TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tular Kanak-Kanak Duduk Luar Tingkap Sewaktu Kereta Bergerak, Bahayanya!

25 Mar, 2022
Tular Kanak-Kanak Duduk Luar Tingkap Sewaktu Kereta Bergerak, Bahayanya!

Kanak-kanak duduk luar tingkap kereta undang kecaman netizen. Aksi mereka mengundang bahaya, ibu bapa peka keselamatan anak-anak.

Satu video memperlihatkan tiga kanak-kanak duduk luar tingkap sewaktu kereta bergerak tular dalam media sosial Facebook.

Dalam video tersebut, memperlihatkan kanak-kanak itu yang berpakaian seragam uniform sekolah mengeluarkan separuh badan di tangkap penumpang.

Ngeri rasanya melihat aksi tersebut sangat berbahaya. Apa sahaja kejadian tidak diingini boleh berlaku. Kalau mereka terjatuh dari tingkap kereta dalam keadaan kereta bergerak, kemudian jalan di situ pula sibuk dengan kenderaan yang lain, sangat berbahaya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Inforoadblock, kejadian itu dirakam berhampiran sebuah stesen minyak Jalan Tambun, Ipoh, Perak.

Polis kesan individu dalam video kanak-kanak duduk luar tingkap

kanak-kanak duduk luar tingkap

Menurut laporan Malaysiapost, polis sedang mengesan individu terlibat dalam video tular tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dipetik berkata, kejadian itu melibatkan kenderaan jenis Mercedes dan video berdurasi 1 minit 2 saat itu dimuat naik di laman Facebook Inforoadblock.

Beliau dilaporkan berkata, kes itu dipercayai berlaku di Jalan Tambun di Ipoh namun tarikh dan masa kejadian masih belum diketahui.

“Satu laporan polis berkaitan insiden itu telah diterima di mana siasatan dibuat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

“Pihak polis sedang mengesan individu-individu terlibat dalam kes tersebut,” katanya dalam kenyataan pada laporan tersebut.

Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 bagi membantu siasatan.

Netizen kecam susulan kanak-kanak duduk luar tingkap

kanak-kanak duduk luar tingkap

Kejadian tersebut menerima kecaman daripada netizen yang meluahkan rasa marah kerana membiarkan kanak-kanak tersebut melakukan aksi berbahaya sewaktu di dalam kenderaan.

“Itu hari ada kes macam ni. Dah kena cari dengan polis. Ini ada lagi, pelik-pelik saja lah”.

“Tunggu abang PDRM datang rumah. Nombor pendaftaran dah ada, apa susah”.

“Anak aku keluar tangan kat tingkap pun aku tempik satu kereta. Bahaya tau. Mana tahu lori ke, moto lalu. Mahu patang tangan.

“Please lah, jangan biar anak buat kelakukan begini. Tak kena tak apa, kena sekali, makan air mata,” demikian maklum balas netizen. 

Tips perjalanan yang selamat

kanak-kanak duduk luar tingkap

Sebelum ini media juga pernah melaporkan kejadian tular hampir serupa melibatkan kanak-kanak sewaktu menaiki kenderaan. Itu yang dilaporkan dalam media, bagaimana pula perbuatan yang serupa tetapi tidak tular di dalam media sosial.

Stories Rakan Kongsi
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Chesty Cough 101: All You Need to Know About It
Chesty Cough 101: All You Need to Know About It

Seharusnya, sebagai orang dewasa yang memandu kenderaan, kita perlu berhati-hati serta sentiasa memastikan keselamatan sepanjang pemanduan. Menerusi positiveparenting, antara tip untuk perjalanan selamat ialah:

  • Tunjukkan teladan yang baik kepada anak anda dengan menggunakan tali pinggang keledar.
  • Jangan memandu terlalu laju dan patuhi undang-undang jalan raya.
  • Pastikan semua penumpang telah duduk dengan selamat sebelum memulakan perjalanan.
  • Gunakan kunci ‘child-proof’ untuk menghalang anak anda daripada membuka pintu ketika kereta sedang bergerak.
  • Pastikan semua tingkap dan pintu dikunci sepanjang perjalanan anda.
  • Jangan sesekali membiarkan anak anda menjulurkan kepalanya ke luar tingkap.
  • Jangan sesekali meninggalkan anak anda bersendirian di dalam kereta.

Malaysia Post, Positive Parenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Lelaki Selamba Berdiri Di Belakang Kereta, Netizen Gerun Tengok Takut Terjatuh!

Baca juga: Bapa Ini Terpaksa Sambut Bayi Dalam Kereta Tengah Highway, Tak Sempat Sampai Hospital!

Baca juga: Anak Kreatif Sampai Conteng Kereta? Jangan Marah Dulu, Ini Sebenarnya Bagus Untuk Perkembangan Dia!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tular Kanak-Kanak Duduk Luar Tingkap Sewaktu Kereta Bergerak, Bahayanya!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham