TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kanak-kanak dicabul di fun fair Sungai Petani oleh kawan keluarga sendiri!

24 Jan, 2018
Kanak-kanak dicabul di fun fair Sungai Petani oleh kawan keluarga sendiri!

Lagi berita kanak-kanak dicabul. Kali ini ia berlaku di Sungai Petani, Kedah. Apa ibu bapa patut buat untuk mengelak insiden anak dicabul atau diperkosa?

Lagi berita kanak-kanak dicabul!

Semalam, tular video seorang kanak-kanak dicabul di fun fair, Sungai Petani, Kedah. Yang lebih menyedihkan, kanak-kanak itu baru berusia 7 tahun dan dicabul oleh orang yang dikenalinya!

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek sebenarnya adalah kawan kepada keluarga kanak-kanak perempuan itu. 

Suspek datang ke rumah keluarga mangsa dan meminta izin untuk membawa mangsa keluar membeli makanan di Sungai Petani.

Tiba-tiba, suspek membawa mangsa ke fun fair itu dan mencabulnya di sana sekitar pukul 11 malam hingga 1 pagi!

kanak-kanak dicabul Kedah

Kanak-kanak dicabul oleh orang yang dikenali keluarga

Berita seperti ini membuatkan ibu bapa menjadi lebih runsing dan tidak sewajarnya mempercayai sesiapa dengan sewenang-wenangnya. 

Lihat saja bagaimana orang yang kita kenal pun mampu mencabul penghormatan dan keselamatan anak-anak kita. Nasib baiklah ada bukti yang menunjukkan pencabulan ini.

Kalau tiada, dan kita tak sedar ada orang mencabul anak kita, macam mana?

Video berdurasi 20 saat yang tular di media sosial semalam menunjukkan seorang lelaki mencium pipi kanak-kanak perempuan itu berulang-ulang kali. Malah, dia juga sengaja memasukkan tangannya ke dalam baju kanak-kanak itu.

Keluarga mangsa hanya mengetahui tentang perbuatan jijik lelaki tersebut apabila mereka melihat video itu di WhatsApp. Alangkah terkejutnya ibu mangsa!

Menurut ibu mangsa, suspek telah datang ke rumah mereka pukul 11:30 semalam. Apabila ibu mangsa bertanya tentang kejadian pencabulan itu, suspek mengaku bersalah namun terus beredar selepas itu.

Susulan itu, ibu mangsa terus membuat laporan polis dan siasatan mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan.

Lelaki itu telah ditahan kini. Semoga keadilan mengheret pesalah ke kandang kesalahan!

Apa ibu bapa patut buat jika tahu anak dicabul atau diperkosa?

kanak-kanak dicabul Kedah

Kredit: Al Arabiya

Dek lambakan berita pencabulan, perkosaan dan sumbang mahram yang melibatkan kanak-kanak, ibu bapa sewajarnya mengambil serius akan hal ini.

Untuk mengelak anak daripada dicabul dan diperkosa, mereka perlu tahu melindungi diri mereka sendiri. Anak kecil wajib tahu:

  • sebutan yang betul untuk anggota sulit mereka. Ada kes di mana kanak-kanak dirogol dan dia beritahu ibunya yang “perut” dia sakit. Sedangkan perut itu maksudnya vagina dia!
  • ajar anak private part mana yang tiada orang lain boleh sentuh
  • kalau ada orang sentuh, suruh anak beritahu sesiapa atau menjerit

Selepas mengajar ketiga-tiga poin itu, kita juga harus tahu langkah seterusnya yang patut dilakukan ibu bapa jika insiden ini berlaku pada anak.

Bukan mahu mendoakan perkara yang buruk, tapi malang tidak berbau. Jika anak mengadu yang dia dicabul atau diperkosa, apa yang ibu bapa patut buat adalah:

  1. Mempercayai cakap anak – mereka mungkin rasa serba-salah dan tidak yakin untuk memberitahu anda kerana takut anda tak akan mempercayai mereka.
  2. Tulis secara terperinci aduan anak – contohnya jika anak mengadu dicabul berulang-ulang kali oleh anggota keluarga sendiri
  3. Rekod video – untuk menunjukkan reaksi anak dalam mencerita insiden itu
  4. Ibu bapa jangan panik – jangan pergi update maki-maki di FB atau sebagainya. 
  5. Jika anak dirogol, jangan mandikan mereka – ini untuk memastikan DNA pemangsa masih ada dan boleh dikesan oleh forensik
  6. Buat laporan polis – bawa semua bukti tulisan dan rakaman video yang anda telah buat dan pergi buat laporan polis. Serahkan kes pada polis dan pihak forensik untuk membuat analisa.

Perkara paling penting yang ibu bapa harus amalkan adalah jangan melepaskan pemangsa seksual, lebih-lebih lagi pemangsa yang mengganggu kanak-kanak. 

Perbuatan terkutuk mereka itu harus dihentikan dan sewajarnya dipandang serius oleh semua ibu bapa. Tak kisahlah mereka mungkin adik-beradik atau sahabat handai anda.

Semoga anak-anak anda dilindungi. Amin.

 

 

Kredit gambar: Utusan

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar

Sumber rujukan: Channel News Asia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-mengesan-pedofilia-pengalaman-ibu/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kanak-kanak dicabul di fun fair Sungai Petani oleh kawan keluarga sendiri!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham