengan membiarkan kanak-kanak bermain dan meneroka dalam persekitaran yang sengaja dicipta.

Ini bukan hanya memberi mereka kebebasan untuk memilih apa yang mereka minat, malah ia juga mewujudkan rasa ingin tahu dan menggalakkan mereka untuk meneroka dalam persekitaran yang selamat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Kanak-kanak bermain untuk menggalakkan:

  • Rangsangan otak
  • Pembangunan kognitif awal
  • Kemahiran untuk menyelesaikan masalah
  • Harga diri yang baik
  • Keyakinan diri
  • Pemikiran kritikal, dan kepintaran

2. Bagaimana nak jaga keselamatan ketika kanak-kanak bermain?

Bagi bayi yang belum pandai merangkak, kawasan tikar kanak-kanak yang kecil sudah cukup untuk mereka bermain.

Ibu bapa boleh meniarapkan anak dan meletakkan beberapa mainan berdekatan dengannya.

Sumber gambar: Alibaba

Untuk bayi atau kanak-kanak kecil yang sudah pandai merangkak atau baru mula berjalan, ibu bapa boleh menentukan kawasan bermain seperti sudut di ruang tamu atau di dalam bilik kanak-kanak.

Ibu bapa boleh meletakkan safety gate atas tikar kanak-kanak atau permaidani sebagai alas untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan.

Elakkan kawasan yang mempunyai sudut-sudut perabot yang tajam, ataupun alaskan untuk mengurangkan risiko anak tercedera.

Ibu bapa boleh galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan menyediakan mainan sensori yang baik untuk pembelajaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak perlu beli mainan yang mahal. Bahan-bahan kitar semula seperti botol kosong, barangan rumah seperti bakul, dan sudu sudah memadai.

Kawasan berumput seperti di taman permainan juga selamat untuk kanak-kanak bermain.

Taman permainan dalaman atau play gym juga pilihan yang baik kerana ia direka khas supaya kanak-kanak bebas untuk meneroka persekitaran mereka dan menguji kebolehan fizikal sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah gym ini juga lengkap dengan mainan kognitif serta alat pengajaran guru. 

Kanak yang lebih kecil mungkin masih akan memerlukan bimbingan dari ibu bapa.

Tetapi ia juga sangat penting untuk ibu bapa membiarkan anak belajar cara mengatasi halangan-halangan dan membezakan antara apa yang selamat dan apa yang berbahaya.

Apabila ibu bapa selalu terlampau cemas tentang keselamatan anak, anak juga akan ikut takut.

Sebaiknya, bermainlah dengan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajar mereka nama mainan itu atau tunjuk cara untuk bermain dengan selamat. Interaksi ini tidak hanya mengajar anak untuk bertutur tapi meninggalkan pengalaman yang manis di ingatan.

Sumber: The New Age Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Mengapa Anda Patut Risau Jika Anak Anda Kurang Bermain?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio